Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hati-hati Beli Buku Agama. Ada yang khianat terhadap hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

.

 Buku 40 hadis palsu yang palsu

Buku 40 Hadith Palsu Popular Yang Palsu.

 

Habis hadith yang hasan dan dhoief pun di’palsu’kan oleh penulis yang mengelirukan ini.

Antaranya :

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

جامع الأحاديث – (5 / 2)

اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

مسند البزار – (1 / 55(

وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(

الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com

 

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama’ menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha’if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu’.

Komentar dari Ustaz Al Faqir Azam :

Al imam alHafiz Sayyid Ahmad Siddiq alGhumari ada tulis kitab tentang kesahihan ini dalam kitabnya ” Fathul malikil Aliy bisihhati hadith Babu Madinatil Ilmi Ali” ianya telah ditahqiq seorang Muhaddith di tarim yaman, iaitu al Habib alMuhaddith Dr. Alawi bin Hamid bin Muhammad bin Syihabuddin.

Memang benar sebahagian hadis yang disahihkan imam al hakim dalam mustadraknya ada kelonggaran dan dikrtitik ulama. Tetapi penulis tidak boleh hanya melihat satu sanad sahaja. Yang dilemahkan azZahabi adalah sanadnya. Cuba baca syawahid dan mutabaat bagi hadith ini yang menguatkannya lagi riwayat imam at tirmizi itu sanadnya hasan.

Berkata Imam as-Suyuti dlm alJami’ al-Kabir, “aku pernah menjawab tentang hadis ini lama dahulu bahwa ianya hasan sehingga aku mendapati tashih(pensahihan) Imam Ibnu Jarir bagi hadis Ali ini di dlm Tahzib al-Athar….maka aku beristikharah kepada Allah dan aku meyakini dengan penaikan status hadis dari darjat hasan kepada darjat sahih..”

Menurut alHafiz Sayyid Ahmad al-Ghumari ketika membentang riwayat2 dan jalur sanad yang banyak bagi hadith ini dan komentar para huffaz dan nuqqad tentangnya, sebahagian mengatakan ianya hasan dan sebahagian mengatakan ianya naik kpd martabat Sahih li ghairihi.

 

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .

Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih –http://sawanih.blogspot.com/…/fadhilat-fadhilat-sahih-bagi-…

 

Hadis ke-15: ” kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar”.Para sahabat bertanya:”apakah jihad yang paling besar?”Nabi Muhammad menjawab:”Jihad hati( memerangi hawa nafsu)”

Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar – Memerangi Hawa Nafsu : http://ad-deen.proboards.com/thread/161

 

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu’] – Lihat perkataan ulamak yang wara’ tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. – Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu’ Ibnu Abbas dengan lafaz : “Perselisihan para sahabatku adalah rahmat”. Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar’ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al ‘ilmi wal hilm dengan lafaz : “Perselisihan para sahabatku adalah rahmat”. Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa’ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyru’ wa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai’en :

Sesungguhnya Allah Ta’ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya.

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan ‘uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

 

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: “adakah kamu ada ibu?”Jahimah menjawab : “Ya!” Lalu RasulluAllah saw bersabda:”tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya”.

 

Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin.

Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa’u al mayyitu min al a’mal, Jahabersa, 2007, Johor

 

Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

Ini bukan hadith palsu

Daripada Anas RadiyaLlahu ‘anhu :

قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات

Sabda Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam :
“Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali”

(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))

 

Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat

Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath’iyyah fi Shihhah al-Mu’taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.

Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta’ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: “Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan” (al-Azkar, 69).

Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat – http://akitiano.blogspot.com/…/hukum-mengusap-wajah-setelah…

————————————————————————————————————

Sudah jelas buku di atas amat bermasalah dan melakukan jenayah ilmiyyah dalam hadith yang amat dahsyat sekali. Kepada asatizah/para pelajar/ibu ayah agar berhati-hati dalam membeli buku agama di pasaran. Apa akan jadi kepada anak-anak kita pada masa akandatang yang membentuk masyarakat dan Umat Islam apabila didedahkan dengan penulis yang mengelirukan umat Islam dan melakukan jenayah Ilmiyyah samada dalam perkara aqidah dan hukum hakam ?

Tolong sebar-sebarkan sebagai langkah mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wallahu’alam

*Terbaru penulis bernama Abdul Razak Muthalib ini menghukum syirik bertawassul dengan orang yang telah meninggal dunia termasuk Rasulullah dan Orang soleh.

Kami telah menjawabnya di sini :

1.https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/703125763085901/

2.https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/444376842294129/?type=1&permPage=1

3. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/356980537700427

4. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/648459971885814

5.https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/694321443966333

SINAR HARIAN TELAH BANYAK MENERBITKAN TULISAN PENGKAFIR DAN PENSYIRIK ULAMAK DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Sumber: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

12/12/2014 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Tidak sedar syirik dalam doa

    pr0062

     

    ANTARA

    keistimewaan Islam ialah ALLAH Azza wa Jalla menyediakan ruang secara langsung untuk sesiapa sahaja berhubung, memohon, merayu, merintih, meminta dan berdoa mengikut keperluan masing-masing. Sama ada pemimpin atau rakyat biasa, miskin atau kaya, tua atau muda, orang awam atau orang agama, tidak kira latar bangsa dan kedudukannya, di mana sahaja dia berada, kutub selatan atau utara; semua diberikan ruang dan peluang yang sama.

    Berdoa terus kepada ALLAH

    Mintalah kerana ALLAH itu Maha Mendengar. Pohonlah kerana ALLAH itu Maha Memakbulkan. Istighfarlah kerana ALLAH itu Maha Pengampun. Malam atau siang, pagi atau petang, di masjid atau di padang, sambil berdiri atau baring melintang, ALLAH tetap mendengar apa yang kita minta. ALLAH itu sangat dekat dengan hamba-Nya, bahkan lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.

    ALLAH bersedia untuk mendengar, bersedia untuk memberi, bersedia untuk memakbulkan. Bila dan bagaimana? Terserahlah kepada keadilan dan ketentuan-Nya. ALLAH berpesan kepada Baginda SAW: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (Surah al-Baqarah: 186)

    Dalam ayat lain, ALLAH menyatakan: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (Surah Qaf: 16)

    Justeru, berhubung dan berdoalah secara langsung kepada ALLAH. Selagi mana kita bergelar hamba, selama itulah kita mempunyai hak untuk berdoa. ALLAH tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya mengikut bangsa, warna kulit, pangkat, jawatan dan harta. Hanya nilai takwa yang membezakan antara manusia.

    Perantaraan dalam doa

    Namun begitu, Islam tetap membenarkan kita untuk mewujudkan perantaraan dalam berdoa. Hal ini disebut sebagai tawasul. Tawassul berasal daripada bahasa Arab wasilah, tawassala-yatawassalu-tawassulan. Tawassul dalam berdoa bermaksud kita menjadikan sesuatu sebagai perantara dalam doa.

    Apakah perkara yang boleh kita tawasul? Ada tawassul yang dibenarkan dan ada tawassul yang diharamkan, bahkan boleh jatuh kepada kesyirikan.

    Tawassul  dibenarkan

    Pertama: Tawassul dengan nama ALLAH. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu". (Surah al-A’raf: 180)

    Tawassul dengan nama ALLAH itu contohnya kita berdoa: "Ya Ghaffar, ighfirli" (Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah daku). "Ya Rahman Ya Rahim, irhamni" (Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, kasihanilah daku".

    Tawassul dengan nama-nama ALLAH bermaksud kita memilih dan menyebut nama-nama ALLAH yang sesuai dengan hajat dan permintaan kita. Dengan ketinggian dan kemuliaan nama-nama tersebut kita mohon semoga ALLAH perkenankan hajat kita.

    Kedua: Tawassul dengan amalan soleh sendiri. Kita dibolehkan untuk menyebut amal soleh yang pernah kita lakukan kemudian diikuti dengan berdoa hajat kita. Diharapkan dengan keikhlasan dan keberkatan amal soleh tersebut dapat dimakbulkan hajat kita.

    Hal ini berdasarkan kisah di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berkenaan tiga lelaki yang terperangkap dalam gua. Ada batu besar yang menutupi pintu gua tersebut. Lalu, seorang berdoa dengan mengatakan dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab ALLAH, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya.

    Maka dengan amalan soleh itu mereka berdoa kepada ALLAH agar dibukakan pintu gua tersebut.

    Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu berbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 2272)

    Ketiga: Tawassul dengan orang soleh yang masih hidup. Kita boleh berjumpa dengan orang soleh yang akidah dan amal ibadatnya bertepatan dengan al-Quran dan sunnah bagi meminta tolong didoakan kepada kita. Diharapkan dengan kesolehan beliau akan menjadikan doa kepada kita tersebut dimakbulkan.

    Tawassul dengan orang soleh ini dibenarkan dengan syarat orang tersebut masih lagi hidup. Jika seorang yang soleh meninggal dunia, kita tidak dibenarkan untuk bertawasul dengan beliau lagi.Sahabat sering meminta agar Rasulullah SAW berdoa kepada mereka.

    Namun, setelah kewafatan Baginda SAW, sahabat tidak pun pergi ke kubur Rasulullah SAW dan minta untuk didoakan. Contohnya Umar Al-Khatthab  pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dan Umar berkata: "Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi SAW. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia dalam kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami". (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 3710)

    Peristiwa ini terjadi ketika Madinah di landa kemarau panjang. Umar meminta Abbas berdoa dan beliau pun berdoa. Tidak lama setelah itu, ALLAH pun menurunkan hujan kepada mereka.

    Doa yang dilarang

    Tawassul yang dilarang adalah seperti meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada ALLAH, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada ALLAH.

    Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Diharamkan untuk kita menjadikan orang yang telah mati sebagai perantaraan dalam doa kita, walaupun semasa hidup dia seorang yang soleh. Bahkan kepada Rasulullah SAW sendiri.

    Jika dibolehkan sudah pasti Umar al-Khattab tidak berjumpa dengan Abbas untuk minta didoakan. Umar akan terus ke kubur Baginda Rasulullah SAW untuk minta didoakan. Rasulullah SAW lebih lagi mulia dan soleh.

    Justeru, kata-kata dan tindakan Umar ini menunjukkan tidak disyariatkan untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati sama ada dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah", "Madad Ya Ali", ‘Madad Ya Husain" dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan Syiah.

    Namun, pelik dan hairan ada segolongan manusia yang bertopengkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, berjubah dan berserban, bermati-matian ingin mempertahankan boleh untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati.

    Sebab itu golongan ini ada yang mengunjungi kubur tok guru dan syekh-syekh mereka untuk minta didoakan. Ada yang mengalunkannya dalam nyanyian dan qasidah.

    Semoga ALLAH selamatkan kita daripada hasutan dan ajaran menyeleweng ini sama ada yang berasal dari negara ini atau yang dibawa dari  luar negara. Berdoalah terus kepada ALLAH kerana ruang itu tidak pernah disekat. Sesiapa sahaja dan di mana pun kita berada.

    Berdoalah dengan penuh keikhlasan, ketulusan dan kejelasan tauhid kepada-Nya. Jangan sampai ada unsur syirik yang tidak kita sedari. Yakinlah ALLAH tidak pernah mungkiri janji. Setiap permintaan akan diberi. Sabar dan terus menanti walaupun sampai akhirat nanti.

    Oleh: USTAZ ABDUL RAZAK ABDUL MUTHALIB
    Sumber: Sinar Harian

12/12/2014 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

Ada ke Tasawwuf dalam Islam?

Perkataan tasawuf dan ahli sufi sering kita dengar dalam masyarakat, akan tetapi bagaimana mengenal ahli taswauf / sufi yang sebenarnya ? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat yang berlindung di sebalik nama tasawuf atau ahli sufi.

Ajaran sesat yang berlindung di sebalik nama tasawuf ini telah timbul sebelum Imam Al-Ghazali. Sejak agama Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan bukan sahaja disekitar negara arab tapi juga disekitar Rom dan Parsi.

Pelbagai budaya telah diserap masuk ke dalam Islam. Hasilnya banyak juga fahaman yang berasal dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam masyarakat Islam. Kesempatan inilah yang telah diambil oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang Islam sendiri.

Dalam kitab " Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu Iman Al-Mu'minin " oleh 'Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad telah menyatakan terdapat tiga belas golongan berfahaman sesat yang berlindung di sebalik nama sufi atau ahli tasawuf. Golongan ini layak digelar sebagai kafir atau fasiq. Kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W Golongan tersebut ialah :

1. HABIBIYYAH

Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat kasih kepada Allah, maka mereka terlepas dari taklif syara'. Segala yang haram menjadi halal. Solat fardu, puasa dan sebagainya adalah tidak perlu bagi mereka untuk mengerjakannya.

Golongan mereka tidak perlu menutup aurat.

Apabila mereka sampai ke tahap yang paling tinggi sekali yakni kasih kepada Allah, segala dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya boleh dilakukan dan tidak mendapat azab daripada Allah.

Segala ibadat zahir tidak perlu dilakukan dan mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk beribadat.

Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala perempuan.

Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi kita berhak segala harta yang berada di muka bumi ini.

2. AULIYAIYYAH

Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wilayah, mereka bebas dari segala perintah dan larangan dan martabat wali lebih mulia dari martabat Nabi.

3. THAMRAKHIYYAH

Golongan ini antara lain, bahawa tidak lagi terikat dengan perintah dan larangan Allah. Golongan ini mengharuskan menyanyi dengan segala alat muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan sebagainya. Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.

4. IBAHIYYAH

Golongan ini tidak perlu melakukan kerja-kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita sendiri tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apa lagi untuk mengajak orang lain.

Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa.

5. HALIYAH

Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil menyanyi sehingga pengsan.

Kata mereka bahawa " Syeikh kami berada dalam suatu hal ".

6. HURIYYAH

Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad golongan Haliyah, cuma mereka menambah waktu pengsan ketika menyanyi, ketika itu seolah merasa didatangi oleh bidadari daripada syurga lalu kami jima' dengan mereka dan setelah sedar kami mandi junub.

7. WAQI'IYYAH

Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah sebagai seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah.

8. MUTAJAHILIYYAH / MUTAHALLIYYAH

Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang bagus dan melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka bahawa: Kami tidak dapat lari dari melakukan zina.

9. MUTAKASILAH

Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah meminta-minta atas nama zakat atau sedekah.

10 ILHAMIYYAH

Iktiqad golongan ini sama seperti al-Dahriyyah. Golongan ini malas belajar dan membaca Al-Quran. Dalam pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab untuk mengenal Allah. Karana itu mereka hanya mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja sebagai tarekat mereka.

11. HULULIYYAH

Golongan ini beriktiqad bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala.

Golongan ini beriktiqad bahawa harus kita memandang kepada perempuan yang cantik dan boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita semua.

Apabila seseorang itu hilang dari hawa nafsu dan ikhlas kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat. Segala ibadah seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.

12. WUJUDIYYAH

Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir kalimah " La Ilaha Illallah " iaitu tidak wujud melainkan wujud Allah. Dan pandangan mereka bahawa tidak maujud melainkan dalam kandungan wujud segala makhluk. iaitu setiap makhluk terdapat wujud Allah. Allah dan makhluk adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini juga beriktiqad bahawa tuhan mempunyai ruang dan waktu.

13. MUJASSIMAH

Golongan ini beriktiqad bahawa Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki, berdaging dan sebagainya.

Golongan ini beriktiqad bahawa Allah Taala itu berupa tetapi tidak tahu bagaimana rupanya.

Golongan ini beriktiqad bahawa Allah Taala bergerak naik atau turun. Dan tempat kediaman Allah Taala ialah di atas 'Arash.

Itulah di antara fahaman-fahaman yang tersebar dikalangan umat Islam sejak dahulu. Fahaman-fahaman ini tersebar dari satu generasi ke satu generasi sehingga sampai ke hari ini. Fahaman ini mendapat pengaruh umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu kita harus benar-benar boleh melihat dan menghindari fahaman-fahaman seperti ini.

Dari : Hamba ALLAH

LIKE:
Jom Dakwah Bersama Ulama

#malaysia, #indonesia #singapore #pattani #brunei #rohingya #turkey #palestine

PLEASE TAG & SHARE . INSYAALLAH

 

Perkataan tasawuf dan ahli sufi sering kita dengar dalam masyarakat, akan tetapi bagaimana mengenal ahli taswauf / sufi yang sebenarnya ? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat yang berlindung di sebalik nama tasawuf atau ahli sufi.

Ajaran sesat yang berlindung di sebalik nama tasawuf ini telah timbul sebelum Imam Al-Ghazali. Sejak agama Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan bukan sahaja disekitar negara arab tapi juga disekitar Rom dan Parsi.

Pelbagai budaya telah diserap masuk ke dalam Islam. Hasilnya banyak juga fahaman yang berasal dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam masyarakat Islam. Kesempatan inilah yang telah diambil oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang Islam sendiri.

Dalam kitab " Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu Iman Al-Mu’minin " oleh ‘Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad telah menyatakan terdapat tiga belas golongan berfahaman sesat yang berlindung di sebalik nama sufi atau ahli tasawuf. Golongan ini layak digelar sebagai kafir atau fasiq. Kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W Golongan tersebut ialah :

1. HABIBIYYAH

Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat kasih kepada Allah, maka mereka terlepas dari taklif syara’. Segala yang haram menjadi halal. Solat fardu, puasa dan sebagainya adalah tidak perlu bagi mereka untuk mengerjakannya.

Golongan mereka tidak perlu menutup aurat.

Apabila mereka sampai ke tahap yang paling tinggi sekali yakni kasih kepada Allah, segala dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya boleh dilakukan dan tidak mendapat azab daripada Allah.

Segala ibadat zahir tidak perlu dilakukan dan mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk beribadat.

Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala perempuan.

Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi kita berhak segala harta yang berada di muka bumi ini.

2. AULIYAIYYAH

Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wilayah, mereka bebas dari segala perintah dan larangan dan martabat wali lebih mulia dari martabat Nabi.

3. THAMRAKHIYYAH

Golongan ini antara lain, bahawa tidak lagi terikat dengan perintah dan larangan Allah. Golongan ini mengharuskan menyanyi dengan segala alat muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan sebagainya. Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.

4. IBAHIYYAH

Golongan ini tidak perlu melakukan kerja-kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita sendiri tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apa lagi untuk mengajak orang lain.

Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa.

5. HALIYAH

Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil menyanyi sehingga pengsan.

Kata mereka bahawa " Syeikh kami berada dalam suatu hal ".

6. HURIYYAH

Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad golongan Haliyah, cuma mereka menambah waktu pengsan ketika menyanyi, ketika itu seolah merasa didatangi oleh bidadari daripada syurga lalu kami jima’ dengan mereka dan setelah sedar kami mandi junub.

7. WAQI’IYYAH

Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah sebagai seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah.

8. MUTAJAHILIYYAH / MUTAHALLIYYAH

Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang bagus dan melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka bahawa: Kami tidak dapat lari dari melakukan zina.

9. MUTAKASILAH

Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah meminta-minta atas nama zakat atau sedekah.

10 ILHAMIYYAH

Iktiqad golongan ini sama seperti al-Dahriyyah. Golongan ini malas belajar dan membaca Al-Quran. Dalam pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab untuk mengenal Allah. Karana itu mereka hanya mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja sebagai tarekat mereka.

11. HULULIYYAH

Golongan ini beriktiqad bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala.

Golongan ini beriktiqad bahawa harus kita memandang kepada perempuan yang cantik dan boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita semua.

Apabila seseorang itu hilang dari hawa nafsu dan ikhlas kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat. Segala ibadah seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.

12. WUJUDIYYAH

Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir kalimah " La Ilaha Illallah " iaitu tidak wujud melainkan wujud Allah. Dan pandangan mereka bahawa tidak maujud melainkan dalam kandungan wujud segala makhluk. iaitu setiap makhluk terdapat wujud Allah. Allah dan makhluk adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini juga beriktiqad bahawa tuhan mempunyai ruang dan waktu.

13. MUJASSIMAH

Golongan ini beriktiqad bahawa Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki, berdaging dan sebagainya.

Golongan ini beriktiqad bahawa Allah Taala itu berupa tetapi tidak tahu bagaimana rupanya.

Golongan ini beriktiqad bahawa Allah Taala bergerak naik atau turun. Dan tempat kediaman Allah Taala ialah di atas ‘Arash.

Itulah di antara fahaman-fahaman yang tersebar dikalangan umat Islam sejak dahulu. Fahaman-fahaman ini tersebar dari satu generasi ke satu generasi sehingga sampai ke hari ini. Fahaman ini mendapat pengaruh umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu kita harus benar-benar boleh melihat dan menghindari fahaman-fahaman seperti ini.

Dari : Hamba ALLAH

Jom Dakwah Bersama Ulama

‪#‎malaysia‬, ‪#‎indonesia‬ ‪#‎singapore‬ ‪#‎pattani‬ ‪#‎brunei‬ ‪#‎rohingya‬ ‪#‎turkey‬‪#‎palestine‬

 

 

Like · · Share

12/12/2014 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: