Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Berpolitik untuk mengejar kuasa

Pilihanraya kecil Bukit Gantang Perak MarApr 09 001

Sesetengah orang fahamkan bahawa politik itu adalah apabila seseorang itu menyertai mana mana parti politik.Mereka fahamkan bahawa orang politik pula sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana mana parti politik dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali.Kemudian samada dia di calonkan atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja.Itu lah orang yang  di katakan orang politik.

Sebaliknya orang yang tidak berpolitik difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana mana parti politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya.

Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah ikut sistem pilihan raya kerana hendak berkuasa, maka matlamat mereka hanyalah hendak kuasa.

Oleh kerana terlalu hendak kuasa, dalam pilihanraya mereka boleh menghalalkan cara dengan melanggar hukum agama, adab dan adat, yang di mana perlakuan ini di halalkan dalam berpolitik.Halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru harakan suasana atau melaku tipu daya, menanam benih kebencian semua boleh mereka lakukan.Rasuah pun tidak apa, jual agama pun tidak apa, membeli undi pun tidak apa.Yang penting menang dalam pilihan raya.

Ini lah rupa bentuk POLITIK yang sedang di amalkan seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia oleh semua golongan dan peringkat orang politik tidak kira samada dia orang yang berpendidikan agama atau pun berpendidikkan konvensional.

10/09/2012 - Posted by | Politik dan Dakwah | , ,

2 Comments »

  1. Kalau kita berpolitik utk mengejar kekayaan, mengejar kemewahan mengejar dunia nescaya kita penat..berpolitik untuk mendapat kuasa bagi melaksanakan perintah Allah tentulah akan ada banyak pancaroba dan halangan..dari halangan idealogi, halangan perkauman, halangan doktrin agama, halangan kewangan, halangan kebencian dan pelbagai lagi..berpolitik mengejar kuasa dgn tidak berpandukan ajaran Islam akan menjadi huru hara, haram sana haram sini, road blok sana road blok sini, menggunakan kekerasan, caci maki, tidak menghormati tempat ibadat, mengadu domba dgn retorik tunggangan parti, yang berkuasa pula hanya melaungkan meminta sokongan dalam semua media tanpa berlaku adil kepada lawannya..mengulang2 kewajiban yang telah dilaksana sebagai budi yang ditabur, amat dikesalkan hebahan hubungan seks yang amat memualkan dan memalukan umat Islam..ini adalah politik mengejar kuasa tanpa ada Islam didepan, tanpa bismillah, tanpa doa..kita hidup tak lama..mengejar kuasa..kuasa akan habis, kejarlah kuasa untuk Islam,untuk keadilan dan rahmat Allah SWT. Tidak ada gunanya berebut kuasa sekadar untuk gah hebat sedangkan kemenangan tidak diredhai Allah SWT. Ingatlah yg menang tidak selalunya benar, yg kalah bukanlah maknanya sesat, kalah dalam pilihanraya mempunyai banyak faktor yang boleh kita kaji untuk menyedapkan hati..tetapi sekurang2nya pahala besar telah didapatkan sekiranya niat untuk Islam, niat untuk terlaksananya syariat Islam yang sebenar..agar negara kita sentiasa aman dan cukup rezeki dan melimpah dengan rahmatNya.. negara yang tinggi kadar jenayah, tinggi kadar penggangguran (rezeki mahal) telah menunjukkan tanda2 kurangnya berkat dan Rahmat Allah..jadi ia juga sebagai tanda untuk kita pulang semula kepada Allah dan Al-Quran dan bertaqwa. Wassalam

    Like

    Comment by xstream | 12/09/2012 | Reply

    • Ada orang berpoltik kerana dakwah – di panggil “politik dakwah”

      Ada orang berdakwah kerana politik – di panggil “dakwah politik”

      Di antara kedua dua ini mana jalan yang benar?

      Like

      Comment by paksyeikh | 12/09/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: