Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kisah JAIS serbu gereja : Ustaz Dr Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian

Saturday, August 6, 2011

Cerita Penuh Pengakuan Individu Yang Pergi Gereja


oleh : Ustaz Dr Ridhuan Tee 

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

06/08/2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa

11 Comments »

  1. Kalau benar2 kalian sayang kepada Islam, kalian tidak ingin Islam dipijak2 & dihina, maka sebagai muslim yg memahami ajaran Islam yg sebenar, kita perlulah bersatu-padu dalam menegakkan syariat ini. Kenapa perlu negara kita ada undang2 yg menghalalkan murtad? Cthnya. mereka2 yg berumur 18 tahun ke atas, boleh memeluk apa jua agama. Sepatutnya itu yg kita kena pertikaikan dahulu. Sebenarnya permasaalahan ini berpunca daripada sistem sekular yg diamalkan oleh negara malaysia ini. Adakah Islam menghalalkan sekular? Cuma segelintir melayu sahaja yg berpendapat sekular adalah sesuatu yg baik. Kenapa umat Islam tidak bangkit menentang sistem ini? Hanya menyalahkan satu dua pihak saja. Screen diri kita dulu. Adakah anda pengamal sekular?

    Like

    Comment by M Nasser Umar | 03/01/2014 | Reply

  2. JAKIM, JAIS, MAINS, JKM, KDN entah apa lagi nama – apa fungsi kalian semua? Mintak maaf cakaplah, aku mengkritik bukan bermaksud pembangkang, mengkritik pembangkang bukan bermaksud menyokong kerajaan, tapi sbg manusia aku sokong kpd kebaikan!

    Like

    Comment by Amir Hamzah | 26/08/2011 | Reply

  3. di dalam majlis”thank’s giving dinner” itu diberi ucapan oleh pengucap2 orang islam yg telah murtad,mereka menceritakan pengalaman mereka ketika memeluk islam dan kini memeluk agama kristian bagi mengajak orang2 islam memeluk kristian.. dan majlis “thank’s giving dinner” itu bertujuan untuk meraikan meraka yg telah murtad.

    pihak gereja terlalu banyak menapulasikan kata2 dan fakta bagi melindungi perbuatan mereka(memurtadkan ummat islam).
    1. ketika pihak JAIS menyiasat; pihak gereja mengatakan JAIS Menyerbu GERAJA
    2. ketika pihak geraja ingin memujuk ummat islam supaya menhadiri majlis mereke; pihak gereja mengatakan itu bukan gereja malah itu adalah COMUNITY CENTER.

    jadi yg mana satu yg benar? gereja atau komuniti center?
    laporan diberikan oleh majlis daerah menyatakan itu adalah tempat pusat komuniti dan bukan gereja

    yang menghairankan, kenapa perlu meminta maaf kepada gereja kerana menyiasat aktiviti mereka untuk memurtadkan islam? adakah kita takut melindungi ummat islam? adakah kita takut kehilangan undi bukan islam?

    tolonglah ketepikan kepentingan politik.. lindungilah dan peliharalah ummat dan agama islam

    selamat beramal,
    hamba allah yg risau melihat ummat zaman ini

    Like

    Comment by hamba perihatin | 18/08/2011 | Reply

  4. Aku menantikan sebuah negara ISLAM yang sebenar-benarnya ISLAM, bukan hanya tercatat diperlembagaan Islam sebagai agama rasmi. macam mana nak jadi negara Islam kalau pemim[in pun tidak menonjolkan ciri2 Rasulullah saw

    Like

    Comment by Hamba ALLAH | 12/08/2011 | Reply

  5. Ambillah peluang ini untuk menunjukkan kecantikan dan keindahan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW…..kekerasan tidak akan menyebabkan orang lain menghormati kita…hanya kebijaksanaan akan menewaskan kejahatan…

    Like

    Comment by ustaz mohammad | 10/08/2011 | Reply

  6. Kenapa kristian melakukan itu dan ini serta menuntut itu dan ini? sebabnya kita yang bodoh…kenapa kita tidak menyebarkan kefahaman agama kita kepada penganut agama lain? kenapa kita tidak siarkan siaran-siaran agama yang berkualiti supaya agama lain memahami keindahan dan kecantikan agama kita? kerana kita cuai…ramai orang Islam tak faham Islam…kristian ambil kesempatan kita mulai kecoh….bodoh sungguh…
    Kenapa tidak wajibkan pendidikan Islam kepada semua pelajar?
    Jangan bodoh sebab peristiwa 13 mei akan berulang. jangan sombong sebab Allah tak suka orang sombong.
    Allah nak suruh kita sedar dan mengaku kesilapan kita…bukan jadi bodoh sombong….berttindak ikut nafsu…

    Like

    Comment by ustaz mohammad | 10/08/2011 | Reply

    • Islam wajib utk semua pelajar?? saya rasa itu tidak wajar..sama seperti kita tidak mahu bertindak kurang ajar…btl? bukankah Islam harus berasaskan kerelaan? paksaan menyebabkan akan byk berlaku murtad..

      Like

      Comment by neutral mind | 15/08/2011 | Reply

    • bacaan al-quran pun tidak mampu dipertahankan malah dilarang. inikan pula hendak menyebarkan islam? sedarlah wahai ummat islam sekalian…

      Like

      Comment by hamba perihatin | 18/08/2011 | Reply

  7. MAJLIS2 ILMU SEPANJANG RAMADHAN

    1. Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah

    2. Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

    3. RAMADHAN SERIES 15TH

    4. Majlis Khas Di Masjid Ar Ridhuan

    Like

    Comment by Habib Ahmad | 10/08/2011 | Reply

  8. jangan kita biarkan dakyah-dakyah jahat kristian untuk menghancurkan umat islam di negara tercinta ini,bangunlah saudara islamku…………..bersatulah demi ugama ALLAH dan junjungan besar kita nabi Muhamad S.A.W. ALLAH……HUAKHBAR.

    Like

    Comment by MUHAMAD RAZI | 10/08/2011 | Reply

  9. Sesungguhnya demi Allah, saya hanya menunggu kata-kata atau fatwa ulama’-ulama’ di Malaysia.Jika Fisabilillah, maka jadikanlah saya orang yang berada di barisan hadapan!!

    Like

    Comment by shamshul | 07/08/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: