Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Jawapan kepada isu "Madad ya RasulAllah"

Definisi TAWASSUL ialah memohon daripada ALLAH SECARA LANGSUNG serta meminta syafaat daripada-Nya dengan apa atau siapa yang disukai-Nya. Justeru ALLAH sahaja tempat memohon dan meminta. TIADA yang lain diminta. Berdasarkan takrif ini yang jelaslah ia DIBOLEHKAN !

Terdapat beberapa bentuk tawasul yang disepakati oleh para ulama dan dibolehkan, seperti:

-Tawassul seseorang dengan amalan baiknya.

-Tawassul dengan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, Zat-Nya dan seumpamanya.

-Tawassul dengan cara memohon doa orang-orang soleh yang masih hidup.

Adapun yang menjadi perselisihan segelintir ulama ialah tawassul dengan orang yang telah meninggal dunia; adakah diperbolehkan atau tidak. Ada segolongan yang menghukum ia syirik manakala MAJORITI berpandangan bahawa ia diharuskan dengan dalil-dalil yang akan kita terangkan di sini.

Para fuqaha’ telah IJMAK bahawa bertawasul dengan para nabi dan para aulia adalah dibolehkan (mubah), dan dianjurkan sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. [ Lihat Syawahid al-Haqq oleh Syeikh Yusuf al-Nabhani, 158].

Dalam hal yang sama, mantan Mufti Mesir, al-Allamah Sheikh Ali Jum’ah turut mengungkapkan, ”Mazhab feqah yang besar sepakat atas bolehnya bertawasul dengan Nabi S.A.W, malah menegaskan anjuran terhadap perkara ini dan tidak membezakan apakah tawasul itu semasa Baginda S.A.W masih hidup ataupun setelah Baginda S.A.W wafat. Tidak ada yang menyanggahinya melainkan Ibn Taymiyyah, iaitu beliau membezakan dengan Nabi S.A.W semasa hidup Rasulullah dan selepas kewafatannya. Tidak diambil pendapat shadhnya (ganjil) itu. Kami menyeru kepada umat agar berpegang kepada apa yang telah disepakati oleh para Aimmah yang terkemuka.” [Al-Bayan limaYasyghal al-Azhan, hal 177]

Justeru, penentangan terhadap tawasul kepada orang yang telah mati hanyalah pandangan terpencil daripada segelintir ulama, khusunya mungkin yang mengikuti aliran pemikiran Ibn Taymiyyah dan bukanlah pandangan majoriti ulama.

Soalan : Adakah ada dalil yang membolehkan bertawasul dengan orang yang telah mati ?

Jawapan : Terlalu banyak nas yang boleh dijadikan dalil bahawa tawasul dengan orang yang mati juga dibolehkan (mubah) seperti mana tawasul dengan orang yang hidup. Harus ditekankan sekali lagi bahawa tawasul TIDAK bermakna memohon pertolongan kepada orang mati, tetapi menjadikan mereka sebagai wasilah kepada ALLAH dalam berdoa, dan perkara ini seperti yang kita jelaskan sebelum ini berdasarkan anjuran al-Quran. [rujuk Surah al-Maidah: 35, Surah al-Isra’:57, Surah An-Nisa’:64]

Oleh itu, tuduhan ”meminta dengan kubur” atau seumpamanya adalah tuduhan yang dilemparkan oleh mereka yang JAHIL terhadap konsep tawasul yang sebenar. Manakala dalil daripada hadis pula antaranya seperti berikut:

Pertama, hadis Uthman ibn Hunaif, beliau mendengar Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam didatangi seorang lelaki buta mengadu penglihatannya yang hilang. Dia berkata, ”Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai pembantu (untuk membantu berjalan) dan aku juga ditimpa kesempitan.” Rasulullah bersabda, ”Pergilah ke bilik air dan ambillah wuduk kemudian solatlah dua rakaat, kemudian berdoalah, ”Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan bertawajuh kepada-Mu dan (hak) Nabi-Mu, Muhammad Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanmu agar dibukakan mataku. Ya Allah, berilah dia syafaat untukku dan berilah aku syafaat’.” Uthman berkata, ”Demi Allah, maka tiada berpisah kami dan tidak juga lama selepas peristiwa itu berlaku dengan kami sehingga masuk seorang lelaki seolah-olah tidak pernah buta.” (Tirmizi,al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan lain-lain)

Adapun status hadis ini, Imam Tirmizi mengatakan ia sahih walaupun hadis ahad melalui Abu Ja’far. Ada yang mengatakan ia Abu Ja’far Khatmi, seperti ujar Ibn Taymiyyah. Ibn Hajar mengatakan dalam Taqrib at-Tahdhib dia (Khatmi) dan boleh dipercayai (saduq). Al-Hakim turut meriwayatkan berdasarkan syarat Imam Bukhari dan Muslim dan Dhahabi mengesahkan, manakala Shawkani turut menjadikannya dalil. Imam Bukhari merakamkannya dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Majah dalam Sunan dan beliau mengatakan ia sahih. Memadai kita mengatakan bahawa tidak kurang daripada 15 orang ulama besar hadis yang bertaraf ”huffaz” (menghafal lebih 100,000 hadis beserta sanad) seperti Imam Dhahabi, Ibn Hajar, Hakim, Baihaqi, Tabarani, Ibn ‘Abd al-Barr, Shawkani dan Ibn Taymiyyah sendiri yang mengesahkan bahawa hadis ini Sahih.

Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tabarani dan Imam al-Baihaqi bahawa seorang lelaki telah datang untuk mengadu kepada Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pada zaman pemerintahannya. Namun Sayyidina Uthman r.a. tidak mengendahkannya lantaran kesibukan. Lelaki itu berlalu dan terserempak dengan Uthman bin Hunayf. Uthman bin Hunayf r.a. yang teringat peristiwa tawasul orang buta dengan Nabi, telah mengajanjurkan lelaki itu tadi agar berbuat perkara yang sama. Beliau berkata, ”Pergilah kamu ke tempat berwuduk, berwuduklah dan datanglah ke masjid dan bersolatlah dua rakaat. Kemudian berdoa, ‘Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu, aku menghadap kepada-Mu, melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap (hajatku) dengan perantaraanmu kepada Tuhanku agar diperkenankan bagiku hajatku.’ Dan engkau sebutkan hajatmu.”

Lelaki itu pun beredar dari situ dan melakukan suruhan tersebut. Kemudian dia pergi ke rumah Sayyidina Uthman. Seorang penjaga pintu membuka pintu dan membawanya masuk menghadap Sayyidina Uthman. Sayyidna Uthman r.a. berkata, ”Sebutlah hajatmu itu.” Lalu lelaki itu pun memberitahu hajat dan Sayyidina Uthman menunaikan hajatnya. Sayyidina Uthman bertanya lagi, ”Kalau kamu mempunyai hajat lagi, beritahulah.”

Selepas itu lelaki itu keluar dan menemui Uthman bin Hunayf r.a. Dia berkata kepada Uthman bin Hunayf, ”Moga-moga Allah membalas jasamu dengan kebaikan. Tidaklah dia (khalifah) memandang kepada hajatku sehingga engkau mengajarkan kepadaku.” Uthman bin Hunayf menjawab, ”Demi Allah! Bukan aku mengajarmu tetapi sebenarnya aku menyaksikan bahawa Rasulullah ketika didatangi seorang lelaki mengadu tentang penglihatannya yang hilang … (hingga akhir hadis).”

Kedua-dua hadis di atas mengisahkan tentang tawasul kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada dua situasai berbeza iaitu semasa Baginda masih hidup (lelaki buta bertemu Nabi) dan selepas Baginda wafat (lelaki yang bertemu Uthman bin Hunayf). Justeru, tidak timbullah persoalan sama ada Rasulullah masih hidup atau sudah wafat kerana yang ditawasulkan bukan kepada jasad Baginda. Sebaliknya bertawasul kepada maqam dan kemuliaan yang dimiliki oleh Rasulullah di sisi ALLAH. Hal yang demikian tidak membezakan sama ada Baginda atau seseorang yang soleh itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Selain dalil ini, banyak lagi dalil yang boleh diketengahkan, termasuklah amalan tawasul yang dilakukan oleh para Sahabat, salafussoleh, para imam mazhab serta yang lainnya kepada Rasulullah ketika Rasulullah telah wafat, ataupun bertawasul kepada orang-orang soleh yang telah meninggal dunia.

Cuma dalam keadaan seseorang itu tidak diberi taufik dan hidayah oleh ALLAH, berilah dalil sebanyak mana sekalipun, tidak akan meyakinkan dia untuk menerima kebenaran ini. Maka cukuplah kita katakan, sesiapa yang ingin bertawasul dengan cara ini ia dibolehkan (mubah). Sesiapa yang ragu, maka tinggalkanlah tanpa melemparkan tuduhan syirik dan seumpamanya kepada mereka yang melakukannya. [Lihat Adillah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, 79-83]

Wallahu’alam.

Sumber.

21/11/2014 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment

Umat akan berpecah kepada 73 golongan

"Disebutkan di dalam hadis perpecahan ummat Nabi Muhammad ﷺ yang terbahagi kepada 73 golongan/kelompok.Semuanya itu akan masuk neraka kecuali satu.Sahabat bertanya "Siapakah golongan yang selamat itu Ya Rasulullah."Nabi kita menjawab."Golongan yang selamat nanti di hari kiamat itu adalah berpegang teguh dengan cara kehidupanku dan juga para sahabat-sahabatku.Sebagaimana aku dan jug para sahabat-sahabatku.

Jadi perlu didahulu peluang umur dan kesempatan yang Allah bagikan kepada kita ianya sekali dalam seumur hidup.Yang pada waktu kalau kita sudah salah memilih jalan maka kita tidak ada peluang kedua,ketiga dan keempat.

Sebabnya bagaimanapun putaran daripada waktu dan peredaran daripada roda(dunia) ini tidak pernah mundur kebelakang.Dari hari ke hari kita semakin tua semakin dewasa.Kalau dahulu masih anak-anak sekarang sudah dewasa.

Kalau dahulu janggut masih hitam sekarang sudah mulai putih,uban sudah bertaburan di sana sini.Pandangan sudah mulai kabur,gigi sudah banyak yang gugur,cara berjalan juga kadang-kadang maju mundur.

Itu membuktikan yang kita sudah dekat dengan kubur.Jadi kalau begitu sangat mustahak dengan kita mengambil masa,mengambil waktu,mengambil peluang untuk kita mengkaji dan juga untuk kita mempelajari akan jangan sampai kita salah pilih jalan.

Jangan sampai kalau waktu kita menyesal yang pada saat itu penyesalan sudah tidak ada maknannya.Sudah tidak ada ertinya.

Kalau rugi masih ada cara tertentu.Mungkin kita punya peluang yang banyak,bagaimana untuk bisnes yang selanjutnya dengan modal yang berikutnya,dengan usaha yang akan datang.Dengan itu kita akan dapat keuntungan yang lebih banyak.

Tapi kalau kesalahan kita bukan dalam masalah keuntungan,bukan dalam masalah bisnes,bukan dalam masalah hidup.Ketika kesalahan kita dalam memahami dalam menganuti ideologi-ideologi hidup atau akidah atau prinsip hidup.

Ini kalau waktu kita tersalah yang pada saat manusia itu akan sedarkan nanti dengan kematian.Peluang untuk kembali ke dunia itu tidak akan ada.

Maka untuk kita memastikan sebagaimana akhlakku,akidahku,pemikiranku,pengorbananku,perjuanganku,ubudiahku,pengabdianku,cara kehidupan daripada Baginda dapat kita kesan dan dapat kita pelajari.

Tidak ada satu pun yang lepas daripada tatapan Para Sahabat dan tidak ada satu pun yang lepas daripada pengamatan dan catatan daripada salafus soleh secara Nabi kita diangkat sebagai Nabi dan Rasul sampai Nabi kita wafat.

Apa yang kita nak tanyakan pasal hal ehwal Baginda Nabi,akhlak beliau,pergaulan beliau,pakaian beliau,cara makan beliau dan bermacam-macam lagi.Itu semuanya tercatit dan tercatat secara terperinci tidak ada satu pun yang terluput dan yang lemah daripada tatapan Para Sahabat.Mungkin hanya sebahagian kecil.

Dalam segala aspek kehidupan dan dalam segala akhlak kenabian dan kerasulan ternyata sau per sau dibawah tatapan dan pengamatan Para Sahabat.

Jadi makanya dengan kita secara pasti Islam yang sampai kepada kita,ideologi yany sampai kepada kita,akidah yang sampai kepada kita,fahaman yang sampai kepada kita.Itu bukan pengamatan daripada 3,4,5,6 orang manusia tetapi ini pengamatan yang tidak terhitung ramainya.

Maka jangan sesiapa yang komen tentang sahabat Nabi,sesiapa yang salah menyalahkan tentang sahabat,seseorang yang berpandang negatif kepada mereka.Justeru,dia yang akan binasa.

Kenapa?Sebab Allah Sang Pencipta Manusia Pencipta Makhluk dan Semesta Alam telaj menyatakan dan menjelaskan tentang kedudukan Para Sahabat Baginda Nabi kita itu seperti apa.

Allah telah redha dengan mereka dan mereka juga telah redha dengan Allah ﷻ dan mereka juga telah mendapat jaminan syurga daripada Allah ﷻ dan juga Rasulullah ﷺ.

Kata Tuan Guru Syeikh kalau nak bahas mengenai hadis ini mengambil terlalu banyak masa kerana dilihat daripada pelbagai sudut lagi.Tetapi kesimpulan yang dapat dibuat adalah kalau kita nak selamat termasuk dalam golongan yang tidak dimasukkan ke dalam neraka adalah tetap berpegang teguh dengan ASWJ.

Ikut apa yang Rasulullah ﷺ ajarkan dan tinggalkan dan disambung dengan Para sahabat sehingga ke hari ini yang mana ianya tidak akan sesekali putus dengan rantaian sanad ilmu yang telah dibawa oleh Para Ulama kita InshaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat hendaknya.

Jangan sesekali terpengaruh dengan ideologi-ideologi,fahaman-fahaman yang kafir mengkafirkan orang lain,menyebarkan fitnah sana sini tanpa menyelidik mengetahui hujung pangkal sesuatu itu.Adakah benar ataupun tidak.Mengatakan ini tak boleh itu tak boleh,membidaahkan sesuatu amalan kebaikan sehingga berlakunya perpecahan sesama ummat Islam sendiri.

Ingatlah yang hak itu hak dan yang batil itu batil.Jangan sesekali memandang negatif akan apa yang ada di dalam Islam termasuk kedudukan Para Sahabat Baginda Nabi

Sumber: Syeikh Nuruddin marbu Al Banjari

21/11/2014 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Mimpi

Bagaimana kalau kira-kira kita bermimpi berjumpa Ulama’, bermimpi berjumpa dengan orang-orang yang soleh, mimpi pergi ke Mekah, mimpi tawaf, mimpi sedang saie, mimpi wukuf di arafah, mimpi sedang berasa di raudhah. Itu semuanya di Antara mimpi-mimpi yang elok.

Itu adalah mimpi-mimpi yang mulia. Nabi kita menyebutkan di dalam hadis, “Tidak terpisah daripada perkara kenabiku melainkan mubashiroh. Apakah itu mubashiroh Ya Rasulullah. Nabi kita menjawab mimpi yang baik yang diimpikan oleh seseorang atau yang dilihat oleh orang lain.

Kalau kita bermimpikan perkara yang baik maka kita boleh menceritakannya kepada orang lain tetapi kalau kita bermimpi perkara yang tidak baik jangan kita ceritakan kepada orang lain.
Jadi kata Ulama’: Di Antara makna tafsiran mimpi bertemu dengan orang-orang yan soleh maka kebaikan dan kesolehan orang itu sedikit sebanyak akan terimbas kepada kita. Sedikit sebanyak kebaikan orang itu akan kita dapatkan kemuliaan daripada orang yang mulia.

Jadi kira-kiranya kebaikan orang yang kita mimpikan itu In syaa Allah ketabahan, kebijaksanaannya, kemuliaanny, kesopanannya, akan terimbas dan menular kepada kita.
Sebagaimana yang kita telah ketahui, segala mimpi-mimpi yang baik itu adalah dari Allah Azzawajalla manakala mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan.

(Al-Allamah Al-Faqih Waliduna Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki)

Dari : Pencinta Allah & Rasul

21/11/2014 Posted by | Bicara Ulama, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Benarkah budaya bersanding budaya Hindu?

Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mengharamkan BUDAYA PERSANDINGAN adalah menurut mereka budaya PERSANDINGAN itu adalah BUDAYA HINDU. Mereka juga turut mengharamkan MALAM BERINAI apabila MALAM BERINAI itu menurut mereka adalah budaya Hindu. Benarkah sedemikian?

Mengenai malam berinai, ianya seusngguhnya adalah budaya yang bukan sahaja dimiliki oleh poengganut Hindu, tetapi ARAB, TURKI, PAKISTAN, PARSI dan juga MELAYU. Jadi adalah tidak adil menghukum sedemikian rupa.

Saya sebenarnya kurang menggemari bila segelintir golongan agama cuba bercakap mengenai sejarah dan antropologi, dan terus menjatuhkan hukum tanpa sedikitpun membuat kajian demi kajian dalam lipatan sejarah dan juga bidang antropologi itu sendiri.

Kita semua sedia maklum bahawa perkara-perkara adat asal hukumnya adalah harus selagi tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti pendedahan aurat, ditayangkan kepada lelaki dan perempuan yang anjabi sehingga menimbulkan fitnah.

Dan datangnya ISLAM bukan untuk membunuh SEBUAH BUDAYA BANGSA!

1. Adat bersanding di atas pelamin termasuk di dalam adat yang berkongsi antara berbagai kaum. Di kalangan masyarakat Arab lama, adat pelamin ini dikenali sebagai al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. (Rujuk al-Misbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga al-Ghaniy)

2. Masyarakat Parsi juga mempunyai budaya persandingan mereka, dan ini dicatat seawal pada zaman kerajaan purba Parsi lagi dan diwarisi sehingga ke hari ini.
Gambar: http://postimg.org/image/c2gnwfjsj/

3. Masyarakat Cina Ughyur juga mempunyai budaya perkahwinan mereka tersendiri iaitu apabila mereka berkahwin, pasangan suami isteri akan didudukkan di atas sebuah kereta kuda yang ditarik, sambil diperhatikan oleh orang ramai.

Gambar: http://postimg.org/image/w0hdddfhv/

4. Masyarakat Mongol juga tidak ketinggalan mempunyai budaya persandingan mereka apabila mereka akan disandingkan di dalam sebuah khemah yang membentuk rumah tradisional mongol yang lama. Gambar yang saya paparkan kepada anda adalah gambar orang tertinggi di dunia yang berasal daripada Monggolia sedang bersanding dengan isterinya.

Gambar: http://postimg.org/image/oix3j5jyl/

5. Masyarakat Mesir Pubra adalah yang terawal mempunyai budaya persandingan dalam perkahwinan. Rekod-rekod arkeologi memperlihatkan bagaimana ukiran pengantin sednag berkahwin di pirmaid mereka serta tinggalan patung pengantin.

Gambar 1: http://postimg.org/image/5jgh92p9t/
Gambar 2: http://postimg.org/image/bvketncdx/

6. Masyarakat Pakistan juga mempunyai budaya persandingan mereka. Walaupun beragama Islam, budaya persandingan kekal sampai ke hari ini seperti mana dalam gambar di bawah.

Gambar: http://postimg.org/image/j6uan8dql/

7. Masyarakat Korea juga mempunyai budaya persandingan mereka terutama yang berdarah keturunan bangsawan. Gambar di bawah memperlihatkan di mana masyrakat Korea bersanding di atas dua buah kerusi sambil diapit oleh ibu bapa mereka. Tak ada pula rekod dalam sejarah memperlihatkan di mana bangsa Korea mengganut agama Hindu.

Gambar: http://postimg.org/image/akiuv7w6r/

8. Budaya masyrakat di Asia Tenggar aseperti Khmer, Thai dan Burma juga mengamalkan budaya persandingan, bukan termasuk Melayu sahaja. Anda boleh lihat gambar di bawah, meski sedikit berbeza namun mereka lagi bersanding.

Gambar Thai: http://postimg.org/image/lxnhccb4d/
Gambar Burma: http://postimg.org/image/605yiug9d/
Gambar Khmer: http://postimg.org/image/s283cdq6n/

Saya jadi hairan dengan manusia-manusia ini, yang sesenang hati menjatuhkan hukum ke atas sesuatu yang bergelar budaya bangsa hanya kerana tidka menyerupai budaya ARAB, lantas mereka cuba mencipta sebuah kisah palsu untuk memastikan bahawa budaya itu terus mati.

Maka kalau nak haramkan persandingan itu secara total sebab menyerupai budaya Hindu, ianya sudah menjadi sesuatu fitnah kerana terbukti bahawa ianya bukan agama Hindu. Kalau atas sebab aurat, mendatangkan fitnah dan sebagainya, ianya bukan haram total kalau benda ini dijaga. Terima kasih.

Fahaman mereka mengenai ISLAM sangat menjijikkan. Apalah bezanya mereka dengan golongan yang salah menafsirkan Islam itu sendiri. Ingat, ISLAM bukan sebuah agama yang menghalalkan cara. Melalui hujah diatas terbukti bahawa sesungguhnya BUDAYA BERSANDING dan MALAM BERINAI adalah budaya UNIVERSAL, ianya dikongsi oleh banyak bangsa di dunia, bukan sahaja ORANG HINDU.

Sumber: Budaya Bersanding

21/11/2014 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Hukum menghukum syirik keatas saudara seislam tanpa hak

Hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

عن حُذَيْفَة بْن الْيَمَانِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّمَا أَتَخَوَّفُ عَلَيْكُمْ رَجُلا قَرَأَ الْقُرْآنَ حَتَّى إِذَا رُئِيَ عَلَيْهِ بَهْجَتُهُ ، وَكَانَ رِدْءًا لِلإِسْلامِ اعْتَزَلَ إِلَى مَا شَاءَ اللَّهُ، وَخَرَجَ عَلَى جَارِهِ بِسَيْفِهِ، وَرَمَاهُ بِالشِّرْكِ.

أخرجه البزار (رقم 2793) وقال: إِسْنَادُهُ حَسَنٌ، وقال الهيثمى أيضاً (1/188): إسناده حسن. وابن حبان في صحيحه (رقم 81)، وأبو يعلى، والضياء المقدسي. الردء: العون والناصر. وفي شرح مشكل الآثار للطحاوي (865): …قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّهُمَا أَوْلَى بِالشِّرْكِ الْمَرْمِيُّ أَوِ الرَّامِي؟ قَالَ: لَا بَلِ الرَّامِي. وأخرجه الطبراني عن معاذ (20/88 ، رقم 169) بنحوه بلفظ:أخوف ما أخاف على أمتى ثلاث رجل… وذكر هذا أولهم.

Terjemahan: Dari Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri al-Quran itu, dan ia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”.

(Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban, Abu Ya’la, dan al-Dhiya’. Kata al-Haythami: Isnadnya hasan)

Dalam riwayat al-Tahawi dan al-Tabarani: Aku bertanya: Ya Rasulullah, yang manakah lebih layak dengan tuduhan syirik itu, yang dilontar atau yang melontar? Jawab baginda: “Tidak, bahkan yang melontar”.

Jauhilah golongan yang mudah menghukum SYIRIK kepada ulamak dan umat Islam. Ternyata apabila bermudah-mudah menghukum syirik kepada ungkapan MADAD YA RASULALLAH bermakna juga telah menjatuhkan syirik kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, dan salafussoleh yang lainnya.

Na’uzubillahi min zalik.

Oleh: Ustaz Zamihan Al-Ghari

21/11/2014 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Tasauf | | Leave a comment

Pencerahan mengenai ungkapan al madad ya Rasulullah

1) Memohon pertolongan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam hakikatnya kita memohon kepada Allah. Ia tergantung kepada niat si pemohon berkenaan.

Tidak boleh dengan hawa nafsu menghukum syirik kepada sesama saudara seIslam tanpa diselidik. Perlu difahami dalam kehidupan seharian (bukan dalam konteks doa) kita juga memohon pertolongan kerana kelebihan dan kemampuan yang ada pada orang yang kita minta bantuan berkenaan.

Ungkapan ‘Ibu dan Ayah mohon tolong doakan untuk berjaya dalam peperiksaan’

‘Doktor tolong sembuhkan anak saya’

Orang yang beriman pastinya tahu kesembuhan, terkabulnya doa adalah dengan izin Allah. Dan banyak lagi kita gunakan dalam kehidupan seharian. Adakah dengan sewenang-wenangnya kita boleh jatuhkan permohonan ini sebagai SYIRIK ?

2) ALlah menyebutkan kata wasilah di dalam kitab suciNya yang mulia di dalam 2 ayat. Pada ayat pertama ALlah menunrunkan perintah melakukannya. ALlah berfirman yang bererti :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALlah subahanahu wata’ala dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya (Al Maidah :35)

3) Pada ayat yang kedua, ALlah memuji orang-orang yang bertawasul kepadaNya dalam doa seruan mereka. ALlah subahanahu wa ta’ala berfirman yang bererti :

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan (wasilah) kepada Tuhan mereka, siapakah di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALlah) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang amat (harus) ditakuti" (Al Isra’ : 57)

RASULULLAH MENGAJAR MEMOHON BANTUAN DARIPADA HAMBA ALLAH

4) Hadith "BANTULAH wahai para hamba ALLah subhanahu wa ta’ala" Diriwayatkan dari Saidina Ibnu Abbas radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda :

"sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta’ala mempunyai para malaikat di bumi selain para malaikah hafazhah. Mereka menulis setiap apa yang terjatuh dari pangkal pohon. Maka, jika salah seorang kalian tertimpa kesulitan (tersesat jalan) di tengah hutan, hendaklah ia menyeru: "Bantulah, wahai para hamba ALLah subahanahu wa ta’ala…

(Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6 hlm 91; Baihaqi, Syu’ab Al Iman, vol I hlm 183; dan disebutkan oleh Al Haithami di dalam kitab Majma’ Az Zawaid, vol 1, hlm 132).

Al Hafizh Al Haithami memberikan pendapat (pandangan) terhadap sanadnya. "Hadith ini telah diriwayatkan oleh Thobrani dan para tokoh periwayatnya adalah orang-orang thiqah (terpercaya). (Al Haithami, Majma’ az Zawaid, vol 10, 132)

5) HADITH SAHIH MEMOHON PERTOLONGAN KEPADA RASULULLAH

Kisah meminta hujan di sisi maqam Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam pada zaman khalifah saidina Umar bin Khattab radiyaLlahu ‘anhu. Diriwayatkan dari Malik al Dar radiyaLlahu ‘anhu, dia adalah bendahara Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu, dia berkata; ..kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu. Lalu seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan berkata :

"Wahai RasuluLlah (sallaLLahu ‘alaihi wasallam) mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita)." Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah menjumpainya dalam mimpi dan bersabda, "Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu dan sampaikan salamku kepadanya dan beritahukan bahawa mereka akan dilimpahkan hujan. Katakan kepadanya : Maka hendaklah kamu bijaksana, bijaksana (cerdas dan tepat dalam membuat keputusan).’ Lelaki itu datang kepada Saidina Umar radiyaLLahu ‘anhu dan menyampaikan kepadanya perihal itu. Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, "Ya Tuhanku, aku tidak lalai (iaitu selalu bersungguh-sungguh) kecuali apa yang aku tidak mampu,"

(Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6, hlm 356; dan Ibnul Abdul Barr, Al Isti’ab, vol 3, hlm 1149)

Hadith ini sohih; dinyatakan sohih oleh Al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani dengan tegas dalam perkataannya, "Dan Ibnu Abi Syaibah radiyaLLahu ‘anhu meriwayatkan dengan sanad sohih dari riwayat Saleh Al Samman dari Malik Al Dar radiyaLLahu ‘anhu dia berkata;

"Kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu. Lalu ada seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan berkata: "Wahai RasuluLlah mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah menjumpainya di dalam mimpi dan bersabda, "Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu…", hadith selengkapnya…"

Daripada Saif radiyaLLahu ‘anhu di dalm kitab "Al Futuh" meriwayatkan bahawa orang yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al mUzani radiyaLLahu ‘anhu, salah seorang Sahabat Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam .. – (Al HAfizh Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 2, hlm 495 dan 496)

"Hadith ini Sanadnya Sohih" Hadith ini telah dinyatakan sohih oleh para tokoh penghafal hadith terkemuka (hafizh), sehingga layak menjadi dalil atas bolehnya meminta kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam untuk memohonkan hujan dan berdoa setelah perpindahan Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang mulia dari kehidupan dunia.

6) Kisah Khalifah Al Mansur dengan Imam Malik radiyaLlahu ‘anhu ceritanya begini, suatu hari Abu Ja’far Al Manshur Al Abbasi, Khalifah kedua kekuasaan Abbasiyah, bertanya kepada Imam Malik radiyaLlahu ‘anhu,

"Wahai Abu AbdiLlah, apakah aku menghadap RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan berdoa atau aku menghadap kiblat dan berdoa?" Imam Malik radiyaLLahu ‘anhu menjawab, "Kenapa kamu harus memalingkan wajahmu daripadanya, sedangkan dia adalah wasilahmu dan wasilah ayahmu, Nabi Adam alaihissalam kepada ALlah subahanahu wa ta’ala pada hari qiamat? Oleh itu, menghadaplah kepadanya dan mohonlah syafaat darinya, memang jelas ALlah subahanahu wa ta’ala memberikan (kelebihan) syafaat kepadanya."

(Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Hassan Ali bin Fihr di dalam kitabnya "Fahdail Malik" dengan sanad yang tidak mengapa (tidak cacat); diriwayatkan oleh Qadhi ‘Iyadh di dalam kitab As Syifa’ dari jalur riwayatnya dari beberapa guru di antara guru-gurunya yang thiqah; demikian juga disampaikan ole Imam as Subki di dalam kitab Syifa As Siqam, Al Samhudi di dalam kitab Wafa Al wafa, dan Al Qasthalani di dalam kitab Al Mawahib Al Laduniyyah. Dalam kitab Al Jauhar Al munazzham, Ibnu Hajar berkata, "Ini diriwayatkan dengan sanad sohih," Al Allamah Al Zarqani, di dalam kitab Syarh Al Mawahib berkata, "Sesungguhnya Ali bin Fihr menyampaikan cerita ini dengan sanad yang hasan dan Qadhi ‘Iyadh menyampaikan dengan sanad yang sohih.")

7) HUKUM MENGHUKUM SYIRIK KE ATAS SAUDARA SEISLAM TANPA HAK

hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

عن حُذَيْفَة بْن الْيَمَانِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّمَا أَتَخَوَّفُ عَلَيْكُمْ رَجُلا قَرَأَ الْقُرْآنَ حَتَّى إِذَا رُئِيَ عَلَيْهِ بَهْجَتُهُ ، وَكَانَ رِدْءًا لِلإِسْلامِ اعْتَزَلَ إِلَى مَا شَاءَ اللَّهُ، وَخَرَجَ عَلَى جَارِهِ بِسَيْفِهِ، وَرَمَاهُ بِالشِّرْكِ.

أخرجه البزار (رقم 2793) وقال: إِسْنَادُهُ حَسَنٌ، وقال الهيثمى أيضاً (1/188): إسناده حسن. وابن حبان في صحيحه (رقم 81)، وأبو يعلى، والضياء المقدسي. الردء: العون والناصر. وفي شرح مشكل الآثار للطحاوي (865): …قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّهُمَا أَوْلَى بِالشِّرْكِ الْمَرْمِيُّ أَوِ الرَّامِي؟ قَالَ: لَا بَلِ الرَّامِي. وأخرجه الطبراني عن معاذ (20/88 ، رقم 169) بنحوه بلفظ:أخوف ما أخاف على أمتى ثلاث رجل… وذكر هذا أولهم.

Terjemahan: Dari Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri al-Quran itu, dan ia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”.

(Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban, Abu Ya’la, dan al-Dhiya’. Kata al-Haythami: Isnadnya hasan)

Dalam riwayat al-Tahawi dan al-Tabarani: Aku bertanya: Ya Rasulullah, yang manakah lebih layak dengan tuduhan syirik itu, yang dilontar atau yang melontar? Jawab baginda: “Tidak, bahkan yang melontar”.

Jauhilah golongan yang mudah menghukum SYIRIK kepada ulamak dan umat Islam. Ternyata apabila bermudah-mudah menghukum syirik kepada ungkapan MADAD YA RASULALLAH bermakna juga telah menjatuhkan syirik kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, dan salafussoleh yang lainnya.

Na’uzubillahi min zalik.

Oleh: Ustaz Zamihan Al-Ghari

21/11/2014 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: