Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Siapa kah orang yang akan mengajak umat Islam kepada Allah dan Rasulullah S.A.W?

Tuan Guru Sheikh Noeruddin Marbu al-Makki al-Banjari pernah menyampaikan satu nasihat menyentuh hati sanubari, yang nasihat tersebut, Beliau mengambil dari Sayyidil Habib Umar Ben Muhammad Ben Hafidz…. Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema’ah tertentu.

Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.

Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu.

Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu.

Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah dan Rasulullah"

"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda, Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah ﷻ dan Baginda "

 

Sumber: Fb PencintaRasulullah (saw)

-MaahadAzZeinBogor-

18/12/2014 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: