Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apa yang tidak di lakukan Nabi tidak semestinya kita tidak boleh melakukannya

Sambutan Maulid Darul Murtadza

Ada pendapat yang mengatakan apa apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau yang ditinggalkan Baginda, maka kita pun tidak boleh melakukannya kerana ia BIDAAH DHALALAH.Pendapat sebegini secara tidak langsung menyempitkan roh syariat Islam yang bersifat menyeluruh (syumul) dan tetap dan fleksibel (tsabat wa murunah)

Apakah yang di maksudkan dengan at Tark?

Para fuqaha Usul Fiqh Meneyebutkan at Tark adalah apa apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau yang ditinggalkan Baginda.

Bagaimana fuqaha Usul Fiqh memahaminya?

At Tark tidak menatijahkan hukum dan tidak semestinya menunjukkan keharamannya.

Sesuatu amalan uang tidak dilakukan oleh Nabi, tidak semestinya haram/tidak boleh dilakukan.Jika tidak terdapat nas yang menunjukkan haram atau halalnya sesuatu perkara, hukumnya adalah harius/bukan haram atau Bidaah Dhalalah.

Ia hanya haram/tidak boleh dilakukan jika:

  • Ada ancaman berupa seksaan jika melakukan amalan itu
  • Amalan itu dikecam oleh syarak
  • Hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan
  • Ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu

(Rujuk Husn at Tafahhum wa ad-Dark li Mas’alah at-Tark, as-sayyid Abdullah bin Shiddiq al-Ghummari dalam al-Bayan lima Yashghal al-Azhan, ms 210)

Apakah petunjuk al Quran dan hadis dalam perkara ini?

Firman Allah maksudnya:

Dan apa sahaja perintah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu,maka terimalah serta amalkan,dan apa jua yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka patuhi larangannya”. (Al Hasyr 57:7). Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya “Dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW maka hendaklah kamu tinggalkannya”.

Begitu juga sabda Rasulullah SAW “Apabila aku menyuruh kami melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yangkamu mampu, dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.(HR al Bukhari).Rasulullah tidak mengatkan ,”Dan apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.

Kenapa Rasulullah tidak membuat sesuatu perkara atau meninggalkan berbuat sesuatu perkara?

Kerana beberapa sebab:

  1. Bukan kebiasaan atau adat yang diamalakan – Nabi tidak makan daging dhab kerana tidak biasa memakannya (HR al Bukhari dan Muslim)
  2. Lupa – Nabi solat Asar dengan dua rakaat lalu ditegur Sahabat (HR al Bukhari dan Muslim)
  3. Khuatir/takut sesuatu akan di wajibkan keatas umat – Nabi tidak keluar solat Tarawih setelah melakukannya pada malam malam sebelumnya supaya solat Tarawih tidak menjadi suatu kefardhuan keatas umat (HR al Bukhari).
  4. Tidak terfikir melakukannya Nabi tidak terfikir membuat mimbar untuk berkhutbah yang menatijahkan peristiwa batang kurma menangis (HR Imam Malik,Ahmad,at Tirmidzi,adDarimi,al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah dan Ath-Thabrani).
  5. Sudah termasuk dalam nas yang umum – Walaupun Nabi meninggalkan solat Dhuha dan banyak lagi perkara sunat, bukan bermakna ia haram dilakukan, tetapi umat tetap boleh melakukannya kerana ia termasuk di dalm keumuman nas seperti firman Allah yang bermaksud “…..serta kerjakan amal amal kebajikan, supaya kamu berjaya.” )Al Haj 22:77)

Kesimpulan:

Apa yang di tinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW bukanlah semestinya bererti perkara itu haram, tetapi ia hanyalah ,enunujukkan perkara itu bukan wajib, atau boleh ditinggalkan.Sebab itulah dikatakan:

“Sesungguhnya at-Tark bukanlah bermaksud haram, akan tetapi ia bermaksud harus/boleh di tinggalkan.”

 

[Syarah Ustaz Muhadir Haji Joll (Pensyarah UIAM)]

Majalah Quran & Sunnah (Q & A) Oktober 2012 Bil.06

Advertisements

12 June 2013 - Posted by | Tazkirah |

2 Comments »

  1. “Dan apa sahaja perintah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu,maka terimalah serta amalkan,dan apa jua yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka patuhi larangannya”. (Al Hasyr 57:7).

    Adakah kita boleh membuat andaian kita boleh melakukannya sesuatau ibadah tambahan kerana tiada ayat “apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW maka hendaklah kamu tinggalkannya”? Bolehkah kita memperjudikan amalan kita yang bakal menjadi pertaruhan untuk dipadang masyar kelak? Jika dipersoalkan kepada ana, “Adakah kamu nak mengikuti sepenuhnya apa yang Rasullullah buat atau melakukan amalan baik tambahan (yang tiada semasa Rasullullah) dengan sangkaan yang baik? Ana akan menjawab : ” lebih baik ana mengikuti Rasullullah dari melakukan amalan sangkaan baik (tidak dilakukan oleh Rasullullah) kerana ana tidak mahu dibicarakan atas perbuatan yang tidak pasti (mungkin benar atau mungkin tidak). Ana tidak akan rugi apa2 jika hanya mengikut nabi dari mendapat celaka jika amalan sangkaan baik itu kemudiannya di dapati sesat dihari akhirat kelak!

    Comment by achmad | 30 September 2013 | Reply

    • Amalan Ahlil Sunnah Wal Jamaah bersandar kepada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias.Amalan tambahan yang telah di perakui oleh Ijmak atau Qias Ulama boleh di amalkan.Contoh waktu zaman hidup Nabi SAW, Mushaf al Quran berada di merata rata tempat.(Di tulis di atas batu, kulit dan sebagainya).Namun setelah kewafatan Baginda, Al Quran di bukukan.Ini adalah penambahan baik yang belum pernah di lakukan Baginda.Adakah perbuatan tambahan baik seperti ini yg belum pernah di buat Nabi SAW satu kecelakaan dan sesat?

      Comment by amri el wahab | 2 October 2013 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: