Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Asalkan bukan Ulama

PM Najib telah dituduh lemah kerana tidak memberi keputusan muktamad dalam isu-isu penting negara. Najib diam diri banyak isu dan menyerah kepada kebijaksanaan NGO-NGO dan rakyat untuk membentuk arus.

Pakatan Rakyat sedang menghadapi krisis politik yang akan mengubah landskap politik negara. Tetapi Pas yang dipimpin oleh ulama juga memilih untuk berdiam diri dan menyerah keputusan politik kepada Sultan. Permainan ini digelar ‘passing the buck’.

Mungkin ada yang akan kata bahawa ini adalah strategi politik Pas tetapi adakah ini bermakna Sultan sendiri pun dijadikan alat politik Pas?

Kita setuju bahawa Sultan patut memilih siapa MB tetapi ini tidak bermakna Pas tidak boleh memberi kata putusnya. Bahkan pendirian Pas berubah-ubah dalam sekelip mata.

Lebih dua minggu lalu, Dewan Ulama memutuskan untuk memihak pada Khalid tetapi sekarang tidak memihak kepada siapa-siapa pula.

Setahun yang lalu semasa kempen pilihan raya, pelbagai dalil agama diberi untuk menyokong tahaaluf siyaasi dengan DAP sehingga Guan Eng digelar ‘Amirul Mukminin’.

Sekarang? Bagaimana pandangan rakyat terhadap mereka yang bergelar ‘ulama’ yang begitu cepat berubah pendirian? Bolehkah kita percaya kepada mereka lagi?

Bahkan, pasangan yang separuh bogel di Ipoh dan grup sepenuh bogel di Pulau Pinang lebih tegas membuat keputusan untuk melucutkan pakaian di khalayak ramai! Mereka lebih tegas daripada ulama.

Adakah kemerdekaan kali ini membawa arus bidaah yang baharu iaitu “Berani kerana salah, takut kerana benar”?

Yang pasti merisaukan para pendakwah ialah bukan pandangan rakyat terhadap mereka yang mengangkat diri sendiri sebagai ulama tetapi pandangan mereka terhadap agama Islam. Kita risau bukan sekadar ulama disalahkan, tetapi juga agama Islam disalahkan juga kerana mengangkat martabat ulama begitu tinggi sehingga menggelar mereka sebagai ‘pewaris Nabi’.

Sekarang ulama dilihat sebagai pengkhianat, opportunis dan touch n go! Kalau ada peluang politik, touch and go jelah! Ini pasti mengelirukan rakyat.

Kalau umat Islam sendiri begitu mudah keliru tentang apa Islam kata tentang hakikat ALLAH SWT sehingga penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam tulisan mereka, sudah tentu rakyat lagi mudah keliru tentang apa Islam kata tentang ulama. Jelas, ulama tidak mampu memimpin dan adakah Islam tidak nampak ini dari awal lagi?

Kalau satu dua ulama yang tidak menunjukkan contoh baik, kekeliruan masih boleh dihindari. Tiada agama yang mempunyai para agamawan yang sempurna semuanya. Tetapi sekarang seolah-olah sudah menjadi arus perdana di mana ulama berperangai seperti Raja Lawak.

Maka, akan mudah terlintas di minda rakyat bahawa ini adalah hasil produk agama Islam sendiri! Ini persoalan yang saya selalu terima daripada rakyat yang tidak faham perbezaan antara agama dan yang bergelar ‘ulama’.

Menjadi seorang ‘ulama’ bukan membayar yuran tahun untuk menyertai persatuan-persatuan ulama. Ulama adalah orang yang mencintai ALLAH SWT lebih daripada misinya sendiri, apatah lagi misi partinya.

Ulama yang menangkan posisi politik dalam partinya yang menjadi fitnah dan mereka ini sebenarnya ialah ‘ulama politicking’. Politik menjadi ‘king’ atau raja yang menguasai hidupnya dan matinya.

Ini menjadi sebab mengapa ulama dulu seperti Imam al-Ghazali menulis tentang pembersihan rohani dengan menjauhkan diri dari kemewahan dan pengaruh politik khalifah-khalifah.

Sebenarnya ramai ulama yang tidak politicking di Malaysia tetapi ulama-ulama yang hebat ini tidak mendapat perhatian media.

Media lebih beri perhatian kepada ulama-ulama politicking dan pasangan separuh bogel kerana kedua-dua ini mempunyai nilai komersial!

Ulama-ulama dan hero-hero yang nama tidak pernah disebut oleh media mempunyai jasa yang tidak terhingga kepada negara dan saya memohon rakyat Malaysia supaya jangan menilai agama Islam berdasarkan akhlak ulama-ulama politicking.

 

(Oleh: Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak – Di petik dari Sinar Harian)

Advertisements

1 November 2014 - Posted by | Politik dan Dakwah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: