Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ulama berpolitik dan rakyat murtad

Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap umat Islam dalam menangani isu murtad ialah berdakwah. Dakwah ini perlu dilakukan bukan sahaja di dalam masjid, surau dan media Islam. Ia perlu dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Keterlibatan golongan yang tinggi ilmu agama diperlukan bagi mengetuai gerakan dakwah. Peranan Ulama’ adalah untuk mengajar dan menasihat, bukan melemparkan fitnah dan berita palsu kepada rakyat.

Apabila politik kepartian dicampuraduk dengan agama maka ramai yang telah menggunakan agama Islam sebagai wadah politik mereka. Ayat Al-Quran dan hadis digunakan dengan niat yang salah. Mereka menggunakan maksud ayat-ayat yang datang dari Allah untuk kepentingan politik mereka. Setiap ceramah yang kononya berasaskan agama akan dipenuhi dengan tuduhan dan fitnah kepada penentang golongan ini. Semua yang tidak bersefahaman akan digelarkan kafir. Maka Islam itu akan dilihat sebagai sebuah agama yang sering menghukum walhal telah disebutkan dalam Al-Quran yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Murtad adalah satu pandemik yang perlu dihapuskan secepat mungkin. Jika seseorang Melayu Islam itu ingin keluar daripada agama Islam, mereka harus sedar Malaysia bukan lagi menjadi negara mereka. Secara tuntasnya, jika tugasan ulama’ untuk mengetuai jemaah dakwah diabaikan dan di kembangkan menjadi ahli politik yang cetek akal, kita khuatir pada suatu hari nanti, negara ini akan wujud lebih ramai lagi Melayu Kafir. Para Ulama’ politik harus kembali kepada tugas asal mereka iaitu mendidik dan menasihat. Wallahualam.

Sumber.

27/07/2012 - Posted by | Politik dan Dakwah |

4 Comments »

  1. Sesiapapun termasuk Dari PAS akan melakukan benda yang sama bila dapat berkuasa entah2 lebih teruk lagi Dari org umno, politik ni satu jalan kehidupan yang akan membawa manusia menjadi tamak haloba, serbanpun boleh buka kerana sifat tamak. So jgn pandang manusia pada zahirnya saja.

    Like

    Comment by Anuwar Ahmad | 05/09/2012 | Reply

  2. Wkslm
    Saya tak nafikan ada pihak yg Islamkan ramai bukan Islam tp selepas Islam nya mereka apa jadi kpd mreka ? Apakah mereka benar2 jadi org beriman? Ramai yg hanya jadi Islam mcm Islam org UMNO !! Islam saja tidak cukup. Nabi SAW amat risau keadaan umatnya di akhir zaman krana akan berlaku mreka yg paginya Islam tp petang nya kafir, ada yg petangnya Islam paginya pula kafir !! Skadar Islam kerana bangsanya Melayu tidak ada dalil… bangsa Arab lebih berhak utk ngaku otomatik mreka adalah Islam tp hakikatnya ramai yg tidak Islam !! Apa perlu saudara risau tentang ulama politik yg “memurtadkan” ramai org Islam? Kalau mreka tidak berbuat yg murtad mreka tak akan murtad walau seribu kali dikatakan murtad oleh ulamak politik !! Wallahua’lam.

    Like

    Comment by Yang Tak Bernama | 05/09/2012 | Reply

  3. Saya rasa penulis ini sangat cetek pemikirannya, mengecam ulamak berpolitik sebagai cetek akal tapi sebenarnya tuan lah yang cetek akal !! Nak tanya tuan, dah berapa ramai org Islam di Malaysia yg gugur kerakyatan kerana murtad? ugutan Allah swt dalam al Quran pun mereka tak takut inikan setakat ugutan tak layak tiggal di Malaysia!! Usah mereka-reka konsep sendiri yg tak ada sebarang dalil yg “Melayu itu Islam, Islam itu Melayu”. Mengapa tuan sangat risau takut lebih ramai lagi Melayu Kafir kerana dikafirkan ulamak politik, sepatutnya tuan risau mreka benar2 jadi kafir !! Mem
    ang ramai akan jadi kafir jika ulamak politk tidak wujud, apabila pemimpin politik jahil agama yang tak ambil peduli bahawa politik mereka menyesatkan !! Wallahua’lam.

    Like

    Comment by Yang Tak Bernama | 05/09/2012 | Reply

  4. Sdra masih tidak memahami perjuangan dan dakwah rasulullah saw serta tugas mereka yang bergelar ulama’. Islam tetap terpinggir selagi tiada kepimpinan Islam yang sebenar. Mengapa pemerintah negara M’sia sekarang tidak menggunakan peluang sebagai pemerintah dan bergerak di bawah lindungan perlembagaan untuk berdakwah ? Apa dakwah yang dibuat oleh kerajaan yang sudah lebih 5o tahun memerintah negara sehingga orang Islam boleh murtad ? Apa ertinya Islam agama rasmi negara ? Orang-orang Asli yang diIslamkan di Pahang (itu yang saya tahu) terus terbiar dengan kehidupan mereka, yang penting kpd pemerintah ialah, mereka diajak memeluk Islam dan bendera UMNO boleh dikibarkan (barangkali kerana Melayu itu Islam, Islam itu Melayu !) Begitu juga dengan muda mudi yang lahir dari keluarga Melayu Islam..disogokkan dengan hiburan melampau, sehingga hampir setiap program MESTI disajikan dengan hiburan lagho. Sdr tidak tahu ke semua ni ? Mereka terbiar , mereka diberi kemewahan (apabila ada program k’jaan, mereka diberi rm dan sehelai baju, makan inum percuma..) tetapi tiada usaha dakwah dan tarbiyah yang dilaksanakan oleh kerajaan melainkan usaha supaya mereka menyokong kerajaan ! Kerajaan bimbang jika muda mudi memahami Islam secara mendalam banyak aktiviti mungkar, perniagaan haram, penipuan, rasuah dll yang menjadi kebiasaan pihak pemerintah ini akan dihapuskan. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan ulama’ yang perihatin terhadap kepimpinan negara dan nasib rakyat. Alhamdulillah sekarang Ulama’ Hafiz Al-Quran sudah berjaya menguasai Mesir, negara yang banyak catatan sejarahnya terdapat di dalam Al-Quran. Mudah-mudah negara kita juga akan menjejakinya.

    Like

    Comment by Mukhlis Attobawi | 27/07/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: