Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Benarkah Lafaz niat tidak ada dalam solat…..?

Kalau kita tidak bersetuju pun elok jangan cakap tiada. Hormati mazhab dan ijtihad ulamak muktabar. Yang menyatakan adanya lafaz niat dalam solat adalah Imam An Nawawi iaitu Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie.

HUKUM BERLAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT

Hukumnya adalah sunat. – Minhajut Thalibin li Imam An Nawawi.

Begitu juga pendapat Ibnu Hajar al Haithami pengarang kitab Tuhfah iaitu syarah kepada Minhajut Thalibin.

Begitu juga pendapat Imam Ramli – Nihayatul Muhtaj.

Begitu juga pendapat Imam Khatib Syarbini

Ia adalah diqiyaskan dari lafaz niat haji.

Di dalam hadith ertinya :

Dari saidina umar r.a, beliau berkata : Saya dengan RasuluLLah s.a.w berkata di Wadi Aqiq : datang tadi malam pesuruh dari Tuhanku, ia memerintahkan supaya kita solat di lembah yang diberi berkah ini, dan ucapkanlah "Ini Umrah dalam Haji" (Hadith Sahih riwayat Imam-Bukhari, Sahih BUkhari I hal. 189 – Fathul Bari Juz IV hal 135)

Imam Ibnu Hajar mengatakan dalam Tuhfah, bahawa Usolli ini diqiyaskan kepada haji. Qiyas adalah salah satu sumber hukum agama.

Di dalam hadith Muslim :

Dari Anas bin Malik, beliau berkata : Saya dengar RasuluLLah s.a.w mengucapkan "Labbaika, Aku sengaja mengerjakan umrah dan Haji (Hadith riwayat Muslim – Syarah Muslim Juz VIII, hal 216)

Berdasarkan hadith ini, maka lafaz niat hukumnya adalah sunat sebelum solat di dalam Mazhab Syafie.

Tinggalkan yang batil, ikutlah kebenaran.

Sumber: ASWAJA

Advertisements

19 December 2014 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

2 Comments »

  1. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

    عَنْ مَالِكٌ (قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي (رواه البخاري)

    Arti hadits:
    Dari Malik (telah bersabda Rasulullah saw): “Dan shalatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku shalat.” [H.R. Bukhari]

    Seandainya ada lafaz niat dalam solat, adakah Nabi SAW terlupa nak ajar kepada sahabat berbanding dengan lafaz niat haji yang diajarkan Nabi SAW?

    Solat dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Bukan dimulai dengan lafaz usolli….

    Comment by contohilahnabi | 20 December 2014 | Reply

    • Imam Ibnu Hajar mengatakan dalam Tuhfah, bahawa Usolli ini DIQIYASKAN kepada haji. QIYAS adalah salah satu sumber hukum agama.

      Di dalam hadith Muslim :

      Dari Anas bin Malik, beliau berkata : Saya dengar RasuluLLah s.a.w mengucapkan “Labbaika, Aku sengaja mengerjakan umrah dan Haji (Hadith riwayat Muslim – Syarah Muslim Juz VIII, hal 216)

      Berdasarkan hadith ini, maka lafaz niat hukumnya adalah sunat sebelum solat di dalam Mazhab Syafie.

      Comment by amri el wahab | 20 December 2014 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: