Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Manusia bongkak nak buat kerja Tuhan

Sudah jadi lumrah bagi sesetengah ahli politik gemar menyebut dalam pidato mereka “ Dosa dosa si polan dan sipolan itu tidak akan di ampunkan Tuhan”.”Si polan ahli neraka dan sipolan ahli syurga.”

Ketahuilah bahawa ungkapan saperti ini memang ringan untuk di ucapkan di lidah, tetapi sebenarnya amat berat kesalahanya di sisi Tuhan.Sejak bila mereka ini jadi wakil Tuhan dan buat kerja Tuhan dalam memutuskan Rahmat dan laknat Allah terhadap seseorang manusia?

Sepatutnya sebagai orang Islam dan mengaku pembela agama berkempenlah supaya semua manusia mendapat Rahmat Allah.Bukan kah pejuang agama itu adalah penyelamat, dan bukan tukang laknat Ummah? Mereka sepatutnya jadi penyelamat dengan mendoakan  dan memohon Rahmat untuk menyelamatkan semua manusia bukan sahaja yang ada di masjid dan surau, tetapi semua muda mudi di jalanan, artis artis di pentas, orang orang politik di gelanggang politik dan seterusnya.Tidak sepatutnya menjatuhkan hukum kepada sesiapa sahaja manusia dengan menghukum saperti mengatakan seseorang itu tidak dapat Rahmat Allah sedang kan orang itu masih hidup dan masih berpeluang menerima Rahmat Allah suatu hari nanti.Sedangkan kita sendiri tidak tahu hukuman Allah yang sebenar terhadap orang itu.

Nabi saw bersabda maksudnya: “ Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dia lah yang paling binasa”. (HR Muslim).

Menurut Dr Maza, Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya, seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan di binasakan Allah.

Janganlah kerana sentimen politik kita menggambarkan setiap orang yang buat dosa hari ini akan masuk neraka.

 

 

(Rujukan: Minda Dr Maza)

06/06/2012 - Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah

4 Comments »

  1. Kita takut menulis suatu yang akan membalik kepada diri kita sendiri seumpama kalau kita mengatakan bahawa orang itu kafir tetapi sebenarnya dia tidak kafir maka tuduhan itu akan pasti kembali kepada orang yang mengata. Maka diri situ sila ambil perhatian kepada mereka yang dengan mudah menuduh sesorang atau kumpulan orang lain yang tuduhan yang tidak baik, dikuhatiri akan kembali kepada diri sendiri.
    Pemerhati bebas

    Like

    Comment by Mohd Halim | 11/06/2012 | Reply

  2. Setahu aku selagi seorang tu melafazkan kalimah dan kekal dalam kalimah itu…dia ISLAM…

    Like

    Comment by A. Bakar Attan | 08/06/2012 | Reply

    • Mudahnya yer… kalau gitu tak payah ler sembahyang, puasa semua.. cukup ngan lafaz kalimah tetap dalam Islam….. Bagaimana pula dengan penghayatan terhadap kalimah itu? Janganlah lafaz kalimah umpama lafaz si-burung Nuri yang pandai cakap tapi tak erti maksudnya….

      Like

      Comment by lah68 ripen | 08/06/2012 | Reply

      • Orang yang amalan nya sebesar dan setinggi gunung sekali pun belum tentu masuk syurga.Manusia dimasukkan kedalam syurga di atas Rahmat Allah dan bukan atas amalannya.
        Manusia yang mempunyai iman walaupun sebesar biji sawi sekali pun adalah di kira Islam saperti maksud hadis yang bermaksud:
        Dari Hadzrat Anas r.a. berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda;
        “Pada hari kiamat nanti aku akan dibenarkan untuk memberi syafaat kepada umatku, aku akan berkata: Wahai Tuhanku! masukkanlah ke dalam syurga setiap orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.. (Maka Allah S.W.T. menerima syafaatku) maka orang-orang tersebut akan memasuki syurga. Kemudian aku berkata lagi: Wahai Allah S.W.T. masukkanlah ke dalam syurga bagi orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar zarah.” [HR al-Bukhaari, 7509]

        Like

        Comment by fitrahislami | 11/06/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: