Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dunia politik itu jelik dan keji (dari sudut pandangan orang awam).

Taktik politik kotor

Dari sudut pandangan orang awam saperti saya, saya melihat ramai dikalangan orang politik yang beragama Islam di seluruh dunia mengaku bahawa mereka memang terlibat dengan politik cara barat, iaitu politik taghut yang bertentangan dengan Islam.Mereka juga mengaku amalan politik yang sepatutnya yang di redhai Allah adalah politik yang di laksanakan atau di tathbiqkan atau di selaraskan mengikut kehendak Islam.Sudah sekian lama mereka melaungkan “Islam itu syumul” atau “Islam itu adalah cara hidup” atau “Islam is the way of Life”, tetapi nampaknya itu hanya bentuk kempen untuk meraih undi, slogan, propaganda dan dakyah semata mata.Namun selama ini “Politik Islam” nampaknya hanya indah di bibir bibir mulut atau retorik sahaja.Hakikatnya bukan politik Islam atau politik sebenar yang mereka bawa.Sebaliknya mereka memperjuangkan politik yang bercanggah dengan cara yang Islam mahu.

Sebab itu politik yang di amalkan oleh politikus Islam hari ini adalah politik yang menyakitkan hati banyak pihak, politik yang mencerminkan Islam itu kasar,ganas,dan suka bertelagah,politik yang menjauhkan manusia dari Islam. Mereka sering mengaku mereka menjalankan dakwah dalam berpolitik.Tetapi apa yang saya lihat mereka berdakwah kerana nak menegakkan fahaman dan politik berpuak puak mereka.Bererti berdakwah kerana politik bukan berpolitik kerana menegakkan dakwah Islamiah.

Kita juga melihat bagi politkus, matlamat mereka berjuang adalah atas dasar untuk mendapat kuasa.Walaupun ada di antara mereka mengaku perjuangan mereka nak mendaulahkan Islam, tetapi merebut kuasa adalah agenda nombor wahid.Menegakkan Islam adalah agenda nombor 2 setelah dapat kuasa.Maka sebab itu dalam berpolitik untuk merebut kuasa mereka tidak memperdulikan sempadan halal dan haram.Bahkan mereka sedia “menghalalkan cara” dan sanggup mengubah hukum mengikut selera politik mereka.Yang haram boleh jadi  halal dan yang halal boleh jadi haram.Perbuatan memfitnah, mengaibkan atau mencemarkan maruah lawan,mengata, memaki hamun dan macam macam lagi yang di larang dalam Islam mereka langgar ikut sesuka hati.Mereka “memperalatkan” hukum fiqh awlawiyat untuk mengeluarkan fatwa baru asalkan hukum yang baru yang di fatwakan boleh di selaraskan dengan perjalanan politik semasa mereka.Mereka menghalalkan tindakkan mereka kerana kata mereka ini lah “politik”.Contoh, dulu mereka kata haram memilih pemimpin dari kalangan orang kafir dengan berhujah menggunakan Surah Surah Al Quran, di antaranya Surah Al Maidah ayat 57 yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”

Kini mereka pula yang suruh umat Islam memilih pemimpin dari kalangan orang kafir.Bahkan berkempen bermati matian untuk pemimpin kafir ini.

Mereka seolah olah hilang akal atau gila untuk mendapat kuasa hingga menyebabkan mereka jadi keras kepala.Hingga tergamak dan sanggup memecahkan ukhwah atau persaudaraan sesama Islam.Betapa kejinya cara mereka ini berpolitik.Said Nursi seorang tokoh dari Turki pernah merintih di dalam doa nya  “Ya Allah lindunganlah aku dari syaitan dan POLITIK”.Itulah yang takuti oleh Said Nursi terhadap amalan politik yang tidak mengikut cara yang Islam mahu.

Samada mereka sedar atau tidak mereka sebenarnya memiliki perangai jahiliah dan hipokrit.Apabila berbalah mereka berlebih lebihan hinggakan hal peribadi rumahtangga, keluarga ,datuk nenek dan keturunan lawannya yang tak ada kena mengena pun di hina dan diaibkan sama.Langkah in mereka anggap perang habis habisan.Dalam Islam jika berperang sekali pun ada batasan nya saperti apa yang Allah firmankan yang bermaksud :

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”. (Surah Al Baqarah ayat 190)

Lebih dahsyat lagi ramai di dikalangan mereka, (termasuk penyokong2 mereka yang bertaklid buta dengan mereka) bertindak melampaui batas kerana tergamak melemparkan tuduhan tuduhan khawarij, Ahbash,munafiq, fasiq,penentang atau pengkhianat agama,murtad, bahkan mengkafirkan lawan politiknya semata mata kerana berbeza pendapat dengan fahaman kepartian mereka.Mereka sering mengenepikan hadis hadis sahih dan kadang kala sanggup mengadakan hadis hadis palsu semata mata kerana nak mempertahankan fahaman politik mereka.

Umat Islam patut sedar sendiri bahawa orang politik saperti yang saya sebutkan di atas adalah orang politik yang keji.Masyarakat Islam perlu diputar fikiran mereka semula (syncronise) untuk melihat kebenaran supaya mereka tidak selamanya ditipu oleh politikus jahat yang terpengaruh dengan agenda Barat dan Yahudi atas nama Islam.

Terpulang kepada pembaca budiman untuk menilai tulisan ini,di mana yang baik dijadikan teladan.Yang keji dijadikan sempadan.

Wallahu’alam.

12/12/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah |

5 Comments »

  1. Faham ramai orng, politik adalah poly dgn itik, di gabung jadi politik, ada juga yang kata poli taik, tu yng ramai msuk politk buat taik….

    Like

    Comment by isa munir | 14/12/2011 | Reply

  2. Mesej yg saya dapat dari tulisan ini,mngkin yg ingin disampaikan ialah kekalkan kepimpinan yg zalim cukup kita ajak org buat makruf tak payah cegah mungkar,umat Islam tidak dlam bahaya ketika parti islam kalah teruk tapi umat Islam dalam bahaya ketika parti melayu hampir hilang kuasa,nauzubillah,ilmu Islam ni luas saudara belajar le fekah,belajar politik Islam,belajar tahaluf siasi pelikkan kita yakin org2 yg jahil dan engkar perintah Allah memimpin lebih 50tahun walau trbukti negara menuju kehancuran tapi jadik tidak yakin dan bersangka buruk dgn strategi para ulamak dlm prcubaan menjalankan politik cara Islam,pelikkan kalau kita seorang Islam tidak yakin dgn alim ulamak jadi pemimpin dan sentiasa brsangka buruk dgn ulamak tapi boleh brsangka baik dgn org yg lawan perintah Allah walau trbukti kegagalan mereka,pelikkan?fikir2kan.
    Ni yg bahaya kalau kita trmasuk diri saya hanya belajar hanya dengan membaca kadang2 secara tak sengaja kita terfitnah alim ulamak.

    Wallahuaklam

    Like

    Comment by Kamarul | 14/12/2011 | Reply

    • Sekurang-kurangnya mereka mengajak kepada Islam. Ikhlas atau tidak boleh kita lihat pada cara hidup mereka berbanding dengan golongan2 nasionalis. Mereka pejuang2 Islam dimerata dunia mengorbankan harta dan nyawa mereka demi Islam. Yang menyiksa, menindas dan menafikan hak mereka sebagai manusia adalah pemerintah2 yang mengaku dirinya Islam, saudara sedarah daging mereka. Yang melabelkan Islam sebagai terroris adalah media2 pro-Barat. Tetapi pernahkah mereka menyiarkan bagaimana kekejaman puak Serve ke atas orang2 Islam Bosnia. Bagaimana zalimnya pembunuhan “Sabra Shatila” oleh militan Ktristian pro-Israil disempadan Lebanon sekita 1985-86? Penyiksaan yang dibuat ke atas pejuang2 islam diluar batas kemanusiaan. Dengan seorang diri tanpa bergabung dengan GERAKAN ISLAM tidak akan berupaya mengatasi penindasan ini. Islam amat menekankan kepada jemaah.

      Like

      Comment by Ibnu Yas | 28/12/2011 | Reply

  3. Bila ada yg dikeji mesti ada yg dipuji, adakah yg dipuji itumtdk keji? Atau semuanya keji, yg murni hanya yg mengkeji!

    Like

    Comment by Ana faqir | 12/12/2011 | Reply

    • Salam buat Ana Fakir,

      Tidak terpuji perkara yang keji
      Yang terpuji itu memang menidakkan yang keji
      Yang murni itu adalah berkata benar
      walaupun sukar
      kerana pada yang benar adanya sinar
      sekali pun di sanggah
      Tuhan mu adalah Tuhan yang Maha Benar
      Rasulmu adalah obor cahaya sinar buat yang benar
      walaupun nak kata tak benar
      maka yang benar tetap benar

      Like

      Comment by pak syeikh | 12/12/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: