Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apakah hukum membunuh tikus dengan cara menjemurnya di dalam perangkap di tengah panas terik matahari sekitar 2-3 jam sehingga ia mati kepanasan?

Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Membunuh tikus adalah diharuskan dalam Islam kerana ia termasuk dalam haiwan yang disifatkan sebagai ‘fawasiq’(haiwan yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan).

Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: خَمْسٌ فَوَاسِقُ، يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: الْحَيَّةُ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ، وَالْحُدَيَّا

Maksudnya: “Lima haiwan fawasiq (yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan) yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ular, gagak, tikus, anjing yang buas/serigala, dan helang”. (Riwayat Muslim, 2/856, no: 1198).

Walau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah memerintahkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, maka elokkanlah cara pembunuhan. Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah cara penyembelihan”. (Riwayat Muslim, 3/1548, no: 1955).

Maka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.

Wallahu A’lam.

21/02/2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen adalah haram dipakai bagi lelaki muslim.

Walaubagaimanapun, dalam kepelbagaian proses pembuatan batik sutera ketika ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF) mengarahkan satu kajian terperinci bagi mengetahui kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam pembuatan batik dan dibawa ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan secara terperinci"

KENYATAN MEDIA BERKENAAN
PEMAKAIAN BATIK SUTERA : 
"KAJIAN TERPERINCI JABATAN SEDANG DIJALANKAN"

Sukacita dimaklumkan bahawa Jakim telah mengadakan satu kajian terperinci berhubung pemakaian batik sutera melalui Panel Pakar Syariah (PPS) Jakim yang terdiri daripada para ilmuan dan cendekiawan. Antara perkara yang jelas kita persetujui adalah memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen adalah haram dipakai bagi lelaki muslim.

Walaubagaimanapun, dalam kepelbagaian proses pembuatan batik sutera ketika ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF) telah mengarahkan satu kajian terperinci dijalankan dengan penglibatan dan kombinasi pakar syariah dan pakar tekstil bagi mengetahui kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam pembuatan batik. Kajian terperinci berkenaan perkara tersebut sedang di peringkat kajian dan kemudiaannya akan dibawa ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan secara terperinci.

Jakim juga sebelum daripada ini pernah mengadakan perbincangan dengan pihak Kompleks Kraftangan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya berhubung proses yang digunakan dalam penghasilan pelbagai jenis batik di Malaysia. Kerjasama ini akan memudahkan lagi kajian terperinci berhubung penentuan hukum dalam isu pemakaian batik sutera ini.

Suka Jakim mengingatkan dan memaklumkan bahawa sesuatu hukum yang hendak diputuskan tidak boleh dibuat melalui pandangan secara rambang dan mudah tetapi memerlukan kajian yang teliti dan bersungguh-sungguh.
Sekian, dimaklumkan

Terima kasih

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
21 Februari 2014

21/02/2014 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

%d bloggers like this: