Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Mengapa pilihanraya tidak wajar di adakan di masjid

Sistem pilihanraya berdemokrasi yang di amalkan di merata dunia adalah sistem ideologi ciptaan barat yang sekular yang pada hukum asalnya (bagi siapa yang mengamalnya) adalah bertentangan dengan ajaran Islam.Ramai ahli ahli agama terutama yang berkecimpung dalam arena politik terpengaruh dan taksub dalam pemikiran ideologi ini.Sedangkan di dalam masa yang sama mereka lah yang kuat kedengaran menjerit jerit dan melaung laung di atas pentas politik mengatakan sistem sekular adalah sistem taghut.

Maka sistem ideologi pilihanraya ini memang tidak wajar di bawa ke masjid lebih lebih lagi isinya penuh dengan elemen elemen kotor.Elemen kotor yang saya maksudkan adalah saperti  lobi melobi,jatuh menjatuhkan,umpat mengumpat, fitnah memfitnah,caci mencaci,maki memaki, menghalalkan cara dan bermacam macam lagi kekotoran yang biasa kita dengar dan lihat dimainkan di mana mana pilihanraya samada dalam sesebuah parti politik, persatuan dan negara.Hakikatnya elemen elemen kotor ini tidak akan mendatangkan apa apa faedah dan kebaikan kepada institusi masjid dan umat Islam di qariah qariah masing masing melainkan ianya hanya memecah belahkan ukhwah Islamiah.Sedangkan di antara salah satu fungsi masjid adalah tempat menyatu padukan ummah.

Mereka yang setuju  dengan sistem pilihanraya di masjid beralasan dengan alasan terkenal mereka yaitu politik tidak boleh di pisahkan dari Islam, kerana politik adalah sebahagian dari Islam.Maka siapa tolak pilihanraya ini (politik)  dia tolak Islam.

Adakah setiap apa yang di halalkan dalam politik ideologi barat di halalkan Islam?

Jika pilihanraya di adakan adakah mereka boleh menjamin setiap yang terlibat akan menjalankan nya dengan bersih? Tidak , sistem pilihanraya sekular yang bukan Islamik tidak mungkin bersih kerana asalnya memang sedia kotor (dari sudut akidahIslam) dan hanya akan mencemarkan syiar,aura dan institusi masjid.Sebuah adunan kek yang halal kalau di campur dengan wain (arak) walaupun pada zahirnya tidak merosakkan rupa nya sudah tidak boleh di makan oleh orang Islam.Hanya pentaksub sekular sahaja yang tidak dapat bezakan yang mana halal dan yang mana haram.

Persoalan – kalau kita nak ikut politik, politik yang bagaimana? Adakah politik yang di bawa Rasulullah SAW atau politik kotor sekular barat yang  mereka amalkan itu selama ini?

Wallahu’alam.


19/06/2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah

5 Comments »

  1. Banyak sangat sangka buruk, cuba baca surah al-hujurat ayat 12.

    Like

    Comment by ummu waheedah | 21/06/2011 | Reply

  2. Kalau nak diceritakan, banyak usul dan rancangan Zionis (anti christ/dajjal) yang diikuti dan dianuti dengan penuh yakin oleh seluruh manusia di dunia. Dan andainya dibicarakan satu-persatu ramai juga yang tidak percaya bahkan ketawa dan menganggap si penyampainya sebagai gila.

    Sistem demokrasi hanyalah salah satu daripada ilmu itu, dan adakah orang yang akan bersetuju jika kita mencadangkan agar sistem demokrasi dihapuskan? Ilmu zionis merangkumi semua aspek kehidupan duniawi dan tujuannya hanya untuk melalaikan manusia daripada mengingati TUHAN, tanpa mengira agama mana sekalipun hatta agama Kristian itu sendiri.

    Hanya satu contoh sahaja iaitu pakaian. Sedar atau tidak kebanyakkan pakaian yang kita pakai sebenarnya adalah ilmu para zionis, tak kiralah sama ada ianya pakaian harian hatta uniform sekalipun. Itu hanya contoh yang ringan-ringan sahaja. Seperti yang saya katakan awal tadi, ilmu zionis sebenarnya merangkumi segala aspek hidup manusia dan tujuannya untuk melalaikan manusia terhadap TUHAN. Dan ia merangkumi semua keperluan asas manusia seperti tempat tinggal, makanan, pendidikan, pekerjaan hinggakan tempat beribadat dan sebagainya.

    Like

    Comment by lah68 ripen | 20/06/2011 | Reply

  3. Assallamualaikum wbt Sdr Amri, banyak sudah saya membaca masih belum terjumpa pilihanraya masjid. Saya setuju dengan sdr. Orang Melayu dan penganut agama Islam ada kaedah tersendiri memilih pemimpin masjid. Malangnya ada orang Melayu yang menyokong supaya diadakan pilihanraya masjid. Heran juga – tak ada pula pilihanraya kuil dan rumah berhala lain dan gereja. Kalau orang Melayu tak tahu agenda tersembunyi pemerentah PP memanglah mereka “layak” ditindas. Wassallam/Take Care. “Yang Benar Tetap Benar!”

    Like

    Comment by Zain Kadir | 20/06/2011 | Reply

  4. dan dia juga melaga laga kan orang , betul tak ????

    Like

    Comment by abdullah zakaria | 20/06/2011 | Reply

  5. Salam. Dalam Islam, kehidupan bermula dari aqidah yang soheh dan ibadah yg asas iaitu solat. Dgn kata2 yg lain, seluruh kehidupan, mesti diwarnai dengan aqidah dan ibadah khasnya solat kerana ia tiang. Maka bila dikatakan solat, masjidlah tempat bermula kehidupan, asas kehidupan, pemangkin kehidupan seorg muslim. Jika kita bersependapat, pilihanraya ala demokrasi tak boleh dibuat di masjid, ini bererti sebenarnya, tanpa perlu apa2 hujjah naqli, hanya perlu terima dgn hati terbuka: PILIHANRAYA ALA DEMOKRASI SAMA SEKALI TAK BOLEH DITERIMA DALAM KEHIDUPAN. Tq

    Like

    Comment by anjangmuor | 19/06/2011 | Reply


Leave a reply to Zain Kadir Cancel reply