Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Melayu Islam di bawah tapak kaki Ambiga!

Ambigia kuat menentang Syariah Islamiah di Malaysia

“Ramai orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini.Dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu”.


KEDEGILAN
 dan keangkuhan Ambiga Srevenasan yang tetap mahu meneruskan demonstrasi haram yang diberi nama BERSIH 2.0 walaupun telah diberikan kata dua oleh pihak polis membuktikan bahawa bekas Presiden Majlis Peguam ini menyiratkan agenda yang di kalangan ahli Jawatankuasa mereka sahaja yang tahu.

Ambiga dilihat begitu nekad.bersedia untuk bertempur dengan polis,Perkasa,Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia,Pemuda UMNO dan sekian ramai lagi rakyat jelata yang sememangnya menentang demonstrasi yang memungkinkan akan menimbulkan mudarat kepada Negara. Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,

Malah lebih malang lagi apabila kesungguhan Ambiga untuk melakukan kerosakan terhadap Negara ini didokong secara membuta tuli oleh orang-orang Melayu terutamanya Parti Islam Malaysia yang sebelum ini begitu kuat menentang dan mengkritik Ambiga berhubung pendirian anak dara tua ini terhadap agama Islam sehingga Salahuddin Ayub,Naib Presiden PAS menyerang forum yang diadakan oleh Ambiga dan suku sakatnya tapi hari ini PAS menjadi perkakas murahan kepeda wanita Hindu ini.

Latar belakang Ambiga ini cukup memual dan meloyakan.Sakkastiknya terhadap bangsa melayu dan agama Islam begitu menyerlah.Kebencian beliau terhadap agama rasmi Malaysia ini dilihat menjadi agenda yang cukup penting dalam perjuangannya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul dan bukannya turun di jalanan menghasut rakyat.

Tindakan tanduk Ambiga ini boleh dilihat dengan jelas niatnya hanyalah untuk melindungi kekotoran pembangkang dan melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.

Banyak orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu.

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.

Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.

Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.

Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.

Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3.
Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4.
Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara. 

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di dalam Negara kita hari ini.kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

Nota:

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. (11hb April 2008)

Sumber: Blog Sanggah Tok Janggut

04/07/2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah

13 Comments »

  1. saya tidak pun menyokong umno..tetapi saya lagilah tidak menyokong orang yang terang2 kafirnya ( ambiga )….yang mengucap pun tak pernah…apatah lagi nak baca bismillah masa makan….

    sekurang2nya pemimpin umno tu ada juga perangai baik walaupun banyak yang jahat…dan yang pasti tau nak mengucap…….

    agamaku agamaku ….agamamu agamamu…..
    wallahualam…..

    Like

    Comment by Noor Ratna Tawil | 27/07/2011 | Reply

  2. Masa Ambiga nak berkempen tentang IFC siapa yang lawan dia?? Bukan PAS ke??? UMNO yg kononnya membela melayu islam kenapa senyap?? Malah 50org pemimpinnya bersetuju menyokong tuntutan Ambiga…..Menyokong bersih bukan tanda sokongan kepada individu, ia sokongan pada tuntutan BERSIH… Kenapa kita meyokong Program Earth Hour sedangkan penganjurnya ada org yahudi??? Adakah dengan mengikuti sarana Earth Hour kita boleh dikelaskan sebagai Pro-Yahudi??? Pastinya kita menyokong saranan yang baik tetapi bukan menyokong penganjurnya…

    Like

    Comment by benjamin5347 | 26/07/2011 | Reply

  3. Demi Ambiga Hj Hadi Gelar Pemerintah BN Kafir,Satu Penipuan Hadis

    Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi, yang dibuat oleh beliau melalui Harakah “Bantah sokong Ambiga buta sejarah – Abd Hadi”
    sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4443-bantah-sokong-ambiga-buta-sejarah-abd-hadi

    Haji Hadi menuduh mana-mana atau sesiapa sahaja yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai buta sejarah Islam.

    Haji Hadi juga memberi contoh dan bertujuan memberi fakta konon Nabi kita Nabi Muhamad saw juga pernah menyokong demontrasi jalanan, seperti mana yg dinyatakan oleh beliau seperti berikut:
    “Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya. Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya,” (wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.)

    Apa yang pasti Haji Hadi DENGAN SENGAJA TELAH MEMUTAR BELITKAN FAKTA dan MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN YANG HAKIKI.

    Yang disembunyikan Haji Hadi:

    1… Perjanjian Al-Fudul atau disebut Hilf al-Fudul : FUDUL itu sendiri bermaksud “MULIA”. Perjanjian al-Fudul dimeterai di rumah Abdullah bin Jad’an.
    Perjanjian ini dimenterai diantara puak2 kaum Musyrikin Quraisy dari Bani Hashim, Bani Muttalib, Bani Asad bin Abdul ‘Uzza, Zahrah bin Kallab dan Taym bin Murrah.
    Perjanjian ini sebenarnya adalah perjanjian yang dibuat diantara kaum Muslimin yg dizalimi (ketika itu) dengan kaum pemerintah Kafir Musyrikin yang lebih memberikan penekanan kepada urusan PERDAGANGAN yang lebih adil.

    2… Perjanjian Al-Fudul yg dimenterai dgn kaum pemerintah Musyrikin Quraisy di MEKAH ini di buat pada AWAL abad ke-7 Masihi. Perjanjian ini termenterai setelah terjadinya peperangan al-Fujjar dan setelah kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Kaabah.
    Peperangan Al-Fujjar berlaku semasa usia Baginda lima belas tahun ( 586 masihi )
    Manakala Mekah hanya berjaya diperintah mengikut acuan Islam oleh Nabi kita Nabi Muhamad saw pada tahun 628 masihi, iaitu selepas beberapa tahun perjanjian Al-Fudul dibuat.

    Jika kita lihat fakta 1 dan 2 sahaja jelas menunjukkan bahawa yang ditentang oleh Nabi kita Nabi Nabi Muhamad saw adalah pemerintahan kejam kaum kafir terhadap muslimin dan bukan yang menentang pemerintahan sesama Islam sepertimana yang dilakukan oleh PAS dalam BERSIH.

    3… Berdasarkan sirah Nabi dan sahabat, demonstrasi terhadap pemerintah Muslim dalam bentuk seperti ditunjukkan oleh masyarakat dunia hari ini (sama ada secara aman atau liar) tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat radhiallahu ‘anhum.

    Kekuatan sanad kisah perjanjian Al-Fudul juga pernah dipertikaikan. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 1/40 berkata:
    “Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Hasan, berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Shalih berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Aban dari Ishaq bin Abdullah dari Aban bin Shalih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Umar bin al Khattab.”

    (*sanad: bermaksud salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. Atau jalan yang bersambung sampai kepada matan, perawi yang meriwayatkan matan hadits dan menyampaikannya. Sanad dimulai dari rawi yang awal (sebelum pencatat hadits) dan berakhir pada orang sebelum Rasulullah saw yakni Sahabat. Misalnya al-Bukhari meriwayatkan satu hadits, maka al-Bukhari dikatakan mukharrij atau mudawwin (yang mengeluarkan hadits atau yang mencatat hadits), perawi yang sebelum al-Bukhari dikatakan awal sanad sedangkan Sahabat yang meriwayatkan hadits itu dikatakan akhir sanad.)

    Taraf riwayat ini sangat lemah dan ia bertentangan dengan hadith-hadith shahih yang lain. Kelemahannya adalah dari segi sanad dan matan.

    4… Adapun dari segi sanad adalah kerana di dalam riwayat tersebut terdapat seorang yang bernama Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah.

    Imam an Nasa’i berkata: “Dia seorang yang matruk (orang yang ditinggalkan haditsnya)”.

    Imam al Bukhari berkata: “Para ulama’ meninggalkannya”.

    Imam Baihaqi berkata: “Dia matruk“.

    Imam Yahya bin Ma’in berkata: “Dia pendusta”.

    Imam Ibnu Hibban berkata: “Dia membolak-balikkan sanad, memarfu’kan hadith mursal, dan Imam Ahmad melarang meriwayatkan hadithnya”.

    5… Dari segi matan pula, riwayat tersebut menyebut Umar bin al Khattab, kerana kasahihan Umar ke dalam agama Islam ketika itu boleh dipertikaikan. Maka riwayat ini bertentangan dengan beberapa riwayat shahih yang lain.

    Mengenai Islamnya Umar bin al Khattab seperti diriwayatkan dari Abdullah bin Umar disebut sepertimana yang dinyatakan diantaranya hadis yang terdapat di dalam Shahih al Bukhari serta hadis Bidayah Wan Nihayah 3/81 oleh Imam Ibnu Katsir.

    Jelaslah jika dilihat fakta 3, 4 dan 5 sahaja secara terang-terangan menunjukkan hujjah-hujjah yang diguna pakai oleh PAS adalah terlalu lemah untuk mengISLAMkan demonstrasi.

    Tidak ada satu pun panduan dari ulama salaf yang berdalilkan hadith sahih yang membenarkan demontrasi jalanan.

    Ketahuilah wahai juak-juak PAS dalam Pakatan Haram bahawa amalan agama yang bersifat pasti dan qati’e berkaitan aqidah dan rukun Islam tidak boleh disamakan dengan amalan muamalat atau hubungan sesama manusia yang bersifat kurang pasti dan dzanni.

    Ketahuilah wahai juak-juak PAS dalam Pakatan Haram bahawa amalan berdemonstrasi adalah sesuatu yang bid’ah dhalalah (perkara yang diada-adakan dan sesat hukumnya) jika ia dikaitkan dengan amalan beragama (contohnya mewajibkan orang ramai menyertai demonstrasi atas ‘fatwa’ agama atau justifikasi bahawa ia merupakan suatu ibadah).

    6… Dalam bab muamalah, ulama usul fiqh telah membina satu kaedah usul iaitu “al-aslu fil asyyia al-ibahah ma lam yurid dalil at-tahrim” bermaksud “hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus kecuali ada dalil tentang pengharamannya”. Yang secara terang menjelaskan terdapat banyak kemungkaran-kemungkaran yang didapati dari amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah Muslim.

    Dijelaskan bahawa berdemonstrasi terhadap pemerintah Muslim adalah berbentuk tasyabbuh, iaitu menyerupai perbuatan orang-orang kafir.

    Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka termasuk golongan tersebut.” [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

    (Tidak semua perkara atau perbuatan orang-orang kafir mesti ditolak atau dilarang iaitu sesuatu yang bukan merupakan ciri-ciri khusus orang-orang kafir, sama ada aqidah, adat-istiadat, atau peribadatannya, dan hal itu tidak bertentangan dengan nas-nas serta prinsip-prinsip syariah, atau tidak dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan. Maka yang demikian itu tidaklah termasuk dalam tasyabbuh.)

    7… Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani berpendapat bahawa perbuatan demonstrasi adalah termasuk dalam bentuk tasyabbuh terhadap orang kafir.

    Pendapat beliau ini boleh dipakai terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 kerana demonstrasi Bersih yang pertama dahulu telah membuktikan bahawa ia telah menimbulkan kerosakan, kesusahan dan kerugian harta benda kepada masyarakat awam.

    8… Demonstrasi terhadap pemerintah juga boleh dimasukkan ke dalam kategori khuruj (keluar menentang pemerintah) yang mana ianya dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadith shahih.

    Salah satunya sepertimana disebut didalam riwayat bahawa Said bin Jahman r.a. berkata:
    “Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, matanya buta, aku mengucapkan salam.” Beliau bertanya kepadaku: “Siapa engkau?” “Said bin Jahman, jawabku.” Beliau bertanya: “Kenapa dengan ayahmu?” Aku katakan: “Al-Azariqah telah membunuhnya.” Beliau berkata: “Semoga Allah melaknat Al-Azriqah, semoga Allah melaknat Al-Azriqah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka.” Aku bertanya: “(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azriqah sahaja atau Khawarij semuanya?” Aku katakan: “Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya.” Aku katakan: “Tetapi sesungguhnya pemerintah telah berbuat kezaliman kepada rakyatnya?” Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: “Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a’zham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a’zham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya.” [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

    9…Sedarlah wahai juak-juak PAS dalam Pakatan Haram, bahawa kalian tidak akan mendapat sebarang pahala kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan Abu Ishaq al-Sabi’i r.h. daripada pembesar ulama Tabiin berkata:
    “Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan (mereka) akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani]

    Walaupun Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim walaupun kepada firaun sekalipun, nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t: Surah Taha: 43-44:
    “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

    Berdasarkan surah ini sahaja telah menunjukkan bahawa Demonstrasi BERSIH itu sahaja telah bertentangan dengan seruan dan firman Allah s.w.t. Lebih memburukkan keadaan penganjur BERSIH telah menjemput wartawan-wartawan asing demi memutar belitkan fakta serta memburuk-burukkan dan mengaibkan kerajaan.

    Sedarlah wahai juak-juak PAS bahawa kalian telah menentang seruan dan firman Allah s.w.t.

    10… Bukan sahaja perbuatan bersekongkol dengan Demonstrasi Jalanan BERSIH itu bertentangan dengan firman ALLAH, tetapi ia juga menentang apa yang telah diseru oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w

    Sabda Nabi s.a.w:
    “Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

    Jika kita rujuk dari fakta 1 sehingga fakta ke 10 sudah jelas lagi bersuluh bahawa Haji Hadi dengan sengaja memutar belitkan fakta dan menyembunyikan kebenaran.

    Like

    Comment by Megat | 22/07/2011 | Reply

  4. KITA NAK TAHU, APA PANDANGAN SAHABAT SEMUA MENGENAI PERKARA DI BAWAH.

    SCENE 1:

    AMBIGA TELAH PERJUANGKAN MURTAD DI KALANGAN UMAT ISLAM. AMBIGA AKAN MEMBELA MANA-MANA UMAT ISLAM MENUKAR AGAMA MEREKA. AMBIGA MENCABAR PERLEMBAGAAN NEGARA YANG MENAFIKAN HAK ORANG MELAYU ISLAM MENUKAR KE AGAMA LAIN

    SCENE 2:
    SEANDAINYA SI AMBIGA NI BUKA KEDAI. DI SEBUAH DESA YANG PENDUDUKNYA TERDIRI DARIPADA ORANG MELAYU. KEDAI AMBIGA ADALAH KEDAI RUNCIT MENJUAL BARANGAN YANG MURAH. DALAM MASA YANG SAMA ADA KEDAI LAIN YANG AGAK JAUH SIKIT. SEBAGAI UMAT ISLAM, ADAKAH ANDA AKAN PERGI KE KEDAI AMBIGA YANG TELAH MENYOKONG MURTAD TERSEBUT? APA HUKUMNYA MEMBELI BARANG DI KEDAI AMBIGA SEDANGKAN ADA KEDAI LAIN YANG BOLEH DIBELI?

    SCENE 3:
    SEANDAINYA, DALAM MESYUARAT DI DESA TERSEBUT, AMBIGA TELAH MENGAJAK MASYARAKAT DESA DI SITU UNTUK BERSAMANYA MELAKUKAN DEMONSTRASI AMAN MENENTANG KERAJAAN YANG DIKATAKAN ZALIM. DENGAN SEMANGAT YANG BERAPI-RAPI AMBIGA TELAH MEMINTA SEMUA ORANG MENGIKUT DIA DAN MENGANGKAT DIA SEBAGAI PEMIMPIN DEMONSTRASI TERSEBUT.

    NATIJAHNYA
    : MASYARAKAT DESA YANG AMAN INI TELAH BERPECAH DUA. SATU MENGAKUI KEPIMPINAN AMBIGA DAN SATU KUMPULAN LAGI MENENTANG AMBIGA KERANA AMBIGA NI MENYOKONG MURTAD DAN ORANG KAFIR YANG MENYOKONG MURTAD DAN MEMPERSENDAKAN ISLAM (MEMPERTIKAI KENAPA ORANG ISLAM TAK BOLEH MASUK AGAMA LAIN) PERLU DIPERANGI.

    SETAKAT ITU SAHAJA SENARIO YANG ANAK SUFI BERI. YANG LAIN SILA FIKIRKAN SENDIRI DENGAN AQAL DAN HUKUM.

    Like

    Comment by Azim Fatah | 21/07/2011 | Reply

  5. APE kaitan IFC dengan bersih dari segi tujuannya? adakah apabila tuntutan bersih(pilihan raya adil) dilaksanakan IFC dapat dilaksanakan?

    Like

    Comment by WEBER | 21/07/2011 | Reply

    • IFC dan BERSIH ada kaitan.Di pengerusikan oleh orang yang sama iaitu Ambigia.Perhimpunan BERSIH adalah juga “test market” bagi Ambigia.Kalau perhimpunan BERSIH berjaya menarik beribu ribu peserta non muslim Ada peluang bagi Ambigia untuk maju mengadakan perhimpunan IFC pula.Tetapi nampak nya pada perhimpunan BERSIH tak ramai peserta non Muslim.Maka Ambigia akan fikir banyak kali jika nak buat perhimpunan IFC tanpa sokongan non Muslim yang ramai.

      Like

      Comment by paksyeikh | 21/07/2011 | Reply

  6. KUALA LUMPUR 13 Julai – Kerajaan digesa tidak memberi ‘muka’ kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

    Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

    Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerajaan berlembut dengan orang seperti Ambiga sebaliknya beliau perlu ditahan segera mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    “Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang. Dia cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya.

    “Dengan cara itu Ambiga berjaya menunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Orang sebegini tidak boleh dibiarkan. Jangan setakat ditahan, diberi makan dan kemudian dilepaskan. Demi keamanan negara saya minta Ambiga ditahan dan dihantar ke Kamunting dengan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Ambiga mengenai keputusan jawatankuasa pemandu Bersih yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu bagi menuntut lapan perkara untuk pembaharuan pilihan raya di negara ini.

    Mohd. Hilmi berkata, kerajaan dalam menangani isu Bersih perlu lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat terbanyak berbanding minoriti penyokong Bersih di jalanan.

    “Hakikatnya tiada siapa yang mahu Malaysia yang aman makmur terjejas dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab Bersih. Suara ini lebih banyak daripada suara yang menyokong Bersih,” ujarnya
    Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mahu kerajaan bertegas dengan pihak Bersih khususnya Ambiga dan jangan sesekali tunduk dengan tuntutan mereka.

    Apatah lagi katanya, dalam keadaan timbul dakwaan Bersih didalangi oleh pihak luar yang sepatutnya disiasat segera oleh pihak berkuasa.

    “Kita mahu tahu daripada mana datangnya dana yang begitu banyak hingga membolehkan mereka menyewa hotel-hotel di ibu negara dan mencetak beribu-ribu baju kuning Bersih,” katanya lagi.
    Naib Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Universiti (Aspirasi) Mohd. Zafry Mohd. Yunus ketika dihubungi turut bersependapat dengan dua pemimpin NGO tersebut.

    Beliau percaya majoriti rakyat tidak mahu keamanan negara terjejas akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti Bersih.

    “Aspirasi juga mahu Ambiga dikenakan tindakan tegas kerana jelas yang dia mahu mencabar undang-undang negara. Dia cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

    “Gesaan ini dibuat atas nama kuasa rakyat. Kami juga mewakili segelintir rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan beri muka pada Bersih kerana akhirnya keharmonian negara kita sendiri yang akan terjejas,” katanya lagi.

    GERAKAN TIMUR:
    Jangan beri muka kepada pencetus huru-hara mcm si ambiga ini!

    Jom ajar dia, supaya yang lain turut belajar, kerana mereka ini semua kurang ajar, dan perlukan pembelajaran.

    KLIK SINI untuk tandatangan petisyen. Kasi ajar

    Petikan: gerakantimur.blogspot.com

    Like

    Comment by Nurfaten Sablee | 18/07/2011 | Reply

  7. Ambiga vs Pemimpin Islam

    Ambiga – jauh lebih cerdik, jauh lebih bijak kerana berjaya mempengaruhi dan memperalatkan Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim untuk memusnahkan kepentingan dan kepaduan melayu dan islam.

    Pemimpin islam – setakat menjadi tukang angguk dan pak turut saja walau pun mereka tahu niat sebenar Ambiga adalah untuk melunaskan hidden agenda pihak yang ingin melihat melayu jatuh dari teraju kuasa.

    melayu alahai melayu .. kenapa kah kamu memilih mereka2 yang lemah aqal menjadi pemimpin di kalangan kamu ???

    melayu oh melayu .. tidak kah kamu nampak agenda jahat musuh keatas kamu ???

    Like

    Comment by tok guru | 13/07/2011 | Reply

  8. ambiga dan IFC.. tuntutannya pada tahun 2006 juga menunjukkan ia disokong oleh 50 orang ahli politik islam dari parti BN… jadi apa pandangan anda tentang ahli politik islam dari parti BN tersebut??? dan ahli politik islam tersebut telah mengatakan kepada Mufti Harussani sesuatu.. apakah yang dikatakan oleh Ahli Politik Islam dari BN tersebut?

    Like

    Comment by AMBIGA dan IFC | 12/07/2011 | Reply

    • Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan ifc itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan ifc itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal .
      Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan ifc ini adalah musuh Islam di M`sia.
      Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Apa 50 orang Islam tu kata? Mereka templak Mufti Perak dan berkata, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”…Datuk Harussani balas,katanya, “di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”…Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

      Like

      Comment by amri el wahab | 12/07/2011 | Reply

  9. Are you sure itu mmg tuntutan ambiga??????Do u have any proof??

    Like

    Comment by Encik Baba | 06/07/2011 | Reply

  10. zaman pemerintahan Baginda Rasulullah is the best ever!!
    dan zaman kegemilangan khulafak ar-rashidin!

    napa susah sangat nak ikut hukum ALLAH dalam setiap sudut kehidupan?

    kerajaan, sosial, keluarga malah semua aspek berteraskan agama!! tapi napa tak jalankan ikut syariat yang diberikan?

    sebab malaysia berbilang kaum?
    madinah pon ada bebilang kaun & agama, tapi tetap jadi negara Islam termahsyur!! tanpa kacau bilau..napa susah nak ikut hukum ALLAH yang termaktub dalam Al-Quran?
    PAS ka UMNO semua sama!! tolong la musyawarah tanpa dasar politik tapi atas nama ISLAM!

    Like

    Comment by pemerhati negara tercinta yang semakin hancur~ | 04/07/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: