Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SUHAKAM – Bagaimana hak asasi untuk kami pula?


APAKAH  isi dan visi sebenar Suhakam ditubuhkan? Adakah untuk menjaga hak asasi minoriti yang mengganas? Atau adakah Suhakam diwujudkan untuk pupuskan kuasa polis sedangkan kuasa yang ada pada polis berlandaskan undang undang?

Adakah Suhakam mengamalkan sikap sayangkan mereka yang mengganas dan mahu polis tidak berkasar dengan mereka yang mengganas? Contohnya perhimpunan BERSIH 3.0, sedangkan matlamat sebenar mereka amat kotor.

Bagaimana pula dengan hak asasi majoriti rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai kesusahan akibat perbuatan minoriti yang mengganas ini? Bagaimana pula hak asasi mereka yang majoriti rakyat yang selesa dan bersyukur dengan apa yang ada?  Bagaimana dengan hak asasi para peniaga, pemandu teksi, pekerja syarikat bas dan lain lain? Bagaimana dengan hak asasi tuan punya kompleks perniagaan? Dan bagaimana dengan hak asasi anggota POLIS? Adakah perlu tubuh satu lagi badan lain untuk menjaga hak asasi mereka?

Suhakam mempertikaikan tugas polis semasa menghadapi mereka yang mengganas di semua perhimpunan BERSIH.Jika polis tidak bersikap sebagai polis, maka semakin ramailah yang akan mengganas kerana polis tidak boleh bertindak ke atas mereka yang mengganas.

Jika polis tidak dibenarkan menggunakan kaedah kaedah tertentu dalam tindakkan atau sisaatan, apakah pengganas, penjenayah dan perompak akan memberikan maklumat dengan sukarela kepada polis? Adakah Suhakam mahu polis tepuk bahu pengganas dan penjenayah lalu berkata anda baik teruskan mengganas kerana ini hak asasi kamu? Kalau kita mengganas dengan bapak kita sendiri pun bapak kita tidak akan tepuk bahu kita dan kata tak apa ini hak asasi kamu nak?

PDRM mempunyai tahap profesionalisme yang amat tinggi dalam menjalankan tugas selama ini. Cuma penggerak BERSIH (yang kotor) sahaja sentiasa mengutuk dan memperlekehkan PDRM.

( Kiriman  Kamal Mydeen Kuala Lumpur).

08/05/2012 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | , , , , ,

1 Comment »

  1. Keganasan tercetus di kedua2 pihak.. Bukan sebelah phak semata..
    Seharusnyalah SUHAKAM membela kedua2 belah pihak yang teraniaya..
    Pada saya.. Pihak polis telah pun mula menangkap mereka yang merusuh dan mengganas..
    Siapakah pula yang akan menangkap polis yang mengganas dan menganiaya mereka yang tidak bersalah seperti pemberita-pemberita??

    [3.104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
    dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
    Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

    Like

    Comment by Hizamri Johari | 09/05/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: