Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Gelaran boleh membuat seseorang terjerumus ke dalam neraka

Seperti yg diceritakan oleh Syeikh Nazrul Nasir al Azhary kita akan dipertanggungjawabkan atas gelaran yg kita terima.

Kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : " Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : "Wahai Tuan, siapakah nama tuan?" Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : " Namaku Nu’man " "Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab : "Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut. Allahu Allah.

 

Sumber: Tazkiratul Awliya

07/04/2014 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: