Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Antara bahaya Al Ghuluw ialah sifat melampau dalam berpolitik walaupun atas nama Islam.

Apa itu al Ghuluw?

Pada istilah ertinya “yang tinggi dan melebihi had dalam setiap sesuatu”.Dalam Islam bermaksud “terlalu keras berpegang dengannya dan melampaui batas”.

Sabda RasululLah s.a.w, maksudnya:

Daripada Abi al-`Aliyah, katanya: Kata Ibn `Abbas Pada pagi `Aqabah (musim haji) RasululLah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: “Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah)”. Aku pun mengutip batu-batu kecil kesemuanya batu-batu kecil sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghuluw), kerana sesungguhnya al-ghuluw telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.” (Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah (Sahih Ibn Khuzaimah 4/276, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut)

Dalam hadith di atas Nabi S.A.W. melarang sikap ghuluw dalam beragama kerana itu adalah antara punca kebinasaan..

Islam hendaklah dipegang dengan kuat dan kukuh tetapi yang dilarang di dalam hadith di atas ialah beramal dengan Islam secara melampaui batasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. seperti berkeras dalam agama bukan pada tempatnya atau cuba mengamalkannya melebihi kadar yang disuruh. Ini adalah punca kebinasaan.

Termasuk dalam makna al-ghuluw juga cuba menyelidiki mengenai agama apa yang tidak sepatut seperti mencari `illah (punca) sesuatu perintah ibadah khusus. Ini seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian golongan tarikat yang cuba mencari punca kenapa solat subuh dua rakaat, kenapa zohor empat rakaat dan seterusnya. Ini termasuk juga dalam makna ghuluw seperti yang dijelaskan oleh para ulama

Sikap yang dituntut dalam berpegang kepada Islam ialah al-I’tidal iaitu sederhana atau pertengahan dengan memenuhi tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Tidak terlalu melampau dan tidak pula cuai iaitu mengabaikan tuntutan yang ditentukan. Sikap melampau mahupun cuai adalah ajaran syaitan.

1. Sikap melampaui batas dalam beragama menjadikan amalan Islam seseorang tidak seimbang. Seseorang yang melampau dalam ibadat individu akan menyebabkan tanggungjawab kekeluarga dan masyarakat terabai. Ini yang kita saksikan pada sesetengah kumpulan agama.

Demikian melampau dalam berakidah boleh menyebabkan timbul persoalan mengkafirkan golongan lain dengan mudah seperti Khawarij. Juga sikap melampau dalam berpolitik sekalipun dengan nama Islam boleh membawa seseorang menafsirkan semua urusan kaum muslimin dengan nada politik, sedangkan Islam luas, merangkumi akhlak, ibadah khususiah, keruhanian, hubungan silaturahim dan lain-lain.

2. Antara ghuluw yang mesti dielakkan ialah sikap melampau dalam menghadapi musuh, sekalipun musuh itu menentang Allah dan RasulNya. Apabila Rasulullah menghantar Abdullah bin Rawahah untuk menilai hasil buah-buahan Yahudi Khaibar maka kaum Yahudi cuba merasuahnya agar berbelas simpati kepada mereka. Kata Abdullah bin Rawahah:

Adakah kamu semua ingin merasuahkanku wahai musuh-musuh Allah. Demi Allah kamu lebih aku benci dari kera dan khinzir dan Muhammad lebih aku kasih dari nyawa yang berada dalam tubuhku. Namun kebencianku kepada kamu dan kasihku kepada Muhammad tidak menghalangku untuk berlaku adil kerana Allah berfirman: (lalu dia membaca surah Maidah ayat 8 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”)

Justeru itu hendaklah kita adil dalam menilai golongan yang kita suka atau kita benci, individu yang kita suka atau yang kita benci. Janganlah sikap berpuak boleh membawa kita tersalah menilai mengukur diri dan pihak yang lain. Kasih kepada golongan agama juga tidak boleh melampaui batas. Golongan tarekat ramai yang tersesat menjadikan tokoh-tokoh agama sebagai perantaraan mereka dengan Allah kerana terlalu kasihkan mereka. Kasih kepada pimpinan umat Islam atau gerakan Islam juga tidak melampaui sehingga membenar semua kesilapannya. Benci kepada musuh juga tidak membolehkan kita menafikan kebenaran atau kebaikan jika mereka lakukan.

3. Golongan yang memegang agama melebihi apa yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah sebenarnya tidak berada di atas petunjuk Rasulullah S.A.W. Walaupun pada zahirnya nampak mereka ini kuat agama namun pada hakikatnya menyimpang daripada petunjuk Nabi S.A.W.

(Sumber: e book Dr Maza)

Note: 

Bahawasanya:

Dr Yusuf Al Qardhawi berkata al ghuluw itu ada lah mereka yang ekstrim dan radikal dalam beragama.Dr. Abdul Rahman Ibn Mualaa al-Luwaihiq didalam kitabnya ” Al-Ghuluw Fi al-Din ” memetik kata-kata daripada As-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, yang menjelaskan bahawa radikalisme dan ekstrimisme dengan beberapa sifat, iaitu :

• Berpegang teguh hanya pada pandangan dirinya sendiri dan tidak memberi peluang untuk mendengar pandangan orang lain.
• Menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak dianjurkan syariah
• Ketegasan tidak kena pada tempatnya
• Kasar dan tidak beradab
• Sentiasa berfikiran buruk terhadap pandangan orang lain
( su’u dhzan )
• Menghukum orang lain sebagai kafir
Wallahu’alam

 

19/07/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

2 Comments »

  1. “Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghuluw), kerana sesungguhnya al-ghuluw telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.”

    Siapa sebenar-benarnya Al Ghuluw didlam hadith ini, minta penjelasan lanjut dari mana-mana yg arif.

    Like

    Comment by rin selamat | 20/07/2011 | Reply

    • Jawapan kpd persoalan sdr Rin,

      Salam,

      Dr Yusuf Al Qardhawi berkata al ghuluw itu ada lah mereka yang ekstrim dan radikal dalam beragama.Dr. Abdul Rahman Ibn Mualaa al-Luwaihiq didalam kitabnya ” Al-Ghuluw Fi al-Din ” memetik kata-kata daripada As-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, yang menjelaskan bahawa radikalisme dan ekstrimisme dengan beberapa sifat, iaitu :

      • Berpegang teguh hanya pada pandangan dirinya sendiri dan tidak memberi peluang untuk mendengar pandangan orang lain.
      • Menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak dianjurkan syariah
      • Ketegasan tidak kena pada tempatnya
      • Kasar dan tidak beradab
      • Sentiasa berfikiran buruk terhadap pandangan orang lain
      ( su’u dhzan )
      • Menghukum orang lain sebagai kafir

      Like

      Comment by Fitrah Islami Online | 20/07/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: