Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Fahami fundamental Islam – Yang Haram tetap Haram

Haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, tidak kiralah jika yang perkara tersebut dilakukan berdekatan dengan masjid (Putrajaya) atau tempat beribadah, atau tidak, hatta di dalam hutan sekalipun. Apakah kita beranggapan, Allah tidak suka maksiat dilakukan berdekatan masjid atau Putrajaya, tetapi Allah suka ianya dilakukan jika berjauhan dengan tempat tersebut? Seolah-olah Allah ada di masjid atau Putrajaya, dan tidak ada di tempat lain? Fahami Islam dengan betul wahai pemimpin negaraku.

Kini, heboh isu pembukaan Restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana disifatkan tidak bersesuaian dengan imej bandar tersebut sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Isunya adalah maksiat, arak, judi, zina, pergaulan bebas lelaki perempuan, diharamkan oleh semua agama, bukan sahaja agama Islam. Persoalannya, kenapa pemimpin yang meluluskannya begitu jahil dalam soal ini? JAKIM ada di sana, kenapa tidak dirujuk?

Kenapa bertindak sesuka hati bila ada kuasa? Bila jahil, bertanyalah. Nescaya ada jawapannya. Ini tidak, memandai-mandai seolah-olah Putrajaya bapak kita yang empunya. Ingatlah, Putrajaya dibina atas duit rakyat. Rakyat yang cintakan agama mahukan ianya ditadbir mengikut lunas-lunas agama dan hidup bertuhan.

Persoalan yang ditimbulkan oleh segelintir pemimpin yang menentang adalah, restoran tersebut tidak seharusnya dibenarkan beroperasi di Putrajaya kerana lebih 95 peratus penduduknya merupakan umat Islam. Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara bukan tempat hiburan. Bandar raya ini juga adalah bandar raya Islam contoh kerana hampir kesemua bangunannya bercirikan kesenian Islam.

Apa maksud semua ini? Adakah perkara haram dibenarkan di kawasan jauh dari Putrajaya? Apakah maksud senibina Islam?

Adakah kubah itu seni bina Islam? Begitu juga lambang bulan (sabit) dan bintang? Apakah senibina lain, termasuk senibina Melayu tidak Islamik? Nampak sangat kita jahil. Kubah atau bentuk bawang adalah senibina Moorish Indian.

Islam tidak tetapkan bentuk bagaimana masjid atau bangunan hendak dibina. Semuanya senibina adalah Islamik, jika tidak bertentangan dengan asas Islam, termasuk senibina Pagoda. Jika ada dalam minda kita, bahawa kubah itu Islamik, yang tidak kubah, tidak Islamik, maka saya syorkan pergilah mengaji lebih lagi mengenai universaliti Islam.

Cubalah fahami isu-isu fundamental Islam. Saya amat bimbang, jika pemahaman kita mengenai perkara-perkara yang bersifat Islamik itu hanya bersifat nama dan lambang. Bila buat dosa, atau teringat sudah banyak berdosa, maka pergilah buat umrah dan haji untuk mencuci dosa.

Jika itu pemikirannya, kita ini amat jahil. Rugilah jadi orang miskin atau masuk nerakalah mereka, sebab tidak boleh mengerjakan umrah dan haji berkali-kali berbanding orang kaya. Allah tidak adil meletakkan kaabah di Mekah, kerana hanya orang Arab sahaja yang berdekatan. Maka yang berjauhan, sudah tentu masuk neraka. Wahai pemimpinku, ingatlah… Islam tidak begitu sifatnya.

Perkara asas Islam adalah akidah, tauhid, akhlak dan syariat. Fahamilah perkara ini terlebih dahulu. Kita tetap akan masuk syurga, walaupun tidak pernah menjejak kaki mengerjakan umrah dan haji.

Jika kita kata senibina di Putrajaya itu Islamik, maka malang sungguh Allah menjadikan umat Islam dan manusia lain seperti di China, Jepun, Korea dan sebagainya. Maklumlah masjid di sana tidak ada senibina kubah atau berbentuk bawang.

Jika kita mengatakan bahawa Putrajaya itu kota Firdaus, bermakna, maksiat atau perkara haram tidak boleh dilakukan maka, di luar Putrajaya atau di mana-mana sekalipun, termasuk di Kuala Lumpur, tetap tidak boleh dilakukan kerana, haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, Ia ditentang semua agama.

Jangan rosakkan imej Islam, sekejap boleh, sekejap tak boleh. Ada bandar Islam Islam, ada bandar tidak Islam. Islam itu Islamlah. Seperti kontroversi Islam Hadhari. Ada Islam Hadhari, ada yang tidak hadhari. Islam itu Islamlah. Ia mesti didaulatkan di mana sahaja kita berada.

Kalaulah saya yang menguruskan Putrajaya, sudah lama tanda-tanda nama saya jawikan. Hard Rock Café boleh beroperasi dengan syarat, ikut garis panduan bandaraya Islam, termasuk menjawikan kafe tersebut. Saya masih yakin, umat Islam apabila terpandang huruf-huruf Allah, hatinya akan gementar. Jika tidak gementar, maknanya hatinya telah mati. Eloklah cari hati lain.

Saya pelik, adakah pemimpin yang menguruskan Putrajaya sudah buta? Mendengar nama Hard Rock itu sudah mencerminkan isi kandungannya. Kenapa begitu jahil? Tidakkah Hard Rock Café, sudah dikenali sebagai sebuah restoran tempat berhibur tanpa batasan dengan minuman keras serta muzik bising yang menjadi tarikan. Adakah kita tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang bakal menjadi pelanggan sasarannya?

Nasihat saya terutama kepada pemimpin yang dilantik, tidak kira pemimpin atasan atau pemimpin diperingkat organisasi. Jika jahil, pergi belajar. Paling kurang, bertanyalah kepada yang pakar, terutama JAKIM yang sudah lama sedia wujud di sana.

Janganlah bertindak sendirian jika jahil. Kita bimbang kita akan menjadi semakin jahil atau menjadi jahil murakab, sejahil-jahilnya. Jika asas ini tidak dibetulkan, apa jua tindakan kita seterusnya akan terus salah dan salah…

Sumber: Ustaz Prof Dr  RIDHUAN TEE

13/01/2014 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | , | Leave a comment

Jika tidak mampu buat semua jangan tinggal semua

Jika takmampu buat semua

 

Sumber:

Renung-renungkan Dan Jangan Termenung

13/01/2014 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Pengurusan Jenazah

Urus jenazah

Ust Amir Muttaqin ( Bab Jenazah beserta kisah benar yg menarik).

1. Org yg nak mati ni antara tandanya hidung jatuh,hidung kesat dan tdk berminyak.

2. Tapak kaki menjadi flat dan tiada ruang di tgh.

3. Nafaz in dan out menjadi lambat dan tersekat2.

4. Antara rahmat Allah masa nak mati ,tanda nak mati itu, seseorg akan berubah perlakuan menjadi baik. Kbykkannya sebegitu dan amat jarang yg berubah mnjdi kjhatan.

5. Lagi tanda ialah membuatkan kita benci kpd bakal si mati itu. Ada shj yg tdk kena dan membuat kita terasa dan sehingga tahap membenci. Akhirnya pergi dlm keadaan kita membenci dan menyesal. Yg ini kena hati2 ketika jaga ibu ayah kita. Bersabarlah dgn apa sekalipun sikap mereka kerana semua itu sementara. Jgn menyesal ketika mereka pergi, dlm keadaan kita membenci mereka.

6. Manusia ini pada mulanya apa sahaja kita akan mkn. Lihat bayi,semua nak telan. Meningkat remaja sedikit,mula memilih mknn. Menjelang dewasa,dipilih pulak mknn. Yg ini boleh,yg ini tdk boleh. Akhirnya,hilang selera mkn. Antara nikmat awl yg Allah tarik ialah mkn.

7. Mereka yg nazak,akan rasa sgt kehausan. Ambil kapas dan basahkan. Sapu dibibir. Jgn tuang air kerana itu bukan membantu hilangkan kehausan,tapi bantu utk bg mati.

8. Ketika nazak,elakkan dari org luar berada bersama. Kerana kebiasaannya,org yg hampir mati,akan terkencing dan terberak. Utk elakkan fitnah,biarlah ahli keluarga shj yg ada keliling.

9. Ajarlah ucap syahadah. Sejak zaman Nabi hingga kini, org yg paling sempurna syahadah ketika hendak mati ialah Saidina Abu Bakar. Kita ni jgn mimpilah,paling terbaik pun ucap Allah. Ada ulama benarkan jika tdk boleh ucap Allah,cukup sekadar tolong gerakkan kelopak mata dan bibir seperti sedang ucap Allah.

10. Ajar ucap syahadah atau Allah hanya sekali shj. Lepas si nazak sebut,biarkan dia rehat. Jika si nazak tiba2 bercakap hal dunia balik. Ajarkan sekali lg. Kemudian rehatkan sehingga tdk berkata hal dunia lagi dan hembuskan nafas terakhir.

11.. Jenazah yg dah mati hendaklah dibaringkan membelakangkan kiblat(kepala ke kiblat), yg sedang nazak dibaringkan hadap kiblat ( kaki lunjur ke kiblat).

12. Tutupkan mata,ikat rongga seperti mulut. Letakkan pemberat di perut kerana org yg mati perutnya masuk angin dan boleh meletup dlm masa 12jam.

13.. Melayu Islam kita ni paling lemah bab jenazah dan wasiyat. Hampir RM40 billion skrg berada di tgn Amanah Raya Bhd. 50% drpnya tdk terurus kerana masalah keluarga bergolak. Seorg tdk setuju,habis tidak selesai kerana tiadanya wasiat.

14.. Ingatan kpd si mati yg penjawat awam, si waris sila buat pengesahan kematian dgn hospital kerajaan kerana senang utk urusan pencen dan sbgnya. Ada kes,si isteri suri rumah sepenuh masa. Akibat buat pengesahan dgn hosp swasta,terpaksa turun naik pejabat dan mahkamah selama hampir 4 tahun dan akhirnya baru selesai. Tapi selesai dlm keadaan rumah tergadai,kereta tergadai kerana tiada duit hendak bayar.

15.. Ada satu kisah kemalangan. Kereta A dan kereta B. Kereta pemandunya Nepal Kristian dan kereta B melayu Muslim. Kedua2nya mati dan hancur separuh badan. Kedua2 keluarga diminta hadir utk pengecaman. Keluarga melayu Islam hadir dan buat pengecaman. Setelah itu,dikebumikan dulu kerana,keluarga Nepal mmg lama baru akan dtg Msia.Mayat yg dikatakan Nepal td disimpan dahulu dlm bilik mayat. Seminggu selepas itu, smpai keluarga Nepal. Keluarga Nepal buat pengecaman dan mengatakan itu bkn anaknya. Pggil kembali keluarga melayu Islam td dan camkan balik mayat yg dianggapkan mayat Nepal td. Ibunya dtg dan cam smbil menangis dan katakan kpd saya (ustaz). Bukan kah kita sudah kebumikan? Ah sudah, ini kes salah mayat ni. Terpaksalah digali kembali td kubur td setelah dpt pengesahan mahkamah. Kubur itu terletak di KL.Lalu ketika digali,bdk2 dbkl yg terlibat menggali dgn tiba2 lari. Rupanya tanah kubur itu sgt panas. Digali lagi,tanah itu seperti tanah terbakar dan hitam. Akhirnya dibuka liang lahad,mayat hanya tggal bhgian kaki dan berada dlm keadaan tenggelam dgn air dan berbau busuk. Nasib baik keluarga Nepal tdk menjadikan itu kes besar dan setelah pengecaman melalui kaki itu,mayat itu dipindahkan.

16. Ketika jenazah yg baru mati juga,qiamkan tgn seperti solat. Ada 1 kisah psl qiam. Ada seorg imam ,umur muda dlm 30an. Dia meninggal setelah rebah pening ketika sudah khutbah Jumaat. Ketika mandikan jenazah,tgnnya yg didepakan utk kembali qiam dgn sendirinya. Kwn2 sy ada yg lari. Mana tdknya dlm keadaan mcm tu masa mandikan di bilik mayat. Inilah tandanya org yg jaga solat. Tgnnya akan qiam dgn sendirinya. Begitulah mereka yg tdk solat,tgn diikat mcm mne pun utk qiam,akan terbuka juga akhirnya. Oleh itu,utk elak fitnah,ikatlah dgn sebaik2 nya utk tgn diqiamkan. Ingtlah,amalan kita didunia ini lah yg akan menjd penentu kita di alam barzakh nanti.

17. Antara kisah lain,tuan2 mesti dah biasa terbaca kisah tdk lama dulu tentang kubur yg digali semula di Johor. Media mengatakan mayat itu agamawan,tapi sbnrnya mayat itu dermawan. Sy salah seorg panelis utk kes gali kubur itu. Ketika sy smpai sana,hampir separuh sudah digali. Mayat itu tdi,dia seorg dermawan kerana setiap hari,kanak2 yg lalu ke sekolah akan diberinya wang saku. Ketika mlm,diwajibkan mereka hadir ke rumah utk mkn mlm. Sesudah itu diajar mengaji mengikut peringkat. Mayatnya sudah hampir 26 tahun ditanam. Ketika digali,tanah sudah berbau wangi. Tanah menjadi lembut. Kain kafannya bersih dan hanya sedikit kotor akibat tanah. Kain kafannya bersih mcm guna clorox. Dan ini kisah yg ramai org awam tdk tahu,hanya yg ada ketika itu tahu. Ketika sesi pengecaman,dipanggil anak saudara atau cucunya utk pengecaman. Apabila kain dibuka,cucunya mengatakan ini bukan datuk saya. Bayangkan tuan2, cucu tdk cam datuknya. Kami katakan inilah datuk kamu. Tahu kenapa? Wajahnya tdk seperti ketika datuknya meninggal,tapi kelihatan muda 20 tahun dari itu.

18. Akhirnya, belajarlah bab jenazah. Pengakhiran terbaik bg kita ialah pabila bapa meninggal,anak2 dan isteri yg mandikan dan kafankan. Mak meninggal, bapa dan anak2 yg mandikan dan kafankan. Tdk malukah kita, jenazah diusik kemaluannya,dimandikan oleh org yg bukan darah daging kita? Mana maruah kita?Oleh itu, sahutlah seruan saya.

Wallhua’alam.

Sumber: Dakwah Bil Hikmah

13/01/2014 Posted by | Fiqh, Ibadah | | Leave a comment

Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi

maulidur rasul 1

Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:

“Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam melakukannya”.

Jawab:

Baik, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, adakah baginda melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang telah nyata dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Disebabkan itu Allah ta`ala berfirman:

“وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا”. (الحشر: 7)

Ertinya:

“Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”.

(Surah al-Hasyr: 7)

Dalam firman Allah ta`ala di atas disebutkan “Apa yang dilarang ole Rasulullah atas kalian, maka tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa perkara haram adalah sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi bukan sesuatu yang ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram hukumnya hanya dengan alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan mengharamkannya.

Lalu kita katakan kepada mereka:

“Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (harus) atau sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam secara langsung yang khusus menjelaskannya?”

Apakah untuk mengetahui boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid harus ada nas khusus daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang menyatakan tentang maulid itu sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah menyatakan atau melakukan segala sesuatu secara khusus dalam umurnya yang sangat singkat?! Bukankah jumlah nas-nas syari`at, baik ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi, itu semua terbatas, ertinya tidak membicarakan setiap peristiwa, padahal peristiwa-peristiwa baru akan terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap perkara harus dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah kedudukan ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran dan al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang memberikan pemahaman umum?! Misalnya firman Allah ta`ala:

“وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ”. (الحج: 77)

Ertinya:

“Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”.

(Surah al-Hajj: 77)

Adakah setiap bentuk kebaikan harus dikerjakan terlebih dahulu oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam supaya ia dihukumkan bahawa kebaikan tersebut boleh dilakukan?! Tentunya tidak sedemikian. Dalam masalah ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hanya memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Kerana itulah dalam setiap pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan dengan Jawami` al-Kalim ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah terdapat kandungan makna yang sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. (رواه الإمام مسلم في صحيحه)

Ertinya:

“Barangsiapa yang melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya tersebut dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya).

Dan di dalam hadith sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ”. (رواه مسلم)

Ertinya:

“Barang siapa merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal darinya maka ia tertolak”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Dalam hadith ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa sesuatu yang baru dan tertolak adalah sesuatu yang “bukan daripada sebahagian syari`atnya”. Ertinya, sesuatu yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua perkara yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, maka perkara tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka Rasulullah tidak akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan berkata: “Man Ahdatsa Fi Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun yang merintis perkara baru dalam agama kita ini, maka ia pasti tertolak). Dan bila maknanya seperti ini maka bererti hal ini bertentangan dengan hadith yang driwayatkan oleh al-Imam Muslim di atas sebelumnya. Iaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam Sunnatan Hasanatan….”.

Padahal hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi isyarat anjuran bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang baik, dan yang selari dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua perkara yang baru itu adalah sesat dan ia tertolak. Namun setiap perkara baru harus dicari hukumnya dengan melihat persesuaiannya dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai maka boleh dilakukan, dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh dilakukan. Karena itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti berikut:

“وَالتَّحْقِيْقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ، وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ”.

Ertinya:

“Cara mengetahui bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) menurut tahqiq (penelitian) para ulama’ adalah bahawa jika perkara baru tersebut masuk dan tergolong kepada hal yang baik dalam syara` bererti ia termasuk bid`ah hasanah, dan jika tergolong kepada hal yang buruk dalam syara` maka berarti termasuk bid’ah yang buruk (yang dicela)”.

Bolehkah dengan keagungan Islam dan kelonggaran kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa setiap perkara baharu itu adalah sesat?

Sumber: PONDOK HABIB

13/01/2014 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: