Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Antara Para Fuqaha’ dan Golongan Sufi


Imam Asy-Sya’rani mengisahkan sebuah cerita lucu. Konon seorang faqih bernama Ibnu Suraij mengingkari Imam Abu’l Qasim Al-Junaid. Kepada Al-Junaid, dia berkata, “Tarekat kami melahirkan ahli-ahli dalam fiqh dan membawa kami jalan yang paling dekat kepada Allah daripada tarekat kamu, iaitu yang dituju oleh orang-orang sufi.” Al-Junaid berkata, “Engkau harus membawa bukti tentang hal itu.” Kata Ibnu Suraij, “Engkaulah yang harus membawa kami bukti.” Maka berkatalah Al-Junaid, “Hai fulan, pungutlah batu itu lalu lemparkanlah ketengah-tengah golongan orang-orang fakir.” Setelah batu dilemparkan, orang-orang fakir itu berseru, “Allah… Allah… Allah…!” Kemudian Al-Junaid berkata lagi, “Sekarang lemparkan batu itu ketengah-tengah golongan fuqaha’.” Setelah batu dilemparkan, maka para fuqaha’ itu berteriak, “Haramlah kamu! Buat kami terperanjat sahaja!” Ibnu Suraij bangun lalu mencium kepala Al-Junaid serta mengakui keutamaannya. Maka Al-Junaid berkata kepadanya, “Sebenarnya pada diri kamulah keutamaan itu, sebab pokok dasar tarekat kami adalah ilmu yang ada pada kamu.” Namun Ibnu Suraij menjawab, “Bukan, kamulah yang lebih utama. Kamu menambah bagi kami kebaikan mu’amalah dengan Allah.”

Sumber: Pondok Habib

23/12/2014 Posted by | Renungan & Teladan, Tasauf, Tazkirah | , | Leave a comment

Kisah Bau Kasturi dan Zina

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Sumber: Pondok Habib

23/12/2014 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | 1 Comment

BAGAIMANA CARA MENGHADAPI MEREKA YANG MENUDUH KITA KAFIR DAN SYIRIK ?

Cari salah orang aje

 

Oleh : Ustaz Termizi Yaacob

Kita semua menganggap Shaykh Al-Maliki, Habib Smith dan Habib Umar sebagai pemimpin kita, ulama kita. kita belajar dan mengambil ilmu agama dengan anak murid kepada anak murid mereka, oleh itu jika mereka dituduh kufur dan syirik maka secara langsung tuduhan itu turut terkena pada kita.

Salaf al-salihin telah menunjukkan cara bagaimana menghadapi tuduhan ini.

عن عبيد الله بن عمر عن نافع أن رجلا قال لإبن عمر أن لي جارا يشهد علي بالشرك فقال قل لا إله إلا الله تكذبه

seorang lelaki berkata kepada Ibn Umar:

aku ada seorang jiran yang menuduh/bersaksi bahawa aku melakukan shirik.

Ibn Umar menjawab:

Katakan la ilaha illallah, kamu akan buat dia jadi penipu.

عكرمة يعني ابن عمار قال ثنا سوار بن شبيب الأعرجي قال كنت قاعدا عند ابن عمر فجاء رجل فقال يا ابن عمر إن أقواما يشهدون علينا بالكفر والشرك فقال ويلك أفلا قلت لا إله إلا الله قال فقال أهل البيت لا إله إلا الله حتى ارتج البيت

Ikrimah iaitu ‘Ammar berkata bahawa dia mendengar dari Sawwar Ibn Shabib al-A’raji yang berkata bahawa dia sedang duduk di rumah Ibn ‘Umar bila seorang lelaki datang seraya berkata:

"Wahai Ibn Umar, ada kumpulan kaum yang naik saksi ke atas kami menuduh kami dengan kufur dan syirik!"

Ibn Umar menjawab:

"Celaka kamu! tidakkah kamu mengatakan la ilaha illallah?"

Maka seluruh ahli rumah itu pun mula mengucapkan ‘la ilaha illallah’ sehingga rumah itu bergegar!.

(Tibyan al Kazib al Muftari)

23/12/2014 Posted by | Aqidah, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: