Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kita di anjurkan memiliki sifat Tuhan

Manusia harus sedar bahawa kita adalah hamba Allah yang pada hakikatnya tidak mempunyai apa apa.Walaupun demikian kita di anjur memiliki sifat sifat yang sempurna dan menjadi insan Kamil.Sifat insan Kamil patut di miliki oleh, terutamanya wakil wakil Allah di kalangan para pemimpin dan para ulama.Lebih lebih lagi ulama yang di mana taraf mereka di letakkan di kedudukkan ketiga selepas Allah,Rasul (atau Nabi).

Maka dengan itu manusia harus memiliki beberapa sifat Allah saperti yang terkandung di dalam Asma’ul Husna atau 99 nama Allah.

Di antaranya sifat sifat saperti :

  1. Ar Rahim – Maha Penyayang,
  2. Ar Rahman  – Pemurah,
  3. Al Wahab – Pemberi,
  4. Al Ghafar – Maha Pemaaf,
  5. Al Halil – Maha Penyantun,
  6. Al Latif – Maha Lembut,
  7. Al Adil – Maha Adil,
  8. AS Syakur – Maha Syukur,
  9. Al Wadud – Maha Pengasih,
  10. Al Hakim –  Maha Bijaksana,
  11. Ar Rasyid – Maha Pandai

Bagaimanapun tidak semua sifat yang ada pada Allah layak di miliki manusia.Umpama sifat Al Mutakabir. Yang berbesar Diri atau sifat Sombong atau Ego.Tiada makhluk di benarkan memiliki sifat ini.Dalam sebuah Hadis Qudsi disebut sifat “sombong” ini sebagai “selindang Allah” .Sesiapa yang memiliki sifat sombong ini seolah olah telah merampas selindang Allah.

Jadi bukan jadi satu kesalahan kalau seseorang ingin memiliki sifat Allah itu.Bahkan di anjurkan memilikinya.Cuma di miliki sifat sifat ini selayak dengan kedudukan manusia sebagai makhluk dan bukan bererti disamakan manusia dengan Allah.

Wallahu’alam.

17 November 2011 Posted by | Aqidah | | 3 Comments

   

%d bloggers like this: