Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum hukum Puasa Ramadhan

A crecent moon can be seen over palm trees at ...

Ahlan ya Ramadhan

1. Definisi:

Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan bersenggama mulai dari terbit fajar yang kedua sampai terbenamnya matahari. Firman Allah Ta ‘ala:

“…. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam….” (Al-Baqarah: 187).

2. Bila dan bagaimana puasa Ramadhan diwajibkan?

PuasaRamadhanwajib dikerjakan setelah terlihatnya hilal, atau setelah bulanSya’bangenap 30 hari.PuasaRamadhanwajib dilakukan apabila hilal awal bulan Ramadhan disaksikan seorang yang dipercaya, sedangkan awal bulan-bulan lainnya ditentukan dengan kesaksian dua orang yang dipercaya.

3. Siapa yang wajib berpuasa Ramadhan?

PuasaRamadhandiwajibkan atas setiap muslim yang baligh (dewasa), aqil (berakal), dan mampu untuk berpuasa.

4. Syarat wajibnya puasa Ramadhan?

Adapun syarat-syarat wajibnya puasa Ramadhan ada empat, iaitu Islam, berakal, dewasa dan mampu.

5. Bila anak kecil diperintahkan puasa?

Para ulama mengatakan Anak kecil disuruh berpuasa jika kuat, hal ini untuk melatihnya, sebagaimana disuruh shalat pada umur 7 tahun dan dipukul pada umur 10 tahun agar terlatih dan membiasakan diri.

6. Syarat sahnya puasa.

Syarat-syarat sahnya puasa ada enam:

a. Islam: tidak sah puasa orang kafir sebelum masuk Islam.
b. Akal: tidak sah puasa orang gila sampai kembali berakal.
c. Tamyiz: tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membezakan (yang baik dengan yang buruk).
d. Tidak haid: tidak sah puasa wanita haid, sebelum berhenti haidnya.
e. Tidak nifas: tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifas.
f. Niat: dari malam hari untuk setiap hari dalam puasa wajib.

Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i dan At-Tirmidzi. Ia adalah hadits mauquf menurut At-Tirmidzi).

Dan hadits ini menunjukkan tidak sahnya puasa kecuali diiringi dengan niat sejak malam hari, iaitu dengan meniatkan puasa di salah satu bahagian malam.

4.1. Sunnah-Sunnah Puasa

Sunah puasa ada enam:

a. Mengakhirkan sahur sampai akhir waktu malam, selama tidak dikhuwatirkan terbit fajar.

b. Segera berbuka puasa bila benar-benar matahari terbenam.

c. Memperbanyak amal kebaikan, terutama menjaga shalat lima waktu pada waktunya dengan berjemaah, menunaikan zakat harta benda kepada orang-orang yang berhak, memperbanyak shalat sunat, sedekah, membaca Al-Qur’an dan amal kebajikan lainnya.

d. Jika dicaci maki, supaya mengatakan: “Saya berpuasa,” dan jangan membalas mengejek orang yang mengejeknya, memaki orang yang memakinya, membalas kejahatan orang yang berbuat jahat kepadanya; tetapi membalas itu semua dengan kebaikan agar mendapatkan pahala dan terhindar dari dosa.

e. Berdo’aketika berbuka sesuai dengan yang diinginkan. Seperti membaca do’a: “Ya Allah hanya untuk-Mu aku berpuasa, dengan rezeki anugerah-Mu aku berbuka. Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah, terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

f. Berbuka dengan kurmasegar, jika tidak mempunyai maka dengan kurma kering, dan jika tidak mempunyai cukup dengan air.

4.2. Hukum orang yang tidak berpuasa Ramadhan

Diperbolehkan tidak puasa pada bulan Ramadhan bagi empat golongan:

a. Orang sakit yang berbahaya baginya jika berpuasa dan orang bepergian yang boleh baginya mengqashar shalat.

Tidak puasa bagi mereka berdua adalah afdhal, tapi wajib menggadhanya. Namun jika mereka berpuasa maka puasa mereka sah (mendapat pahala). Firman AllahTa’ala:

” ….. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka), maka wajiblah banginya bevpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain….” (Al-Baqarah:184).

Maksudnya, jika orang sakit dan orang yang bepergian tidak berpuasa maka wajib mengqadha (menggantinya) sejumlah hari yang ditinggalkan itu pada hari lain setelah bulan Ramadhan.

b. Wanita haid dan wanita nifas:

Mereka tidak berpuasa dan wajib mengqadha. Jika berpuasa tidak sah puasanya. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Jika kami mengalami haid, maka diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan menggadha shalat.” (Hadits Muttafaq ‘Alaih).

c. Wanita hamil dan wanita menyusui.

Jika khuwatir atas kesihatan anaknya boleh bagi mereka tidak berpuasa dan harus mengqadha serta memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Jika mereka berpuasa maka sah puasanya. Adapun jika khuwatir atas kesihatan diri mereka sendiri, maka mereka boleh tidak puasa dan harus menggadha saja. Demikian dikatakan Ibnu Abbas sebagaimana diriwayatkan olehAbuDawud. (Lihat kitab Ar Raudhul Murbi’, 1/124.)

d. Orang yang tidak kuat berpuasa kerana tua atau sakit yang tidak ada harapan sembuh.

Boleh baginya tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkannya. Demikian kata Ibnu Abbas menurut riwayat Al-Bukhari. (Lihat kitabTafsirIbnuKalsir, 1/215.)

Sedangkan jumlah makanan yang diberikan iaitu satu mud (genggam tangan) gandum, atau satu sha’ (+ 3 kg) dari bahan makanan lainnya. Lihat kitab ‘LrmdatulFiqh, olehIbnuQudamah, hlm. 28.)

4.3. Hal-hal yang membatalkan puasa.

a. Makan dan minum dengan sengaja. Jika dilakukan kerana lupa maka tidak batal puasanya.

b. Jima’ (bersenggama) pada siang hari bulan Ramadhan.

Diharamkan melakukanjima’ (bersenggama) pada siang hari bulan Ramadhan.Dansiapa yang melanggarnya harus menggadha dan membayar kaffarah mughallazhah (denda berat) iaitu membebaskan hamba sahaya. Jika tidak mendapatkan, maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut; jika tidak mampu maka memberi makan 60 orang miskin; dan jika tidak mempunyai maka bebaslah ia dari kafarah itu.

Firman Allah Ta’ala: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah: 285). (Lihat kitab Majalisu Syahri Ramadhan, hlm. 102 – 108.)

c. Memasukkan makanan ke dalam perut. Termasuk dalam hal ini adalah suntikan yang mengenyangkan dan transfusi darah bagi orang yang berpuasa.

d.Mengeluarkanmanidalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluarmanikerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.

e. Keluarya darah haid dan nifas. Manakala seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.

f. Sengaja muntah, dengan mengeluarkan makanan atau minuman dari perut melalui mulut. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w.

Barangsiapa yang muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha, sedang barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka wajib qadha.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Dalam lafazh lain disebutkan: “Barangsiapa muntah tanpa disengaja, maka ia tidak (wajib) mengganti puasanya).” Diriwayatkan oleh Al-Harbi dalam Gharibul Hadits (5/55/1) dari Abu Hurairah secara maudu’ dan dishahihkan oleh AI-Albani dalam silsilatul Alhadits Ash-Shahihah No. 923.

g. Murtad dari Islam -semoga Allah melindungi kita darinya. Perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan.

Firman Allah Ta’ala: “Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Al-An’aam: 88).

Tidak batal puasa orang yang melakukan sesuatu yang membatalkan puasa kerana tidak tahu, lupa atau dipaksa. Demikian pula jika tenggorokannya kemasukan debu, lalat, atau air tanpa disengaja.

Jika wanita nifas telah suci sebelum sempurna empat puluh hari, maka hendaknya ia mandi, shalat dan berpuasa.

Kewajipan orang yang berpuasa:

Orang yang berpuasa, juga lainnya, wajib menjauhkan diri dari perbuatan dusta, ghibah (menyebutkan kejelekan orang lain), namimah (mengadu domba), laknat mendo’akan orang dijauhkan dari rahmat Allah) dan mencaci-maki. Hendaklah ia menjaga telinga, mata, lidah dan perutnya dari perkataan yang haram, penglihatan yang haram, pendengaran yang haram, makan dan minum yang haram.

Puasa yang disunatkan:

Disunatkan puasa 6 hari pada bulan Syawwal, 3 hari pada setiap bulan (yang afdhal iaitu tanggal 13, 14 dan 15; disebut shaumul biidh), hari Isnin dan Khamis, 9 hari pertama bulan Zulhijjah (lebih ditekankan tanggal 9, iaitu hari Arafah), hari ‘Asyuva (tanggal 10 Muharram) ditambah sehari sebelum atau sesudahnya untuk mengikuti jejak Rasulullah dan para sahabatnya yang mulia serta menyelisihi kaum Yahudi.

4.4. Pesanan dan nasihat

Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesihatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menj emput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan lainnya.

Jangan sampai anda menunda-nunda taubat, lain anda pun mati dalam keadaan maksiat sebelum sempat bertaubat, kerana anda tidak tahu apakah anda dapat menjumpai lagi bulan Ramadhan mendatang atau tidak?

Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan siapa saja yang menjadi tanggungjawab anda agar mereka taat kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat kepada-Nya. Jadilah suri tauladan yang baik bagi mereka dalam segala bidang, kerana Andalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas mereka di hadapan Allah Ta’ala. Bersihkan rumah anda dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berzikir dan shalat kepada Allah.

Sibukkan diri dan keluarga anda dalam hal yang bermanfaat bagi anda dan mereka.Daningatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat mereka.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk amal yang dicintai dan diridhai-Nya. Shalawat dansalamsemoga juga dilimpahkan Allah kepada Nabi kitaMuhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya.


30/07/2011 Posted by | Ibadah | | 1 Comment

Musuh dalam selimut tubuh kumpulan Syiah

Musuh dalam selimut


Saidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepasSaidinaUmarbin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafiq. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Ramai penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba’.

Namun ternyata Abdullah bin Saba’ mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba’ ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Tetapi Saidina Othman menolak dan berkata “Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain.”

Saidina Othman berkata lagi “Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah.” sambung Khalifah lagi “Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang.”

Abdullah bin Saba’ keluar dengan perasaan dukacita. Ia telah bersusah payah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba’ menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan menghuru hara kan ajarannya.

Maka Abdullah bin Saba’ pergi kemerata ceruk negeri dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada masyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba’iyah yakni kaum Syiah sekarang.

Begitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ sehingga dia berani berkata “Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibril sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak.”

Mendengar khabar beracun seperti itu Saidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba’ diusir dari Madinah.

30/07/2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: