Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wanita berkerjaya petanda akhir zaman?

Petanda kiamat

Pada akhir zaman, orang akan memberi salam kepada sahabat yang dikenali sahaja.Bukan seperti yang dikehendaki dalam agama iaitu kita dituntut mengucapkan salam kepada semua orang Islam samada yang dikenali mahupun tidak.Keadaan ini menunjukkan hubungan kemesraan dikalangan kaum muslimin semakin berkurangan.

Begitu pula cara hidup di akhir zaman mendorong wanita bekerja di luar rumah.Terutama dalam bidang perniagaan kerana wanita dapat di jadikan ‘daya tarik’ pelanggan.Wanita juga bekerja di luar rumah untuk menambahkan pendapatan bagi memenuhi tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi.Gaji suami sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan seluruh keluarga.

Selain isteri bebas keluar rumah dengan alasan bekerja, mereka juga banyak memiliki wang.Ini menjadikan mereka bebas untuk membeli apa yang di kehendaki tanpa pengetahuan suami.Maka, ketika inilah akan berlaku kerenggangan hubungan kekeluargaan kerana isteri tidak lagi sepenuhnya taat kepada suami disebabkan dia juga mesti menghadiri acara acara rasmi yang kadang kadang diadakan pada waktu malam.

Sementara anak anak pula diserahkan kepada pembantu rumah untuk menjaga mereka.Dalam keadaan ini, anak anak akan menjadi mangsa kehilangan kasih sayang ibu bapa sekali gus boleh merencatkan perkembangan keluarga yang sihat jasmani dan rohani.

Begitu juga pada akhir zaman, akan ada alat alat tulis, media dan bahan percetakan yang canggih seperti komputer, internet dan lain lain.Alat alat ini sudah tentu digunakan untuk mengangkat martabat manusia.Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.Segala alat yang canggih itu digunakan untuk penipuan dan memanipulasi kenyataan yang benar dan mencemarkan martabat insan itu sendiri.

 

[Syarah: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki – di Majalah Q & A Bil 17 10/2012]

Advertisements

20 June 2013 - Posted by | Tazkirah | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: