Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah….

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika ‘punch card’ di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ‘office hour’ dengan meng’ular’. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ‘claimn’ untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.”

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah….setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi….Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

(Kiriman: fitri_idris@jabil.com)

11/05/2012 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Renungan & Teladan |

4 Comments »

  1. Kalau mcm tu fikiran saudara, rakyat jugak boleh mempersoalkan benda yang sama kepada pemerintah.. dan contoh saudara lebih kepada pekerja kerajaan.. sekian..

    Like

    Comment by mancis | 12/11/2012 | Reply

    • Kesimpulannya – kita sebagai indivdiu muslim (rakyat itu pemerintah,pemerintah itu rakyat) perlu muhasabah diri.

      Like

      Comment by amri el wahab | 13/11/2012 | Reply

  2. sembahyang, berzakat, berdoa dan ritual-ritual lain lalu mengharapkan “magic” dariNya tanpa usaha untuk menjatuhkan, mengutuk pemerintah yang menghabiskan sumber negara tidak akan mendatangkan apa2 kesan.
    dan apakah kebanjiran umat islam ke ceramah-ceramah agama cuma untuk mendengar lawak jenaka para ustaz?
    walaupun hidup seribu tahun, kalau tak melawan apa gunanya.

    Like

    Comment by tamjee | 03/08/2012 | Reply

  3. Pemerintah yang baik akan mentabdir dengan baik..
    Pentadbiran yang baik akan menghasilkan rakyat yang baik..

    BIASANYA pemerintahlah yang menentukan sistem pelajaran/perundangan/kehakiman/sosial/ekonomi/agama sesebuah negara..
    BUKANNYA rakyat..

    Dalam negara demokrasi seperti di Malaysia, rakyat hanya mampu memilih pemerintah 5 tahun sekali.. Itu pun penuh dengan penipuan dan penyelewengan..

    Like

    Comment by Hizamri | 23/05/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: