Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ancaman terhadap Islam wajar di perangi!

( 22.11.11)

Secara peribadi dan prinsipnya, saya memang tidak pernah takut jika ada agama lain,terutamanya Kristian, mahu mendakyahkan agama mereka kepada saya. Kita lihat nanti, siapa yang akan bersunat! Saya kenal diri saya dan saya bersedia. Persoalannya, kenapa saya menentang dakwah Kristian orang Islam (Melayu) di Malaysia ini? Jawapannya, orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia. Sepatutnya orang Melayu Islam perlu merasa bersyukur di atas perlindungan ini dan sedaya upaya mempertahankannya daripada diperkosa oleh tangan-tangan jahat yang sentiasa mahu mengambil peluang atas kelemahan yang berlaku hari ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Hasan Ali terhadap pendedahan ini. Kalau tidak didedahkanpun, saya sudah masak dengan taktik dan strategi licik mereka, kerana saya pernah bersama mereka sebelum Islam. Yang peliknya, orang barat yang asal Kristianpun, tidaklah terlalu obsess untuk mendakyah agama mereka, tetapi ultra kiasu putih celup ini begitu bersungguh-sungguh melakukan ke atas orang Melayu Islam, yang begitu jelas bertentangan dengan perlembagaan. Sudah tentu kita sudah dapat membaca makna yang tersurat dan tersirat. Di tempat saya bekerjapun tidak kurang hebatnya.

Untuk makluman, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam. Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain. Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi. Dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka. Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam. Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA. Menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Saya amat mengharapkan umat Islam akan bersatu dengan pendedahan ini bukannya dengan mengutuk atau menyalah Hassan Ali atau mungkin Umno. Langkah JAIS untuk memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan murtad hendak disokong oleh semua umat Islam dan negeri-negeri dalam persekutuan. Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

PAS tidak perlu takut kepada ultra kiasu dalam hal ini, termasuk jika bukan Islam menggugut tidak mengundinya gara-gara pendedahan Hassan Ali. Jangan biarlah Hassan Ali terkonteng-konteng seorang diri menghadapinya. Niat Hasan Ali amat murni. Cubalah fahami beliau. Umnopun begitu, sokonglah Hassan Ali tanpa berbelah bahagi walaupun berlainan topi. Dalam PAS pun Hassan Ali sudah dipinggirkan.

Saya ingatkan PAS, jangan terlalu berharap atau terlalu bergantung harapan kepada ultra kiasu. Orang yang berada di atas pagar dan simpati dengan PAS akan lari. Seperti yang saya katakan, PAS perlu meletakkan lebih kepercayaan saudara sebangsa seagama, daripada bukan saudara, tidak sebangsa, tidak seagama. Sampai bila-bilapun ultra kiasu tidak boleh dipercayai, kecuali mereka yang sedar diri dan lembut dengan Islam.

Selama inipun, saya yakin, tidak ramai ultra kiasu yang mengundi PAS. PAS banyak mendapat undi protes daripada orang UMNO sendiri dan Melayu yang lain. Ultra kiasu, termasuk juga PKR memang tidak pernah selesa dengan PAS, apatah lagi dengan konsep negara Islam dan undang-undang hudud yang diperjuangkan. Ramai orang Umno yang saya kenali yang mahukan Islam.

Kita perlu ingat terdapat dua orang andartu dan beberapa yang lain yang memegang jawatan exco negeri Selangor dan Pulau Pinang amat kuat mempropagandakan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam. Saya amat hairan kenapa PKR masih lagi membutakan mata. Dek kerana kuasa, mereka sanggup bersekongkol dan tidak mampu untuk menegur sekalipun. Saya juga ingin melihat orang bergelar ‘pakar perlembagaan’ seperti Profesor Aziz Bari pun akan tampil memberikan pandangan dari sudut undang-undang. Janganlah kerana terlalu baik dengan ultra kiasu maka kita membisu. Hairan juga saya, bila ultra kiasu meminta pandangan, terus menjawab tanpa segan silu. Namum, tiba kepentingan Islam dicarik dan dirobek, ramai yang masih membisu kerana mahu menjaga hati dan kuasa.

Ultra kiasu dan pihak Kristian hari ini sudah menjadi semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan UiTM, USIM, UIA, MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan, seolah-olah berlaku dasar apartheid. Sila baca artikel terbaharu ‘Profesor’ Khoo Kay Peng yang dihantar oleh ultra kiasu kepada saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem peperiksaan yang kendalikan.

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan STPM, manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoritinya adalah juga orang Melayu dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di IPTA atau IPTS. Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu? Lemah sangat pemikiran ‘profesor’ tersebut.

Kenapa Kay Peng tidak menyebut langsung kewujudan universiti merdeka seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus. Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti untuk subjek-subjek kritikal dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, sedangkan ia merupakan ‘hak’ mereka selaku peribumi?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. Adakah hujah bodoh ini wajar diketengahkan sebagai seorang yang bergelar profesor?

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis? Sila jawab profesor?

Persoalan GLC, perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas? Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan Kristian untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya. Justeru, ancaman terhadap Islam, wajar diperangi kerana kesannya akan melenyapkan sistem kenegaraan Melayu yang berteraskan Islam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

14/12/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Apabila penzina menghina Islam

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan agama Islam, undang-undang Islam dan kedudukan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ianya dirancang dengan sebegitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pelbagai pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Islam diserang dari pelbagai sudut. Suara mereka tetap sama, senada dan seirama, tidak kira di mana berada. Tidak seperti kita, usahkan dari pelbagai sudut, perkara kecil sekalipun, masih berpecah dan bergaduh tidak ada penghujung. Apa yang amat menyedihkan adalah, tidak ramai dari kalangan kita yang berani menegurkan atau memberikan reaksi kepada tindakan biadab kumpulan bukan Islam ini. Jika teguran dibuat nanti, takut ada implikasi kepada kedudukan undi dan gugatan kuasa politik.

Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Muhasabah diri amat penting dalam Islam. Hisablah sebelum diri kamu dihisab. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar. Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka. Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu mereka ibarat cacing kepanasan.

Sebagai umat Islam kita mesti merasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah. Hatta, satu huruf al Quran, kita tidak boleh tolak. Kita wajib mengimaninya. Inikan pula menolak hukum Allah itu. Jika tidak mahu menerima, tidak mengapa. Lagipun dia bukan untuk ultra kiasu. Hanya untuk orang Islam. Tetapi jangan keluarkan kenyataan yang menyakitkan. Bayangkan jika kami mengkritik agama Buddha atau Kristian secara terbuka. Apakah reaksi ultra kiasu dalam Majlis Perundingan agama bukan Islam dan kuncu-kuncunya ketika itu. Jangan bermain dengan api wahai penzina.

Jika tidak faham tentang Islam, mari kita belajar bersama. Lagi pula bidang undang-undang Islam, begitu jauh daripada bidang penzina ini. Sudahlah bukan bidang, banyak pula dia bercakap. Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan.

Penzina ini juga berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum. Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu? Tidak kurang yang mencari saudara mara mereka untuk dibawa ke sini kerana tidak tahan dengan cara hidup sana. Tidakkah komunis lebih kejam? Janganlah kerana saudara mara mereka ramai di situ, maka yang buruk dilihat baik, tetapi bila apa jua perkara berkaitan dengan Islam yang menjadi amalan kehidupan kita dihina sedemikian rupa dan yang baik dilihat buruk. Adakah kita masih buta dengan perancangan jahat ini?

Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam pakatan dan barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima.

Seperti yang Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu. Orang Melayu telah menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatu dan lebih makmur serta mengamalkan wassatiyyah (kesederhanaan) sejak dulu lagi. Jadi jangan sesekali cuba mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang sudah kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan.

Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional. Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam. Kita bukan tidak tahu. Kita tahu, tetapi kita masih percaya bahawa ‘bersangka baik dan toleransi’ adalah segalanya, demi undi dan kuasa. Persoalannya, sampai bila? Adakah kita akan terus berada di pihak yang rugi.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Disember 2011

14/12/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Kejinya politikus yang tidak tahu mengenang budi dan jasa anggota keselamatan

Anggota tentera sedang berkawal di perbatasan

Saya pernah menghadiri upacara tamat latihan tentera darat dan polis yang di adakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson (PUSASDA)dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).Melihat para rekrut yang baru tamat latihan sedang berbaris di padang di upacara itu, menimbulkan suatu keinsafan kepada diri saya.Jauh dari dalam lubuk hati, saya berbisik, mereka lah manusia yang bakal meninggalkan keseronokkan hidup di kampung atau di bandar untuk menjaga keamanan negara sedangkan ramai manusia lain di luar sana hidup seronok seronok dan bergembira sehingga lupa untuk mengenang pengorbanan mereka.Manusia lain lupa dan merasa keamanan yang mereka kecapi selama ini datang dengan sendirinya.Mereka juga lupa atau sengaja buat buat lupa bahawa ada insan insan yang sentiasa bertarung nyawa dan berkorban untuk membayar harga keamanan dan keselamatan di negara kita yang tercinta ini.

Rupa rupanya akhir akhir ini ada juga manusia yang bergelar politikus termasuk dalam golongan yang saya sebutkan di atas.Golongan yang tidak mengenang budi dan jasa.Dalam keghairahan mereka mengejar jawatan dan merebut kuasa mereka menjadi rakus dan hidup bermaharajalela.Dalam kerakusan, mereka mengheret pihak keselamatan kedalam kancah permainan politik kotor mereka dan mula berani mempertikaikan segala tindak tanduk anggota keselamatan terutama pihak polis dan tentera.

Kapal selam scorpene tentera laut

Pihak polis lah yang paling banyak sekali menerima tekanan dari politkus jahat dan pengikut nya (yang tidak tahu mengenang budi dan jasa) hingga menyebabkan reputasi dan kerja mereka sering terjejas.Bagi politikus ini apa yang dilakukan oleh pihak polis semua nya tidak kena.Tangkap penjenayah pun di kutuk apa lagi kalau tak dapat tangkap.Semuanya di politik kan.Adakala mereka mendakwa polis itu rasis kerana sering menangkap penjenayah berbangsa India dan Cina .Agaknya mereka mahu polis tangkap penjenayah dengan cara menghamparkan karpet merah.Ketika pihak polis menghalang perhimpunan haram di Kuala Lumpur baru baru ini mereka dakwa pihak polis pro kerajaan dan maha zalim.Tetapi apabila pihak polis menjaga keamanan dan menghalang perkara yang sama berlaku di negeri pemerintahan pembangkang (saperti di Pulau Pinang) tak sebut pula tentang kezaliman polis?  Betapa keji dan Hipokrit nya politikus spesis ini…..…

Kapal tempur Sukhoi milik tentera udara

Saya berpeluang mendengar luahan isi hati seorang anggota polis.Dia seorang SB dari cawangan khas Bukit Aman yang di tugaskan mengawal di perhimpunan BERSIH 2.Dia kata “Kerja kami sebagai anggota polis adalah untuk menjaga keamanan bagi pihak pemerintah.Tidak kira siapa dia pihak  pemerintah itu.Samada dia kerajaan yang memerintah sekarang atau pun pihak pembangkang yang akan memerintah di masa yang akan datang.Tak kisah lah kalau pihak pembangkang sekarang gelar kami “anjing kerajaan” kerana kerja kami sebagai anggota polis akan jadi “anjing” kepada pihak kerajaan pembangkang juga apabila mereka memerintah kelak.Kami tidak pernah memusuhi mana mana pihak dalam menjalankan tugas.Tetapi cuba bayangkan dan apa perasaan anda apabila politikus jahat ini dan penyokong penyokongnya menggelar kami “ANJING!”

Rejimen artileri Tentera Darat

Kepada pihak tentera pula mereka menghina dengan menuduh di antaranya kapal selam tentera kita tidak boleh menyelam.Angkatan tentera kita ketinggalan zaman .Sedangkan apabila angkatan tentera nak di “upgrade” mereka lah orang yang paling lantang berkata mengapa berbelanja menghabiskan duit rakyat? Nampak sangat politikus jahat ini tidak ada kerja lain melainkan kerja mencari salah dan mengutuk.Kan lebih baik mereka gunakan masa , wang dan tenaga mereka membantu rakyat yang mereka sendiri dakwa ramai yang susah, dari membuang masa dan tenaga menyibukkan diri mengutuk pihak Keselamatan?

Mereka kata saman pesalah lalu lintas tu zalim gak

Saya puji sikap anggota SB yang saya ceritakan di atas.Anggota anggota saperti dia bukan menjalankan tugas kerana gaji semata mata dan mahukan orang mengenang budi dan jasa mereka.Kalau itu yang mereka mahu, mereka akan kecewa kerana ramai manusia terutama politikus jahat ini tidak tahu mengenang budi.Pemimpin pemimpin ternama sekali pun jika hilang kuasa akan di lupakan jasanya.Allah pun pernah menceritakan di dalam al Quran mengenai manusia yang tidak tahu mengenang jasa dan bersyukur saperti maksudnya :

“Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah ruah kurnia Nya kepada umat manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak bersyukur”. (Surah Al Naml ayat 73).

Kepada anggota keselamatan teruslah berbuat jasa kerana Allah.Biarkan  manusia jahat yang sengaja tidak mahu mengenang jasa anda.Sebagai pejuang berkhidmatlah kepada agama dan negara dengan mengharap keredhaan Allah dan balasan baik dari Nya.Allah tidak pernah mengecewakan hamba hamba Nya yang jujur.Rasulullah pernah bersabda, maksydnya:

“ Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar di puji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak) maka dia berada di jalan Allah”.

(HR Bukhari dan Muslim)

Foto penjenayah yang mati di tembak polis yang di politik kan (Foto : amkbatu.blogspot.com

Tidak di nafikan kepada anggota keselamatan, mereka sebagai insan biasa perasaan tetap terguris apabila di gelar “ANJING” oleh politikus jahat  dan penyokong penyokong mereka,namun dengan mengingati keadilan Allah, saya yakin mereka akan dapat mengubati hati yang parah ini.

Wallahu’alam.

14/12/2011 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | 5 Comments

   

%d bloggers like this: