Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Umat Islam jangan terperangkap dengan permainan licik politikus non Muslim

Isu ahli politik DAP berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Mengapa mereka sangat galak mahu menggunakan hujah tersebut, sedangkan golongan ini sejak dari dahulu lagi begitu bongkak dengan keturunan atau lebih obsess dengan hujah-hujah dari sumber bangsanya sendiri dan sumber-sumber barat. Kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?

Umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih simpati dan undi umat Islam untuk merebut kuasa. Jika mereka tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga merupakan ajaran agama mereka. Kenapa tiba-tiba Quran dan Hadis dijadikan sandaran berhujah? Cubalah baca taktik ini dari sudut psikologi berbalik agar tidak tertipu. Janganlah berselindung hanya disebabkan oleh kepentingan politik sehingga tidak kenal kawan dan lawan.

Jika mereka sudah berlembut dengan Islam, paling tidakpun, mereka tidak segan silu untuk memakai baju Melayu dan songkok ketika pembukaan DUN atau Parlimen sebagai tanda penghormatan dan penerimaan Islam sebagai agama persekutuan dan orang Melayu Islam sebagai bangsa majoriti. Ini tidak, mereka akan mencari seribu satu alasan untuk mengelakkan diri dari memakai ‘pakaian Islam’ tersebut yang menunujukkan mereka memandang hina kepada cara hidup Melayu dan Islam.

Selama inipun mereka tidak pernah menggunakan ayat al-Quran dan Hadis, kenapa tiba-tiba mereka kelihatan sudah berubah? Apakah hati mereka terbuka dan bersedia menerima Islam? Jika mereka benar-benar tertarik dengan nilai-nilai Islam, mari kita ajak mereka sama-sama daulatkan suruhan agama dahulu seperti menutup aurat, mengharamkan zina, judi dan sebagainya. Saya cadangkan mereka memetik ayat Quran, mengenai pengharaman judi, arak, riba, zina dan lain-lain lagi sebagai menyokong tindak kerajaan Kedah dan Kelantan menutup premis premis tersebut.

Kalau DAP sudah faham Islam,suka berhujah guna Quran dan Hadis kenapa kerajaan negeri Kedah dan Kelantan tidak berhujah dengan mereka menggunakan atau mengambil ayat Quran dan hadis dalam perkara-perkara penjegahan maksiat ini? Adakah mereka sanggup korbankan agama, tunduk kepada kemahuan mereka untuk kepentingan politik semata mata

Tujuan DAP tidak lain, hanya lah mahu memukau umat Islam supaya mereka kelihatan hebat. Pas mempertahankan tindakan ADUN ultra kiasu tersebut. Mereka berpendirian bahawa mempelajari tentang Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. “Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam. Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

Jika benar-benar politkus DAP percaya kepada Quran dan hadis dan faham sudah tentu mereka akan menyokong setiap tindak-tanduk dan dasar-dasar Pas di Kedah dan Kelantan?

Kita bukan kata non muslim tidak boleh berhujah menggunakan Quran dan Hadis, tetapi kita cuba baca di sebalik taktik mereka yang licik ini. Malah kita tidak akan halang mereka menggunakan kalimah Allah dan membaca Quran jika mereka ini sejak awal lagi ikhlas dan tidak menentang Islam. Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar. Apabila kerajaan Kelantan mahu mengharamkan arak, judi, nombor ekor dan sebagainya, merekalah yang paling awal menentang.

DAP bukan baru di bumi Malaysia ini. Umat Islam sepatutnya sudah masak dengan sikap dan taktik mereka untuk mencairkan hati orang Melayu Islam. Mereka begitu masak dengan membaca psikologi orang Melayu. TGNA pun pernah mengata mereka itu parti syaitan yang tidak boleh dibuat kawan.Siapa berkawan dengan mereka bererti berkawan dengan syaitan. Cuma kita sahaja yang terlalu bersangka baik dan tidak mahu mengambil tahu atau pun berusaha untuk mengkaji psikologi ultra kiasu. Akhirnya, dilihat dari sudut mana sekalipun, kita tetap kalah. Mereka (DAP, MCA, Gerakan etc) bersatu dalam senyap. Kita terus berperang secara terbuka.

Tidak terfikirkah kita kenapa mereka tidak berhujah menggunakan sumber agama atau ajaran mereka yang pada tradisinya mereka sangat agungkan? Mengapa tidak berhujah dengan kata kata oleh Konfucius, Lau Tzu, Mencius, Buddha dan sebagainya? Kenapa Islam yang perlu ditonjolkan?

Sama ada mereka ikhlas dengan Islam atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi kita perlu ingat DAP tetap DAP yang kuat berpegang dengan ideologi perjuangan mereka.Mereka sukar di percayai. Jika mereka benar benar yakin dengan nilai-nilai Islam mereka sepatutnya menyokong Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 – yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Antara kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Mereka tidak pernah bersetuju dengan larangan ini.Lihat apa terjadi di Kedah? Mereka tetap mahu pusat hiburan beroperasi tidak kira bulan apa sekalipun. Adakah mereka sensitif dengan perasaan majoriti umat Islam? Jika ini pendirian mereka, wajarkah kita bersangka baik dengan mereka? Adakah mereka benar-benar insaf dan percaya kepada Quran dan Hadis? Janganlah kita buta hati semata-mata kerana nak ambil hati mereka.Janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh.

Pada saya apa yang penting adalah pastikan umat Islam memerintah bukan diperintah. Nama kan apa jua parti yang akan wujud, selagi mana parti itu memperjuangkan dan menegakkan agama Allah SWT, menjaga umatnya dan tidak bersekongkol dengan musuh, saya pasti akan menyokong.

Sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadikan kita buta dan gagal dalam menilai saudara seIslam sendiri. Kita selalu menuduh di antara satu sama lain.Sepatutnya kita bekerjasama dan membantu tanpa mengira fahaman politik bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada.

Adakah kita boleh yakin pada DAP bahawa mereka boleh bantu melaksanakan undang-undang Islam apabila ditakdirkan PR memerintah nanti, jika parti yang lebih berkuasa (DAP dan PKR ) tidak merestuinya. Sekarang ini pun kerajaan negeri Kedah dan Kelantan begitu sukar untuk menutup pusat hiburan ketika Ramadhan selama sebulan. Apatah lagi untuk menutup sepenuhnya. Apakah sekiranya selepas ini Pakatan Rakyat memerintah, mereka dapat melaksanakan Islam sepenuhnya atau sekadar meneruskan sahaja program-program yang dilaksanakan oleh Umno?

Wallahu’alam.

(Diolah dari Tulisan Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah)

25/07/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

9 Comments »

  1. Saya rasa… kita tak boleh nak kira pendapat kita ajer… pendapat org lain patut juga di beri keutamaan. Tahniah admin atas pos yg bermanafaat.

    Like

    Comment by Zalora Malaysia Coupon | 01/08/2013 | Reply

  2. saya sokong 100 %.senang sahaja nak ingat puak2 yang taksub dengan DAP punya parti……saya sejak dahulu lagi anggap DAP ini tidak ubah seperti YAHUDI.apa itu YAHUDI kawan2 baca dan buat la kajian sendiri.yang dok maki hamum kat UMNO itu pun semua asal keturuan dan hasil pemimpin lama ymembuat mereka senang dan pandai berinternet dan ber-email sehingga hari ini.malah golonga ini tidak pandai mengucap terima kasih pun walau pun dari dalam perut ibu mereka lagi kerajaan umno lah yang menjaga mereka .salam..bersatu melayu kita tunjukkan kepada DAP siapa kita dan jangan termakan walau diberi wang dan pujukan….salam..

    Like

    Comment by abdul hamid abdullah | 28/07/2011 | Reply

  3. DAP berhujah menurut Ayat Al-Quran mungkin disebabkan dalam agama yang mereka anut takde panduan seperti itu. Sebenarnya sikap mereka memaparkan betapa mereka BOHONG dan DUSTA sebab mereka hanya bercakap tapi tidak beramal seperti cakap itu. Jauhi mereka agar MUSLIM tidak tersasul dan terbabas dari IMAN, TAQWA dan AKHLAK sebagai MUSLIM

    Like

    Comment by hamden yahaya | 28/07/2011 | Reply

  4. No prob kalau nak berkawan dgn DAP.. tapi kalau nak kenal betul2 DAP camner bila dah jd kuasa besar nanti.. cubalah tanya rakyat melayu Singapura. jgn cepat melatah.. cuba tanya betul2 dulu.. nak senang.. naik teksi pakcik melayu.. cuba berbual dgn diorang.. try naik dlm 2 atau 3 buah teksi. Agak2 cerita diorang semua sama tak? Apa yg aku cuba sempaikan disini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sekian

    Like

    Comment by shreddervirtuoso | 28/07/2011 | Reply

  5. ….ada yang sedar dan ada yang buat x sedar nak mempertahankan hujah mereka…

    Like

    Comment by penjejak mimpi | 28/07/2011 | Reply

  6. Salam semua,

    Menarik isu ini sebenarnya. Pastinya kita sebagai orang Islam tidak melihat isu ini dari sudut parti politik yg kita sokong. Kita lihat dari sudut agama. Sesiapa pun boleh mendekati Islam kerana Islam adalah milik semua makhluk yg ingin mendekati. Kita patut alu-alukan. Semoga mereka akan dapat melihat keindahan Islam itu sendiri.

    Sejauh mana keikhlasannya atau wujudnya sebarang agenda tidak baik disebaliknya, kita tidak akan tahu sehingga tiba masanya. Oleh itu, sebaiknya kita mengambil langkah menggalak tetapi penuh hati-hati. Sedangkan seseorang yg amat rapat, menjadi pelindung dan sayangkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak mendapat nikmat sebagai seorang Islam walaupun beliau tidak menentang Islam. Inikan pula orang2 DAP. Pengajaran ini menunjukkan kepada kita betapa dipenghujung jalan, ketentuannya tetap di tangan Allah semata-mata namun kita wajib berusaha dan bertawakal.
    Harus diingat, musuh yg lebih bahaya daripada org bukan Islam adalah orang Islam sendiri yakni orang2 Munafik. Sifat2 orang2 Munafik kadangkala begitu jelas dikalangan kita dan pemimpin2 kita.

    Pada saya, berkerja sama bersama bukan Islam adalah harus dan kadangkala menjadi wajib. Selagi mereka tidak menghina Islam atau menentang Islam, kita harus menerima kebaikan mereka. Semoga mereka(tak kira parti mana) dapat melihat dan menghargai Islam di tempat yang sewajarnya.

    Salam.

    Like

    Comment by Borman Khairuddin | 27/07/2011 | Reply

  7. Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

    kenapa tak tulis benda yg sama pada utk MCA. MIC, PPP GERAKAN etc…
    kenapa single out DAP.

    Susahhh bila org yg bercakap mengenai Islam tapi dikaburi oleh semangat
    nasionalis melayu. Beliau mengotorkan islam yg bersih itu.

    Like

    Comment by hamdy | 25/07/2011 | Reply

  8. Assalamualaikum … kata pepatah .. tak kenal maka tak cinta … so pendapat 2 cent saya .. biar mereka kenal beberapa potong hadis untuk permulaan ..jika terus dikekang manakan dapat mengenal islam dengan lebih mendalam …. Seperti saidina omar yg amat baran dan bongkak tetapi cair setelah mendengar dan mendalami isi al quran walaupun beliau masih dalam kufur waktu tersebut… sebagaimana yg diketahui islam bukan untuk sesuatu kaum ..tetapi meliputi segala kehidupan dari azali hingga alam akhirat termasuk tumbuh2an dan jin … dangkal lah kita andai menyimpan ayat2 hanya untuk kita sahaja … islam itu indah .. islam itu mudah ..islam itu meliputi segala2 nyerr .. mudah kan ..kan ..kan …kan ..

    Like

    Comment by murad | 25/07/2011 | Reply

    • Saperti yang sebut oleh penulis: “Kita bukan kata non muslim tidak boleh berhujah menggunakan Quran dan Hadis, tetapi kita cuba baca di sebalik taktik mereka yang licik ini. Malah kita tidak akan halang mereka menggunakan kalimah Allah dan membaca Quran jika mereka ini sejak awal lagi ikhlas dan tidak menentang Islam. Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar. Apabila kerajaan Kelantan mahu mengharamkan arak, judi, nombor ekor dan sebagainya, merekalah yang paling awal menentang”.

      Like

      Comment by pak syeikh | 25/07/2011 | Reply


Leave a comment