Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum menicum tangan ahli ilmu,para ulama dan orang soleh

Cium Tangan ulama

Soalan:

Apa hukum mencium tangan ahli ilmu (para Ulamak) dan orang yang mulia?

Jawab.
Digalakkan (sunat) mencium tangan mereka. Para Sahabat رضي الله عنهم pernah mencium tangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما pernah mencium tangan Zaid bin Tsabit Al-Anshari رضي الله عنه dan beliau mengatakan: Beginilah kami diperintahkan untuk dilakukan terhadap Ulamak kami. Kemudian Zaid juga mencium tangan Ibn ‘Abbas رضي الله عنهم lalu berkata: Beginilah kami diperintahkan agar dilakukan terhadap Ahli Bait Nabi صلى الله عليه وسلم kami.

Juga diriwayatkan bahawa Amirul Mukminin Sayyidina ‘Ali Ibn Abi Thalib رضي الله عنه pernah mencium tangan ‘Abbas رضي الله عنه (Bapa Saudara Rasulullah) dan kakinya.

Telah berkata Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى:
‘..mencium tangan seseorang kerana kezuhudannya, kesolehannya, keilmuannya, kemuliannya, menjaga kehormatan dirinya atau semisal yang demikian itu dari hal-hal berkaitan agama, maka hukumnya tidak makruh bahkan disunatkan (dianjurkan). Tetapi seandainya (mencium tangan) kerana kekayaannya, kekuasannya atau kemegahannya di sisi ahli dunia, maka hukumnya adalah sangat dimakruhkan (dibenci)..’

Sumber: Pondok Habib

22/09/2013 Posted by | Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: