Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apakah Demokrasi Jawapan Bagi Mesir? Mahu dipatuk Ular kali ke berapa?

US semakin melihat kepentingan untuk menguasai Algeria. Ini berhubung kait dengan kepentingan sekutu rapatnya, Israel. Telah banyak usaha-usaha menunjukkan US sedang berusaha memecahkan wilayah umat Islam kepada beberapa negara kecil antaranya Yaman, Chad, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia. Jelas strategi US untuk menghalang penyambungan Negara-negara Asia Tengah dengan Timur Tengah dengan memastikan kekuatan tentera mereka di Afghanistan. Ini adalah suatu tindakan geopolitik yang penting dari aspek ketenteraan untuk menghalang penyatuan dua kawasan yang sangat siginifikan dengan kebangkitan umat Islam. Kekuatan yang ada hanyalah di Mesir, sebuah negara yang dihimpit negara Afrika Utara lain di barat dan wilayah Arab yang bergolak di Timur.

Tindakan politik US lebih ketara bagi menghadapi kebangkitan rakyat Mesir. US dan Israel tidak mampu untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap Mesir. US tidak boleh membiarkan Mesir bergolak terlalu lama kerana ia membahayakan keberlangsungan Israel. Peranan yang didalangi Perancis, British dan German terhadap kebangkitan rakyat Mesir boleh menyebabkan Israel hilang sekutu kuat, ini bahaya bagi kepentingan US.

Israel dan US belum melatah dalam masalah ini kerana kepimpinan tertinggi tentera Mesir adalah sangat rapat dengan mereka. Ketua Tentera Mesir, Left Gen. Sami Annan telah ke Washington pada 24 Jan lepas dilaporkan berkaitan proses peralihan kuasa di Mesir. Beliau juga telah bersama Menteri Pertahanan Marshal Mohamed Hussein Tantawi, telah dilaporkan oleh Jurucakap Tentera Us, Geoff Morrell , bertemu Setiausaha Pertahanan US dan Menteri Pertahanan Israel pada 30 Januari. Penganalisa politik melihat US sedang dalam proses untuk memastikan proses transisi ini berlaku mengikut apa yang dirancang mereka. Ketidakterlibatan tentera Mesir menghalang peserta demonstrasi adalah untuk membolehkan proses peralihan kuasa ini berjalan. Ia bukanlah menunjukkan bahawa tentera menyokong perjuangan rakyat.

US melihat perlu membuka pintu demokrasi yang lebih luas di Mesir. Ini penting untuk memastikan kestabilan dikawasan bergolak berhampiran Israel. Oleh itu, US perlu meletakkan agennya yang demokratik di Mesir. Sebenarnya, US menghadapi konspirasi politik dari Blok Eropah (EU). EU sudah sekian lama memberikan sokongan kepada pemimpin Parti Wafd,Ayman Nour, yang dipenjara kerana lantang mengkrtitik Hosni Mubarak selama ini. Ayman lebih dekat dan dikenali oleh rakyat Mesir sebagai pemimpin yang menentang pentadbiran Mubarak. Media Britain seperti London Post cuba menunjukkan bahawa US sebenarnya mendalangi kebangkitan.

Untuk menyekat konspirasi blok EU ini, US melihat beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Mubarak, antaranya adalah Al Baradei. Jika kita baca analisa jangkaan kebanyakan media US, mereka cuba mewujudkan gambaran Mohamad Al Baradei adalah calon pro-demokrasi yang terbaik bagi membawa perubahan di Mesir. Untuk mendapatkan sokongan rakyat, tidak mengejutkan mereka telah mendekati beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin Mesir dalam apa yang dikatakan ‘pertemuan rahsia’. Albaradei secara terbuka menawarkan Ikhwanul Muslimin untuk bersama dalam kerajaan baru yang mungkin dibentuk setelah kejatuhan Mubarak. Pemimpin Tertinggi Ikhwan ketika ditemuramah Akhbar Al- Masri AI-Youm menjawab mereka mensasarkan untuk mewujudkan sebuah kounsil yang menjadi rujukan kepada penggubalan institusi negara dengan kelulusan parlimen. Seorang pemimpin Ikhwan yang lain, Helmi Gazzar, menyatakan Ikhwan perlu meletakkan ketepi perjuangan bercorak agama untuk mewujudkan demokrasi. (Perangkap US sudah mengena.Ikhwanul Muslimin sanggup mengenepikan perjuangan nya yang bercorak Islam selama ini dan bersetuju menerima tawaran US untuk menerima demokrasi.Sedangkan sudah sememangnya strategi US hendak menghancurkan Islam melalui demokrasi.Sila baca cara US nak hancurkan Islam disini) Menurutnya lagi, Ikhwan perlu selari dengan cita-cita rakyat Mesir untuk kebebasan dia menyokong usaha Al Baradei.

Percaturan di Mesir melihat US dan EU masing-masing cuba meletakkan agen masing-masing. Sekiranya US gagal, ia akan merubah scenario politik dunia terutama timur tengah, Israel dalam keadaan yang kritikal. US dilihat mempunyai kelebihan kerana menguasai tentera Mesir dan sokongan Ikhwanul Muslimin ke atas calon mereka.

Lihat betapa liciknya musuh Islam bermain catur.Pejuang Islam saperti Ikhwanul Muslimin pun boleh terperangkap hingga begitu mudah mengenepikan prinsip Islam untuk bersetuju menerima ideologi demokrasi tajaan musuh.

(Sumber)

10/07/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: