Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bersetubuh Setelah Kering Darah Haid Tetapi Belum Mandi

Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmu‘ bahawa ulama-ulama Syafi‘e mengatakan apabila perempuan yang haid itu sudah kering darahnya, maka terangkatlah beberapa perkara yang diharamkan ke atasnya seperti puasa, talak dan zhihar.

Adapun larangan kerana disebabkan hadas seperti sembahyang, tawaf, sujud Tilawah dan Syukur, i‘tikaf, memegang dan membaca al-Quran dan tinggal atau duduk dalam masjid, masih dilarang dan masih berjalan hukumnya sehinggalah dia mandi mengangkat hadas besar. Begitu juga larangan bersetubuh dan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut.

As-Sayyid al-Bakri menukilkan kata-kata Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari dalam Syarh ar-Raudh, sebagaimana diharamkan bersetubuh pada akhir waktu haid, diharamkan juga bersetubuh setelah darah haid berhenti atau kering sebelum mandi mengangkat hadas besar.

Menurut jumhur ulama, hukum bersetubuh dengan perempuan yang haid sebelum dia mengangkat hadas sekalipun darahnya sudah kering atau berhenti atau bersih adalah haram sehinggalah dia terlebih dahulu mandi mengangkat hadas ataupun bertayammum (pada keadaan sah tayammumnya itu).

Begitu juga dengan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut sehinggalah perempuan tadi mengangkat hadas besar. Jika dia tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayammum kerana tayammum itu bersamaan dengan mandi dalam mengangkat hadas.

Di samping itu jumhur mengatakan jika seseorang bersetubuh dengan perempuan yang sudah berhenti atau kering darah haid dan sebelum mandi, maka (sunat) ke atasnya kaffarah, iaitu bersedekah kepada orang fakir miskin dengan ½ (setengah) dinar.

Perintah Untuk Mandi Setelah Kering Darah Haid

Ulama sepakat bahawa mandi mengangkat hadas disebabkan haid dan nifas adalah wajib, iaitu apabila telah berhenti atau kering darah tersebut.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis riwayat ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha ketika Fatimah binti Abi Hubaisy menemui Baginda mengenai masalah haid dan istihadhah.
Maksudnya: “Maka jika datang haidhmu, maka kamu tinggalkanlah sembahyang, dan jika (kadar masa kebiasaan haidh) telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah dari dirimu darah haidh (mandilah) kemudian sembahyanglah”.(Hadis riwayat al-Bukhari)

Secara dasarnya darah haid itu bukan sahaja menjijikkan kepada orang lain, malah bagi perempuan yang mengalami haid itu sendiri. Kerana itu, tegahan melakukan persetubuhan ketika haid walaupun menggunakan kondom adalah sangat tidak wajar, di samping ianya mendatangkan mudharat. Manakala dari sudut pandangan agama, hukumnya adalah haram dan melakukannya dengan sengaja merupakan dosa besar dan pelakunya disunatkan membayar kaffarah.

Menurut Imam al-Ghazali, melakukan persetubuhan sebelum mandi akan mewarisi judzam (penyakit kusta) kepada anak.

Oleh kerana itu hubungan suami isteri akan terbatas selama mana isteri belum mandi mengangkat hadas, sekalipun darah haid sudah kering atau berhenti. Maka apabila darah haid telah kering, wajiblah menyegerakan mandi untuk mengangkat hadas supaya tidak tertinggal melaksanakan ibadat yang dituntut.Wallahu’alam.

Oleh Ibnu Muslim

2 December 2011 - Posted by | Ibadah | , ,

10 Comments »

  1. Saya sudah kering haidnya tapi sya belum mandi hadas besar terus mlakukan hubungan suami istri, esoknya darahnya masih keluar..adakah risiko untuk mendapat penyakit? mcam mana 1/2 dinar tu?? dan mandi apa yang patut saya lakukan mandi haid atau mandi sesudah bersetubuh ? tq..

    Like

    Comment by arra | 8 October 2018 | Reply

  2. saya sudah bersih haid tapi sya belum mandi hadas besar terus mlakukan hubungan suami istri selain harus melakukan kaffarah mna doa mandi yang hrus saya dulu kan mandi haid ato mandi sesudah bersetubuh ?

    Like

    Comment by tikha | 30 August 2018 | Reply

    • Saya sudah kering haidnya tapi sya belum mandi hadas besar terus mlakukan hubungan suami istri, esoknya darahnya masih keluar..adakah risiko untuk mendapat penyakit? mcam mana 1/2 dinar tu?? dan mandi apa yang patut saya lakukan mandi haid atau mandi sesudah bersetubuh ? tq..

      Like

      Comment by arra | 8 October 2018 | Reply

  3. Sy dah kering tnggal putih ja… Mndii wajib solat subuh smua. sy brstubuh dgn suami… Tpi dok esok tu dtg plak haid .. Cmna plak tu?

    Like

    Comment by nurul | 8 February 2018 | Reply

  4. Bagaimana dengan orang yg tidak mampu?? Maka dengan cara dia akan bertaubat??

    Like

    Comment by nur apni hamidah | 15 April 2017 | Reply

    • Apa dia dgn maksud tak mampu tu? Tak mampu byr kifarah ke?

      Like

      Comment by amri el wahab | 15 April 2017 | Reply

  5. Apa kaffaratnya bila kita mlkukannya?

    Like

    Comment by tan arafah dewi | 14 November 2014 | Reply

  6. syukran..

    Like

    Comment by idaman | 3 December 2011 | Reply

  7. thanks for the sharing.ilmu yang sangat berguna

    Like

    Comment by ain | 2 December 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: