Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

YAASIN MALAM JUMAAT ADA DALIL YANG KUAT

Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Ha Mim ad-Dukhan’ dan ‘Yasin’, jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni.”

Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz :

“Sesiapa yang membaca ‘Yasin’ pada malam Jumaat dia diberi keampunan.” – [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani.”

Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-‘Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri.

Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.

Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, antaranya :

Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat.” – [Al-Hakim berkata : “Hadith ini sahih.” Ibnu Hajar berkata : “Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi.”

Sa’id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa’id al-Khudri dengan lafaz :

“Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah.”

Sa’id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma’dan katanya : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah.”

Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat.”

Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah. Moga bermanfaat. Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredhaan Allah ‘Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a’lam.

Fastabiqul Khairat.

اللهم صل وسلم على البشير النذير السراج المنير سيدنا محمد حبيب رب العالمين

~  Hafiz Fandani/140414-998.

28/11/2014 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment

Kisah penentang manhaj salafussoleh dan ulama yang ikut salafussoleh

Bagaimana seseorang atau sekumpulan orang tertentu boleh mengaku diri mereka salafi sedangkan bermusuh dengan manhaj salafussoleh, serta ulamak dan umat Islam yang mengikut salafussoleh ?

Contohnya :

1. Imam Asy Syafie tidak pernah menyatakan tahlilan itu sebagai bid’ah sesat atau haram. Tetapi Wahhabi mengatakannya sebagai haram dan bid’ah sesat masuk neraka serta mengatakan ia berasal dari ajaran hindu.

2. Imam Asy Syafie berpendapat zikir secara jahr boleh dilakukan oleh Imam kepada makmum selepas solat dengan tujuan untuk mengajar. Dan beliau MEMILIH untuk membaca zikir secara sirr kepada imam tanpa membid’ahkan mahupun melarang zikr secara jahr secara berjemaah selepas solat. Namun Wahhabi pula menyatakan perbuatan ini bid’ah sesat dan menyatakan Imam Asy Syafie melarang zikir secara berjemaah selepas solat.

3. Imam Asy Syafie menyatakan doa qunut dalam Solat Subuh adalah sunat berdasarkan hadith sahih. Namun ada wahhabi yang MELARANG dan menyatakannya tiada nas dari al Quran dan hadith. Jika berlapang dada, maka pengaku salafi pastinya membenarkan umat Islam untuk membaca doa qunut semasa solat subuh BUKAN MELARANGnya.

4. Imam Ahmad bin Hanbal membolehkan tawassul kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang telah wafat. Namun wahhabi pula menyatakan ia sebagai SYIRIK/KAFIR.

5. Imam Asy Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik, Imam Abu Hanifah memuji dan mengiktiraf tasawwuf dan ahli sufi yang benar. Wahhabi pula menghina, melekehkan, menolak, bahkan mengkafir dan mensyirikkan ahli sufi dengan gelaran penyembah kubur.

6. Majoriti ulamak dan umat Islam mengikut manhaj salafussoleh dengan mengikut mazhab mereka. Namun wahhabi mengajak umat Islam terus secara langsung merujuk kepada al Quran dan As Sunnah walaupun jahil. Sedangkan para ulamak yang bertaraf mufti mustaqil, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa pun mengikut manhaj salafussoleh.

7. Penduduk di Dubai dan Abu Dhabi yang bermazhab Maliki dan dalam aqidah mengikut Asy’ari dihukum kafir oleh pengaku salafi ini disebutkan oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali Ketua Lembaga Pengawasan Da’wah di Dubai dalam kitabnya : Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha. Kitab yang sudah diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia ini mendedahkan tentang tulisan-tulisan ulamak wahhabi yang menyesatkan majoriti ulamak dan umat Islam.

8. Jumhur ulamak (Syafi’eyyah, Hanafi dan Hanbali) kecuali mazhab Maliki menyatakan sunat membaca lafaz niat sebelum solat. Namun ulamak dalam mazhab Maliki mensunatkan orang yang was-was untuk melafazkan niat solat untuk membantu dari kesamaran. Namun wahhabi menyatakan melafazkan niat adalah kurang akal dan agama.

Ada banyak lagi bukti yang membezakan antara pengaku salafi dengan manhaj salafussoleh. Ini contoh yang sangat sedikit sahaja.

Sumber: – POS KOMEN PEJUANG SUNNI

28/11/2014 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Jual beli pada hari Jumaat


‎JUAL BELI PADA HARI JUMAAT

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.  

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,

 Nukilan : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman‎

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,

Oleh: Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff

Nukilan : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

28/11/2014 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

Golongan yag bercanggah dengan Ahli Sunnah adalah sesat

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:   وَاحِدَة إِلاَّ النَّارِ فِي كُلّهَا فِرْقَةً وَسَبْعِيْنَ ثَلاَثًا أُمَّتِيسَتَفْتَرِقُ قِيْلَ وَمَنْ هُمْ. قَالَ الَّذِيْنَ هُمْ عَلَى مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي Maksudnya:  “Dan umatku akan menjadi 73 golongan, semuanya dalam neraka melainkan  satu golongan20. Para sahabat bertanya: golongan yang mana satu? Nabi menjawab: mereka adalah golongan yang mengikut perjalanan hidupku dan para sahabatku”. ( Riwayat al Tirmizi, juz X, h. 109.)

Berdasarkan hadis ini maka para ilmuan Islam membuat kesimpulan bahawa mereka yang  mengikut sunnah Nabi dan para sahabat, maka mereka dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal  Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat.

Imam al Mufti Syeikh Sayyid Abdurrahman  bin Muhammad bin Husain bin Umar  Ba’alawi (Kitabnya Bughyah al Mustarsyidin, m/s: 398, cetakan Matbaah Amin Abdu al-Majid, Kaherah Mesir)  membuat kesimpulan tersebut:

1-Syiah berpecah kepada 22 aliran

2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran

3-Muktazilah kepada 20 aliran

4-Murjiah kepada 5 aliran

5-Najjariah kepada 3 aliran

6- Al Jabbariah 1

7-Al Musyabbihah 1

JUMLAH SEMUA 72 -TOLAK AHLI SUNNAH

Ketahuilah bahawa memberi peringatan kepada orang Islam tentang golongan yang sesat sepertimana memberi peringatan kepada para pembeli supaya tidak tertipu dengan penjual yang menipu dalam hal jual beli yang dilakukan adalah satu kewajipan, maka begitu juga memberi peringatan kepada manusia agar tidak mengikut dah terjebak dengan golongan yang menyelewengkan ajaran agama Islam dan melakukan pendustaan terhadap Allah dan Rasul-Nya, turut menjadi satu kewajipan bahkan ia merupakan satu perkara yang lebih patut diutamakan.

Firman Allah Taala mafhumnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.  Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda: "حَتَّى مَتَى تَرِعُوْنَ عَنْ ذِكْرِ الْفَاجِرِ, أُذْكُرُوْهُ بِمَا فِيْهِ كَيْ يَحْذَرَهُ   “Sampai bila kalian segan untuk menyebutkan kesesatan orang yang sesat, sebutkanlah apa yang ada padanya (kesesatannya) hingga ia dijauhi masyarakat dan diwaspadai bahayanya”.                  [Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi] 

Tiga ajaran golongan yang menyeleweng bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sedang bergerak dalam masyarakat Islam dan umat Islam perlu berhat-hati: 1- SYIAH 2- WAHHABI 3- HIZBUT TAHRIR

Sekian Wassalam

 

Sumber: Ustaz Ahmad Pendakwah & Pengarang Kitab Kitab Ahli Sunnah

28/11/2014 Posted by | Aqidah, Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: