Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bacaan selain Azan di pembesar suara adalah di larang dalam Islam

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

(Sumber: Dr Maza)

12/08/2011 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah

11 Comments »

  1. hahaha..silap kau kawan… kalau xpakai pembesar suara bagai mna makmum kt blakang nk sedar tindak tanduk imam..?.
    pasal hadith Rasulullah s.a.w tu plak masa tu baginda s.a.w ngah solat..xda kaitan ngan melarang org xsolat dengar…memang la kena larang le baginda s.a.w..nk kr engkau solat dekat org yg bacaan solatnya kuat melebihkan imam..?hadith 2 untuk yg bgini la..ish2..
    pasal pakai pembesar suara baca Quran..xsedar kr kamu yg ramai dh umat tgerak atynya nk btobat sebab dengar bacaan ayt kuat dari masjid .?.
    lbih bek admin padam la post ni..salah ni..

    Like

    Comment by hunnyfull | 21/07/2014 | Reply

    • Terima kasih di atas pandangan anda.Lebih elok jika anda dapat sertakan dalil dari Quran dan Hadis tentang dakwaan itu.Wallahu aqlam.

      Like

      Comment by amri el wahab | 27/07/2014 | Reply

  2. di penang,bkn shj bacaan al-quran..tetapi laugan azan itu sendiri diperlahankan..apa rasionalnya??

    Like

    Comment by Prince Arjuenna | 27/04/2012 | Reply

  3. saya sokong ulasan tuan tentang isu ini…tepat n menepati tuntutan ISLAM yg syumul dan sama apa yg saya dengar dari tazkirah ramadhan yg disampaikan oleh ustaz2 yg popular masakini..isu ini cuma diprovokasi oleh pihak2 tertentu demi politik mereka meraih simpati rakyat….

    Like

    Comment by alazizia | 20/08/2011 | Reply

  4. assalammualaikum;

    “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

    “Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” mengurangkan suara kepada org yg sedang memunaikan solat kerana org yg sedang bersolat sedang bermunajjat dengan allah..saya sangat menyokong dan mengikut kata2 rasullullah jika alasan mengurangkan suara bacaan kerana menghormati orang yg sedang bersolat menghadap allah.

    akan tetapi maaf saya kurang arif.ade tak dalil2 yg menyatakan mengurangkan suara bacaan al-quran dari pendengaran kafir2. boleh tak ustadz berikan hadis2 dimana rasullullah melarang sahabat membaca al-quran kerana mengangu org kafir.

    apakah jihad yg kita telah lakukan ke jalan allah? membantu ummat islam palestin pun tidak, mempertahankan agama pun tidak..diwaktu ini org2 kafir bergelak ketawa melihat agama islam goyah mempertahankan al-quran malah org2 kafir bergiat dengan aktif untuk menarik ummat islam memeluk agama mereka, beribu2 org islam malaysia yg murtad… tetapi ummat islam akhir zaman.. merendah2kan martabat al-quran.janganlah anda mempolitik(DAP,PKR,PAS mahupun UMNO) dan mempermainkan agama islam. dikuatiri azab2 allah diakhirat nanti. kepada pembaca berapa kerapkah anda membaca al-quran? adakah anda tahu membaca al-quran? sudahkah anda memahami isi kandungan al-quran?adakah anda menjaga solat anda?renung2kanlah. bangunlah ummat2 islam yg lalai dan leka. hidup kita di dunia hanyalah ujian untuk kita semua..kita sedang diperhati dan dinilai adakah kita gagal atau berjaya.

    selamat beramal
    assalammualaikum

    dari hamba allah yg susah hati dan sedeh melihat ummat zaman sekarang T_T

    Like

    Comment by ummat perihatin | 18/08/2011 | Reply

  5. Assalamualaikum Ustaz,
    Banyak mesej dan artikel ustaz yang masuk ke inbox saya melalui group Penawarku. Terima kasih banyak2 atas kiriman ustaz itu dan semoga ustaz akan terus aktif menulis. Tidak semua artikel ustaz yang saya baca tetapi melihat pada tajuk2 yang terpapar timbul satu perasaan lega dan rela atas setiap apa yang ustaz kirimkan itu. Saya bukanlah seorang yang terpelajar, hanya seorang manusia yang biasa-biasa sahaja….tetapi rasanya hati kecil saya masih dapat menilai baik atau buruknya sesuatu. Ringkasnya, ingin saya katakan bahawa setiap kiriman ustaz memang ‘ngam’ dengan pendapat dan pandangan saya.

    Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut, cuma saya nak beritahu ustaz bahawa artikel ustaz seperti yang tersebut di atas begitu menarik perhatian saya sehingga timbul perasaan untuk memaklumkan kepada ustaz bahawa ustaz tidak berseorangan dalam mendepani isu tersebut. Sudah lama saya tercari-cari sumber yang boleh saya rujuk untuk menghujahi isu bacaan2 selain azan yang dikumandangkan melalui pembesar suara di menara2 masjid, Kini saya telah menemuinya…..iaitulah penulisan daripada ustaz sendiri. Terima kasih.

    Sejak saya berpindah ke kediaman baru di sebuah taman perumahan 3 tahun yang lalu, saya menghadapi masalah gangguan bacaan tarahim secara nyaring dari masjid yang berdekatan. Tarahim dikumandangkan dengan volume pembesar suara yang tinggi bermula sejak awal pagi kira2 setengah jam sebelum azan Subuh dilaungkan. Cubalah ustaz bayangkan betapa sakitnya telinga dan hati yang mendengarnya kerana ini sangat menggaggu ketenteraman penduduk setempat yang terdiri dari berbilang kaum. Jika saya seorang Islam pun berasa terganggu apatah lagi mereka yang bukan Islam?

    Pernah beberapa kali saya membuat teguran secara berhikmah kepada pihak pengurusan masjid ( melalui perantaraan… kerana saya hanyalah seorang muslimah ) namun sia-sia belaka. Bahkan feedback yang saya dapat daripada ‘pengantara’ itu ialah pihak masjid akan terus mengekalkan tradisi bacan tarahim itu malah akan lebih meninggikan volume pembesar suaranya. Alasannya ialah untuk mengejutkan manusia2 yang culas bangun untuk bersolat Subuh. Katanya sama seperti kanak2…jika tidak disergah akan bertambah2 malas lagi, maka cara yang mereka lakukan ini sangatlah praktikal dan tiada nas yang menyalahkan perbuatan mereka ini. Inilah info yang saya dapat melalui orang tengah penyampai suara hati saya itu.

    Ustaz, mohon share artikel ustaz tu ya….izinkan saya copy dan print artikel ustaz itu, boleh tak?

    Sekian, wassalam.

    Jazakallahu khairan kathiraa.

    Saya yang benar,

    Muslimah Taman Jati,
    Kulim, Kedah.

    Like

    Comment by Norihan ummi | 17/08/2011 | Reply

  6. Tak perlu membaca al-quran dgn pembesar suara. Sedangkan kita disuruh pelahankan suara ketika membaca al-quran bila adanya org tgh sembahyang sbb takut menganggu org tersebut sembahyang..

    Like

    Comment by Ifa | 17/08/2011 | Reply

  7. Ilmu yang amat bermanfaat . Syukran

    Like

    Comment by Rohana Husin | 16/08/2011 | Reply

  8. Ini la antara umatx yg BEBAL, BUTA AGAMA dan SENTIASA MENGANGGAP DIRINYA TAU SEGALANYA TAPI SEBENARNYA TAK TAU APA BENDA. Dah diri tu selalu keliru dan bebal jgn la dibawa bersama org lain keliru. Biarla apa yg dilakukan demi menenggakan agama. Apa yg nak dirisaukan tentang kafir laknat fikirkan. Kalau semua nak dimuatkan dalam Al-Quran, mau tak terbaca umat Islam. Cuba sebut jika dlm Al-Quran sekiranya ada disebut tidak boleh makan Tulang Babi, Perut Babi, Lemak Babi atau yg bersamaan. Yg disebut hanya tidak boleh mkn babi. Jadi begitu juga la mengenai bacaan Al-Quran. Yang disebut hanya Azan tetapi yg lain tu…………lu fikir la sendiri…….Benggong!!!!

    Like

    Comment by Keduak Abu | 13/08/2011 | Reply

    • Ya.. begitu juga dengan kerajaan islam.. mmg tidak disebut pun dalam Al Quran .. tetapi kenapa masih berdolak dalih dalam mendirikan kerajaan Islam?

      Like

      Comment by Spyno | 14/08/2011 | Reply

  9. Sy sokong dgn penjelasan ini.

    Like

    Comment by ifa cayang | 13/08/2011 | Reply


Leave a Reply to Ifa Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: