Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Eeh Pahala…Dari Mana Ia Datang!!!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Biasanya manusia akan suka kepada barang-barang percuma. Tetapi ramaikah yang suka kepada pahala percuma? Kalau anda salah seorang yang suka kepada pahala percuma, maka berlapang dada dan senyum-senyum lah jika anda diumpat dan dikutuk di belakang, kerana pahala orang yang mengumpat itu akan dapat kepada anda secara percuma.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Kenapa perlu mengumpat (ghibah) atau mengutuk orang di belakangnya? Jika ada suatu perkara yang seseorang itu buat silap, sepatutnya kita pergi padanya dan tegur dengan berhikmah secara berdepan, lebih-lebih lagi jika kesilapan yang dia lakukan itu hanya dosa kecil atau tersilap. Jika kita mengutuk seseorang itu di belakangnya, tak semena-mena pahala kita akan dikutip olehnya sedikit demi sedikit. Tak ke sangat rugi kita? Hanya sekadar mahu mempersenda, melepaskan marah atau ketidak-puas hatian yang sekejap hingga hilang banyak pahala.

“Janganlah sebahagian di antara engkau semua itu mengumpat sebahagian yang lainnya. Sukakah seseorang di antara engkau semua makan daging saudaranya dalam keadaaan dia sudah mati, maka tentu engkau semua membenci. Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat lagi Penyayang.” (Surah Al-Hujurat : 12)

Kadang-kala, kutukan dan ejekan di belakang orang itu bukannya kerana dia buat salah atau dosa, tetapi hanya kerana perbuatannya itu tidak menepati selera dan kehendak kita. Dah kalau dia tidak buat dosa, kenapa kita tak pasal-pasal mengumpatnya? Dan lagi adakalanya kerana cemburu dan hasad dengki terhadap kejayaan atau kelebihan yang ada padanya.

Sepatutnya, jika kita bersembang dengan orang kita boleh dapat pahala jika bercakap perkara-perkara baik dan bermanfaat, seperti sembang ilmiah, berbincang tentang ilmu agama yang diketahui masing-masing, memberi nasihat, ingat-mengingat kepada kebenaran, kesabaran, kematian dan sebagainya.

 

Mengumpat yang dilarang secara asasnya ialah seperti maksud hadits “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim). Akan tetapi ada juga tempat-tempat dan ketikanya dibolehkan mengumpat.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1 – Orang yang mazlum (dizalimi) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nisaa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika dia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (Surah An-Nisaa’: 149)

2 – Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling tolong-menolong menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbezaan antara yang haq dan yang bathil.

3 – Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4 – Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Quran.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang boleh dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

 

31 May 2014 - Posted by | Tazkirah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: