Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Golongan Liberal kononnya “menuntut hak” dan “tidak ganggu orang lain”…….?

"Saya menuntut hak saya, saya tak ganggu orang lain”. Itu adalah ungkapan yang selalu diucapkan oleh sesetengah orang apabila ditegur melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah. Mereka rasa, yang salah itu kalau "menganggu orang", kalau "tidak menganggu" tidak mengapa. Contohnya:

“Ini hak saya untuk berjudi, saya tak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya untuk berzina, saya tak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya untuk berhias, saya tak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya untuk menukar jantina, saya tak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya untuk pakai begini, saya tak ganggu orang lain”.

INI ADALAH LOJIK YANG SALAH. Walau pun tidak ganggu orang lain, tetapi sekiranya langgar perintah agama, ia tetap salah. Diri kita bukan milik kita sepenuhnya, ia hanyalah amanah yang kita dituntut untuk menggunakannya berdasarkan kepada peraturan yang Allah tentukan pada kita. Kalau diri kita adalah milik kita sepenuhnya, kenapa kita sakit, kenapa kulit kita kerepot bila sudah tua, kenapa kita lemah bila sudah berusia. Kalau kita miliki sepenuhnya diri kita, nescaya kita akan buat diri kita ikut kehendak kita sepenuhnya.

Pernyataan (“menuntut hak” dan “tidak ganggu orang lain”) merupakan virus liberalism yang mahukan kebebasan dari ikatan mana-mana autoriti termasuk agama atas alasan hak asasi yang sebenarnya bersandarkan kepada lojik dan hawa nafsu. Sungguhpun mereka mendakwa bahawa mereka tidak menuntut kebebasan mutlak, tetapi ungkapan "Saya menuntut hak saya, saya tak ganggu orang lain” membawa maksud saya ingin melempias kemahuan diri biarpun bercanggah dengan perintah agama dan menyalahi adat. Perkara ini tidak salah asalkan tidak ganggu orang lain. Demikianlah, manusia berasa itulah adalah hak mereka, tetapi sebenarnya itu adalah kemahuan nafsunya sendiri.

“Tidak ganggu orang lain” yang dijadikan alasan untuk mengabsahkan tindakan mereka merupakan alasan yang salah di dalam Islam. Sebagai seorang Muslim, ia terikat dengan peraturan dari Allah kerana apa yang dikurniakan kepada kita ini adalah pinjaman dari Allah. Kalaulah manusia yang memiliki sepenuhnya semua anggota badan mereka, nescaya mereka tidakkan akan tua dan sentiasa sihat sahaja. Realitinya manusia tunduk pada kuasa tuhan dan manusia tidak control perjalanan darahnya, degupan jantung dan gerakan nadinya. Justeru, sewajarnya manusia tunduk pada perintah tuhan, bukan ikut kemahuan dirinya dan berasa itu adalah haknya semata-mata tidak mengganggu hak orang lain.

Mereka juga kata:

“Saya tak tutup aurat tapi hati saya baik, tidak mengumpat orang”.

“Saya tak solat tapi hati saya baik, tidak kacau orang”.

Mereka anggap bahawa langgar perintah Allah itu bukan suatu kesalahan dan dosa. Ia merupakan suatu kesalahan yang akan dihisab oleh Allah swt nanti.

Golongan liberal ini juga sebenarnya tidak mahu tunduk pada agama kerana agama bagi mereka adalah dogma dan dakwaan tidak berasas yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Hakikatnya mereka tidak mahu sebarang ikatan yang berasaskan kepada agama. Mereka hanya boleh terima alasan yang berasaskan kepada lojik dan rasional (kononnya). Mereka tidak boleh terima peraturan pemisahan antara lelaki dan perempuan atas dasar larangan dari agama tetapi mereka boleh terima peraturan itu atas dasar “gangguan seksual”.

Kesimpulan

Golongan liberal atau mereka yang terkena dengan virus liberal berselindung di sebalik “menuntut hak mereka sahaja” dan “tidak ganggu orang lain”. Sebenarnya mereka mahu bebas dan lolos dari sebarang ikatan yang berasaskan kepada agama dan budaya. Mereka hanya terima sesuatu yang lojik akal, macamlah agama itu sesuatu yang tidak rasional.

Nota:

1. Pemikiran liberal wujud dalam bentuk kumpulan yang memperjuangkan hak asasi dan hak wanita.

2. Pemikiran liberal juga secara tidak sedar turut menghinggapi individu apabila berasa tidak bersalah biarpun langgar perintah tuhan, asalkan tidak ganggu orang lain.

(Oleh: Ust Dr Faisal UKM)
Petikan dari FB Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Advertisements

15 December 2014 - Posted by | Uncategorized |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: