Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Umat Islam jangan terperangkap dengan permainan licik politikus non Muslim

Isu ahli politik DAP berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Mengapa mereka sangat galak mahu menggunakan hujah tersebut, sedangkan golongan ini sejak dari dahulu lagi begitu bongkak dengan keturunan atau lebih obsess dengan hujah-hujah dari sumber bangsanya sendiri dan sumber-sumber barat. Kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?

Umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih simpati dan undi umat Islam untuk merebut kuasa. Jika mereka tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga merupakan ajaran agama mereka. Kenapa tiba-tiba Quran dan Hadis dijadikan sandaran berhujah? Cubalah baca taktik ini dari sudut psikologi berbalik agar tidak tertipu. Janganlah berselindung hanya disebabkan oleh kepentingan politik sehingga tidak kenal kawan dan lawan.

Jika mereka sudah berlembut dengan Islam, paling tidakpun, mereka tidak segan silu untuk memakai baju Melayu dan songkok ketika pembukaan DUN atau Parlimen sebagai tanda penghormatan dan penerimaan Islam sebagai agama persekutuan dan orang Melayu Islam sebagai bangsa majoriti. Ini tidak, mereka akan mencari seribu satu alasan untuk mengelakkan diri dari memakai ‘pakaian Islam’ tersebut yang menunujukkan mereka memandang hina kepada cara hidup Melayu dan Islam.

Selama inipun mereka tidak pernah menggunakan ayat al-Quran dan Hadis, kenapa tiba-tiba mereka kelihatan sudah berubah? Apakah hati mereka terbuka dan bersedia menerima Islam? Jika mereka benar-benar tertarik dengan nilai-nilai Islam, mari kita ajak mereka sama-sama daulatkan suruhan agama dahulu seperti menutup aurat, mengharamkan zina, judi dan sebagainya. Saya cadangkan mereka memetik ayat Quran, mengenai pengharaman judi, arak, riba, zina dan lain-lain lagi sebagai menyokong tindak kerajaan Kedah dan Kelantan menutup premis premis tersebut.

Kalau DAP sudah faham Islam,suka berhujah guna Quran dan Hadis kenapa kerajaan negeri Kedah dan Kelantan tidak berhujah dengan mereka menggunakan atau mengambil ayat Quran dan hadis dalam perkara-perkara penjegahan maksiat ini? Adakah mereka sanggup korbankan agama, tunduk kepada kemahuan mereka untuk kepentingan politik semata mata

Tujuan DAP tidak lain, hanya lah mahu memukau umat Islam supaya mereka kelihatan hebat. Pas mempertahankan tindakan ADUN ultra kiasu tersebut. Mereka berpendirian bahawa mempelajari tentang Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. “Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam. Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

Jika benar-benar politkus DAP percaya kepada Quran dan hadis dan faham sudah tentu mereka akan menyokong setiap tindak-tanduk dan dasar-dasar Pas di Kedah dan Kelantan?

Kita bukan kata non muslim tidak boleh berhujah menggunakan Quran dan Hadis, tetapi kita cuba baca di sebalik taktik mereka yang licik ini. Malah kita tidak akan halang mereka menggunakan kalimah Allah dan membaca Quran jika mereka ini sejak awal lagi ikhlas dan tidak menentang Islam. Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar. Apabila kerajaan Kelantan mahu mengharamkan arak, judi, nombor ekor dan sebagainya, merekalah yang paling awal menentang.

DAP bukan baru di bumi Malaysia ini. Umat Islam sepatutnya sudah masak dengan sikap dan taktik mereka untuk mencairkan hati orang Melayu Islam. Mereka begitu masak dengan membaca psikologi orang Melayu. TGNA pun pernah mengata mereka itu parti syaitan yang tidak boleh dibuat kawan.Siapa berkawan dengan mereka bererti berkawan dengan syaitan. Cuma kita sahaja yang terlalu bersangka baik dan tidak mahu mengambil tahu atau pun berusaha untuk mengkaji psikologi ultra kiasu. Akhirnya, dilihat dari sudut mana sekalipun, kita tetap kalah. Mereka (DAP, MCA, Gerakan etc) bersatu dalam senyap. Kita terus berperang secara terbuka.

Tidak terfikirkah kita kenapa mereka tidak berhujah menggunakan sumber agama atau ajaran mereka yang pada tradisinya mereka sangat agungkan? Mengapa tidak berhujah dengan kata kata oleh Konfucius, Lau Tzu, Mencius, Buddha dan sebagainya? Kenapa Islam yang perlu ditonjolkan?

Sama ada mereka ikhlas dengan Islam atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi kita perlu ingat DAP tetap DAP yang kuat berpegang dengan ideologi perjuangan mereka.Mereka sukar di percayai. Jika mereka benar benar yakin dengan nilai-nilai Islam mereka sepatutnya menyokong Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 – yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Antara kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Mereka tidak pernah bersetuju dengan larangan ini.Lihat apa terjadi di Kedah? Mereka tetap mahu pusat hiburan beroperasi tidak kira bulan apa sekalipun. Adakah mereka sensitif dengan perasaan majoriti umat Islam? Jika ini pendirian mereka, wajarkah kita bersangka baik dengan mereka? Adakah mereka benar-benar insaf dan percaya kepada Quran dan Hadis? Janganlah kita buta hati semata-mata kerana nak ambil hati mereka.Janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh.

Pada saya apa yang penting adalah pastikan umat Islam memerintah bukan diperintah. Nama kan apa jua parti yang akan wujud, selagi mana parti itu memperjuangkan dan menegakkan agama Allah SWT, menjaga umatnya dan tidak bersekongkol dengan musuh, saya pasti akan menyokong.

Sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadikan kita buta dan gagal dalam menilai saudara seIslam sendiri. Kita selalu menuduh di antara satu sama lain.Sepatutnya kita bekerjasama dan membantu tanpa mengira fahaman politik bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada.

Adakah kita boleh yakin pada DAP bahawa mereka boleh bantu melaksanakan undang-undang Islam apabila ditakdirkan PR memerintah nanti, jika parti yang lebih berkuasa (DAP dan PKR ) tidak merestuinya. Sekarang ini pun kerajaan negeri Kedah dan Kelantan begitu sukar untuk menutup pusat hiburan ketika Ramadhan selama sebulan. Apatah lagi untuk menutup sepenuhnya. Apakah sekiranya selepas ini Pakatan Rakyat memerintah, mereka dapat melaksanakan Islam sepenuhnya atau sekadar meneruskan sahaja program-program yang dilaksanakan oleh Umno?

Wallahu’alam.

(Diolah dari Tulisan Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah)

25/07/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 9 Comments

   

%d bloggers like this: