Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pemerintah yang zalim adalah untuk Rakyat yang zalim & jahil

Hari ini di seluruh dunia hampir semua pemimpin dan pemerintah sama ada dari kalangan Muslim atau non Muslim naik berkuasa melalui pilihanraya.Iaitu melalui pengundian yang dilakukan oleh rakyat.Mana mana pemimpin yang mendapat lebih undi samada dia itu seorang yang baik atau jahat, dia lah naik jadi pemerintah untuk Negara tersebut.Bererti dalam sistem pemilihan ideologi barat berasaskan demokrasi terbuka, rakyat lah yang menentukan samada mereka mahu memilih pemimpin dan pemerintah yang baik atau yang jahat.

Realiti nya apa yang kita lihat, di peringkat persatuan, jemaah, parti,kampong, daerah, negeri ,negara dan dunia (PBB & IOC?) yang naik adalah pemimpin yang jahat atau yang kurang baik.Walhal bukan tidak ada pemimpin yang baik baik.Tetapi pemimpin yang baik tidak terpilih.

Apa sebab nya? Sebab majoriti rakyat dunia hari ini sudah tidak baik.Kalau adapun mereka kaum minoriti.Mana boleh pemimpin yang baik naik kalau majoriti rakyat yang mengundi jahat jahat belaka? Pada logik akal ada benarnya.Contoh, rakyat yang penipu akan pilih pemimpin yang penipu.Rakyat yang perasuah akan pilih pemimpin yang rasuah.Rakyat yang perompak akan memilih pemimpin yang perompak (merompak harta rakyat).Rakyat yang kaki maksiat yang suka ketempat maksiat akan pilih pemimpin yang serupa perangai macam dia.Sudah tentu dia tak akan pilih pemimpin yang berkopiah dan berserban yang kaki masjid .

Benar kata kata ulama bahawa “pemerintah yang jahat adalah untuk rakyat yang jahat”.Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Jika sekiranya penduduk (rakyat) sesebuah negeri/negara itu benar benar baik (bertaqwa), pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka telah mendustakan ayat ayat Kami maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri” (al Quran Surah Al’Araaf ayat 96).

Maka kalau rakyat sesebuah Negara mempunyai pemerintah yang jahat maka kena kembalikan persoalan ini kepada rakyat .Siapa yang memilih pemimpin dan pememerintah yang zalim itu?

24/07/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

9 Comments »

  1. muak dengan pelbagai fakta dri pihak A dan B. Saling menyalahkan antara satu sama lain, terima kasih untuk perkongsian ini.

    Like

    Comment by Cahaya Syurga | 30/03/2015 | Reply

  2. Turki ada lah 1000 tahun sejarah , tak baik seut ataturk sahaja , Turki nama asalnya OTTOMAN , jangan lupa ya dan baca lah sejarah Orang Turki (Otoman Empire)

    Jangan buat komen sebulum belajar.

    Like

    Comment by Hakan | 29/11/2011 | Reply

  3. Perginya ( Meninggalnya ) Para ulama adalah merupakan HUKUMAN dari ALLAH buat seluruh manusia…

    Like

    Comment by Ahmadi Agung | 25/07/2011 | Reply

  4. Terima kasih sdr Amri, ulasan yang sdr berikan ini sangat benar dan bertepatan dengan keadaan suasana di akhir zaman. Saya sangat setuju. Hasrat sdr untuk menaikkan pemerintah yg baik melalui undian rakyat yg baik juga adalah benar. Olehkerana zaman sekarang ni ramai yang berpihak kepada golongan yg tidak baik, maka pas tidak meletakkan memerintah itu sebgai matlamat akhir, dan untuk melaksanakan Islam secara total juga pada lahirnya amat sukar kecuali jika dapat menguasai parlimen. Itu pun belum tentu lagi berjaya kerana kemerdekaan Malayia telah mensyaratkan 3 bangsa ini bersatu. Oleh pas terpaksa berusaha melalui pelbagai kaedah bagi menymarakkan kefahaman Islam, melalui pasti, sekolah agama rakyat, kakitangan yg bekerja dengan kerajaan dan sebagainya. Pas juga yakin bahawa perkiraan Allah tidak sama dengan jangkaan manusia. Contohnya boleh juga menang di kedah dan pernah dapat perintah perak walaupun sebentar. Semua ini dibuat dengan harapan Allah dapat menerima semua usaha itu sebagai satu ibadah yang diterima di sisiNya. Wallhu’lam.

    Like

    Comment by Mat Ali | 25/07/2011 | Reply

  5. Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
    Ertinya:

    Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

    H.R. Muslim

    Keterangan

    Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
    Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

    Like

    Comment by Hizamri Johari | 25/07/2011 | Reply

  6. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah At-Taubah, ayat 23 & 24)

    Like

    Comment by rbk_2020 | 25/07/2011 | Reply

  7. BAGUS. Saya setuju pendapat berikut ini;

    Hari ini di seluruh dunia hampir semua pemimpin dan pemerintah sama ada dari kalangan Muslim atau non Muslim naik berkuasa melalui pilihanraya

    RAKYAT memilih PEMIMPIN mereka melalui pilihanraya dan PEMIMPIN pula menubuh KERAJAAN untuk memerintah RAKYAT. Mereka pilih PEMIMPIN berkenaan sebab nama pemimpin itu tercatit untuk dipilih. Manakala PEMIMPIN yang tidak/belum tercatit tidak mungkin dipilih rakyat.

    Like

    Comment by hamden yahaya | 25/07/2011 | Reply

  8. zalim didalam tafsiran ugama ialah menolak atau tidak melaksanakan syariat Allah seperti menolak hukum Allah, meninggalkan yg wajib seperti berzakat dan sebagainya. Tidak semestinya zalim itu menyiksa membunuh rasuah mencuri hak rakyat, itu bersifat KEJAM.
    Oleh itu zalim itu sudah hampir dimiliki oleh semua org termasuk saya sendiri kot, maka tidak hairan lah ALLAH mengiimkan pemimpin zalim kpd kita semua. wallahualam.

    Like

    Comment by Rin Slamat | 25/07/2011 | Reply

  9. assalammualaikum..
    saya pun berfikiran begitu sebelum ini.. tapi saya terfikir semula mengapa nabi Muhammad sallallahualaiwassalam dilahirkan di dalam masyarakat yg jahil lagi zalim…sampai saat ini saya masih memikirkannya..
    benarkah kita memilih pemimpin yang zalim..atau kita x berbuat apa2 dan berharap sahaja…pada saya kita perlu berbuat sesuatu terutama kepada keluarga dan orang di sekeliling kita supaya dapat menilai dengan baik seterusnya memilih dan menjalankan tanggung jawab..
    kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali meraka yg mengubahnya..
    inshaallahAllah kebenaran itu akan mengatasi kemungkaran….
    telah banayak kita lihat didunia ini.. bila kezaliman berleluasa… maka akan bangkitlah insan2 kecil yg mula menentang….untuk kebenaran.. moga allah membantu umat islam di dunia ini…dan saya yakin akan datang kembali zaman keamanan (keagungan islam) ini sebelum datangnya hari kiamat..moga anak2 dan keturunan kita tergolong dalam kalangan orang beriman.

    Wallahhualam…

    Like

    Comment by sujah sokiman | 25/07/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: