Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pendalilan anjing adalah najis mengikut Mazhab Asy Syafie

Sumber pendalilan anjing adalah najis mengikut Mazhab Asy Syafie sebagaimana dalam hadith :

1. Apabila anjing menjilat mangkuk kamu, maka tumpahkanlah air yang di dalamnya dan basuhlah mangkuk itu 7 kali. (Hadith sahih riwayat Muslim)

2. Apabila menjilat anjing akan mangkukmu, maka basuhlah mangkuk itu 7 kali yang pertama dengan tanah (Hadith sahih riwayat Muslim)

3. Apabila anjing menjilat mangkukmu , maka basuhlah mangkuk itu 7 kali, yang paling akhir dengan tanah (Riwayat Muslim)

4. Apabila menjilat anjing akan mangkukmu, maka basuhlah mangkuk itu 7 kali, salah satunya dengan tanah (Hadith riwayat Muslim)

5. Kebersihan mangkuk kamu apabila dijilat anjing harus dicuci antaranya dengan tanah (Riwayat Muslim)

6. Kalau anjing minum di mangkukmu maka cucilah mangkuk itu 7 kali (Hadith riwayat Imam Bukhari, lihat Fathul Bari jilid 1, halaman 286)

7. Dari Ibnu Mas’ud al Ansari beliau berkata : Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang menerima harga anjing, wang kerana zina dan upah tukang tenung. (hadith riwayat Imam Bukhari, lihat Fathul Bari jilid 5, halaman 331)

8. Dari Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhu : Melarang Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam menerima harga anjing. Dan Nabi bersabda kalau datang orang meminta harga anjing maka penuhilah telpak tangannya dengan tanah (Hadith riwayat Abu Daud, lihat Fathul Bari jilid 5, halaman 331).

9. Tidak masuk malaikat ke rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (patung) (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

10. Barangsiapa menyimpan anjing, terkecuali anjing pemburu atau pengembala, maka dikurangkan pahala amalannya dua kirat satu hari (Riwayat Imam BUkhari dan Muslim)

Pandangan dalam Mazhab Asy Syafie mengenai kenajisan Anjing :

Imam Asy Syafie :

Kitab al Umm – Kalau minum pada mangkuk itu anjing atau babi maka tidaklah bersih mangkuk itu kecuali kalau dibasuh 7 kali (Al Umm, juzu’ 1, halaman 6)

Imam An Nawawi :

Dalam kitab Minhaj menerangkan : Najis itu ialah sekalian benda yang cair yang memabukkan, anjing, babi dan anak-anak yang lahir dari keduanya, bangkai (selain mayat manusia, ikan dan belalang), darah, nanah, muntah, tahu, kencing, mazi, wadi, mani (selain mani manusia) dan mani haiwan yang tidak dimakan.

Imam Ramli :

Dalam kitab Nihayah : Dan yang najis juga anjing walaupun anjing yang sudah terdidik. (Nahayah, juzu’ 1, halaman 218)

Syeikh Yusuf Ardabili :

Najis-najis itu ialah khamar, sekalian yang membuatkan mabuk, anjing babi dan anak yang terbit dari keduanya… (Al Anwar, juzu’ 1, halmaan 6)

Imam Khatib Syarbaini :

Dan yang najis juga adalah anjing, walaupun anjing terdidik, kerana hadith yang tersebut dalam kitab Muslim (Mughni, Juzu’ 1, halaman 78)

Wajib bagi seorang Muslim agar menjauhi najis dan menyentuhnya di setiap waktu dan keadaan sama ada di dalam solat atau di luar solat maka dalam hal ini segolongan ahli ilmu mengatakan memegang najis tanpa keperluan (yang diizinkan syarak seperti beristinjak) adalah diharamkan walaupun di luar solat iaitu secara sengaja.

(Tuhfah al Muhtaj fi Syarh al Minhaj 1/481)

Disahkan hukum ini oleh Imam Nawawi, rafie dan kesemua muta’akhirin.

Sumber: Ustaz Zamihan Al-Ghari

Advertisements

20 October 2014 - Posted by | Fiqh, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: