Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Perkara-perkara sunat ketika puasa di Bulan Ramadhan :

1) Menyegerakan berbuka jika telah yakin matahari telah terbenam. Berbeza jika dia hanya merasa syak, maka wajib ke atasnya berjaga-jaga dan melewatkan berbuka.


2) Bersahur walaupun dengan seteguk air, walaupun telah kenyang

– waktu sahur bermula dari tengah malam

– hikmahnya adalah untuk menguatkan badan dan menyalahi perbuatan ahli kitab yang tidak bersahur.

3) Melambatkan bersahur tetapi tidak terlalu lambat. Dan disunatkan imsak (menahan diri) dari memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat (lebih kurang 15 minit) sebelum terbit fajar.

4) Berbuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil. Jika tiada, maka dengan busr (kurma segar). Jika tiada, maka dengan tamr (kurma kering) . Jika tiada, maka dengan air zam. Jika tiada, maka dengan makanan manis (tidak disentuh api) seperti madu dan kismis . Jika tiada, maka dengan masakan manis (disentuh api) seperti kuih-muih.


5) Membaca doa berikut :

(اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ)

Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.

Ertinya : “Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.

[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]

6) Menjamu orang berbuka puasa, kerana padanya pahala yang besar.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : ((Barangsiapa yang menjamu orang berbuka puasa, nescaya dia beroleh sama pahala seperti orang yang dijamu itu, tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu)). Riwayat Tirmidzi (dan beliau mentashihkannya), Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban,

7) Mandi janabah (jika ada) sebelum fajar, untuk mengelak dari khilaf yang ada dan supaya dia dapat memulakan puasanya dalam keadaan suci.

8) Mandi setiap malam di Bulan Ramadhan selepas maghrib supaya dia cergas untuk melakukan ibadah qiam.

9) Berterusan melakukan Solat Tarawih dari malam pertama hingga malam terakhir. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : ((Barangsiapa yang berqiam (mendirikan Solat Tarawih) di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah lalu)). Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

10) Tuntutan yang kuat untuk berterusan melakukan Solat Witr. Solat Witr di Bulan Ramadhan mempunyai 3 keistimewaan berbanding di bulan lain :

10.1 disunatkan berjemaah

10.2 disunatkan untuk menyaringkan bacaan

10.3 disunatkan padanya bacaan Doa Qunut di sebahagian akhir Bulan Ramadhan mengikut pandangan yang muktamad

11) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran sambil bertadabbur (menghayati) maknanya.

Disebut di dalam satu athar : “Ramadhan adalah Bulan Al-Quran”.

12) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat, seperti solat rawatib, solat dhuha, solat tasbih dan solat awwabin.

13) Memperbanyakkan amalan-amalan soleh, seperti bersedekah, menyambung talian persaudaraan, menghadiri majlis ilmu, beri’tikaf, melakukan umrah, sentiasa menyedari kewujudan Allah dengan menjaga hati dan anggota badan serta banyak membaca doa-doa yang ma’thur iaitu yang datang daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

14) Lebih bersungguh dalam beribadat di sepuluh malam terakhir disamping mencari Lailatul, lebih-lebih lagi di malam-malam yang ganjil.

15) Memastikan berbuka puasa dengan santapan yang halal.

16) Melebihkan layanan kepada anak-anak.

17) Meninggalkan perkara sia-sia dan perbuatan memaki-hamun. Sekiranya dia dimaki seseorang, maka hendaklah dia mengingati dihatinya bahawa di sedang berpuasa, agar dia mengelak diri dari mencacatkan puasanya. Dan sunat juga untuk melafazkannya dilidah jika dia tidak takut berlaku riya’, sebagai amaran dan jawapan terbaik kepada musuhnya.

(Kitab Taqrirat Sadidah – m/s 444-446)

Semoga bermanfaat

Dari: Lau Laa Murabbi Maa ‘Araftu Rabbi

01/07/2014 Posted by | Ibadah | , , | Leave a comment

Yaqazah amalan Ahli Sunnah wal Jamaah

Yaqazah iaitu bertemu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan jaga bukanlah suatu yang mustahil dengan keizinan dari Allah. Namun untuk bertemu dengan baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan jaga bukanlah suatu yang mudah.

Asas dalil kepada yaqazah adalah

zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

« من رآني في المنام فسيراني في اليقظة، ولا يتمثل الشيطان بي»

“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh

menyerupaiku”.

[Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

 

Selain dariapada itu, ramai ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. antaranya adalah :

1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus.

2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd.

3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.

4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.

5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.

6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.

7. Imam Syihabuddin al-Qarafi,

8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (روض الرياحين).

9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal.

10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (قانون التأويل).

11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan.

12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان).

13. Imam Tajuddin al-Subki.

14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة).

15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki

16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin

17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa’id al-Kubra.

18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama’il.

19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir.

20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id.

21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya.

22. Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.

23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.

24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir.

25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim.

26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.

27. Imam al-Baqillani.

28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in.

29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi.

30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.

31. Al-‘Allamah al-Maziri.

32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji.

33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani.

34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah.

35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi.

36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah.

37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin.

38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma’ani.

39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi.

40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj.

41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa.

42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat ‘ala al-Nabiy.

43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’.

44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi.

45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.

46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf.

47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta’rif al-Khalaf.

48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar.

49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW.

50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah.

51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti.

52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan.

53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil,

54. Dr. Mahmud al-Zayn.

55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei.

Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni dari Institut Kajian Hadith Selangor telah panjang lebar menerangkan mengenai yaqazah di sini :

http://sawanih.blogspot.com/2012/07/blog-post.html

Malahan JAKIM juga memperakui adanya yaqazah berbeza dengan yaqazah yang dipercayai oleh al Arqam :

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/menjawab_dakwaan_yaqazah_sesat_jemaah_al-arqam.pdf

 

Wallahua’lam bissowab

01/07/2014 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tasauf | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: