Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Sertailah demonstrasi jika……..

Dua perkara yang mesti diambil kira sebelum kita menyertai sebarang demonstrasi.

1) Apakah objektif diadakan demonstrasi?
2) Apakah demonstrasi mengandungi unsur haram?

Objektif Penganjuran Demonstrasi

Secara prinsipnya, terdapat kaedah yang masyhur iaitu “Wasilah mendapat hukum maqasid (objektif)”. Mana-mana perbuatan yang menjurus kepada suatu yang haram, maka ia menjadi haram, sekali pun perbuatan itu pada awalnya tidak haram.

Contohnya, membeli dan menjual parang tidak dilarang oleh Islam. Tetapi jika pembelian itu bermotifkan jenayah rompakan sebagai contoh, maka penjualan dan pembelian parang dalam kes ini adalah haram. Kerana wasilah mengambil hukum maqasid.

Begitulah demonstrasi. Jika motif demonstrasi adalah perkara maksiat maka turun padang berdemo pun satu maksiat. Contohnya, jika ada pihak menganjurkan demonstarsi mendesak supaya Kerajaan membenarkan orang Islam murtad, hukum menyertainya haram. Kerana objektif yang haram menatijahkan wasilah yang haram.

Jika objektif demonstrasi diharuskan syarak atau digalakkan syarak, contohnya berdemo membantah kumpulan yang menghina Islam, maka hukum berdemo dalam situasi ini perlu dilihat aspek kedua, iaitu:

Apakah Demonstrasi Mengandungi Unsur Haram?

Jika penganjuran demonstrasi disertai unsur-unsur maksiat, maka haram menyertainya. Ataupun, jika aktiviti demonstrasi pasti akan membuka ruang kepada berlaku maksiat, maka haram menyertai demonstrasi seperti ini.

Sebaliknya, jika demonstrasi dilakukan dengan menjaga tata-tertib syariat, dan menunaikan hak-hak yang ditetapkan Islam ketika berada di jalanan, maka hukumnya kembali kepada hukum asal wasilah iaitu harus.

Kesimpulan

Tidak salah menyertai demonstrasi, JIKA:

1) Objektif yang hendak dicapai melalui demonstrasi tidak bercanggah dengan syrariat.

2) Pengajur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu:
– Tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
– Menjawab salam apabila disapa.
– Menyuruh kebaikan.
– Mencegah kemungkaran.

3) Tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti:
– Percampuran bebas lelaki dan perempuan.
– Perempuan keluar dengan pakaian yang tidak syar’ie.
– Mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut.
– Menyerupai orang Musyrikin contohnya dari sudut pakaian.
– Merosakkan harta benda awam dan orang lain.

4) Demonstrasi tidak menyebabkan berlaku mudarat yang lebih besar. Kerana Islam menutup pintu-pintu kemudaratan.

(Sumber: Ustaz Abu Umair,Madinah Munawwarah)

.

18/06/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

2 Comments »

  1. Saya pernah mempunyai kareer sebagai penjaja kepak ayam di tepi jalan sekitar Ampang. Saya agak kecil hati apabila orang yang menganjur BERSIH kata kerugian peniaga dalam satu hari tak seberapa sangat sekiranya perhimpunan BERSIH berlaku. Wahhh sungguh mudah orang-orang kaya itu kata, kerugian penjaja tak seberapa. Tun Mahathir pernah kata kalau peniaga berniaga seminggu pun tak boleh cover kerugian satu hari tu. Saya nak bagitau di sini bahawa Tun Mahathir sememangnya bijak dan benar

    RAYUAN SAYA

    Walaupun tempat saya menjaja dulu bukan di tengah kota tempat rusuhan, saya amat memahami keperitan peniaga-pebiaga baik pemilik kedai mahupun gerai. Janganlah menganiaya perniagaan orang yang dah memang susah kerana sengketa politik yang tak ada kait mengait dengan orang senasib kami.

    Like

    Comment by Azahari Ismail | 22/06/2011 | Reply

  2. Begitu lah hal terbaik. KEAMANAN perlu dipelihara dan dilindungi. Bukan begitu. Takde guna lagi kalau menang politik tapi KEAMANAN Malaysia hilang, RAKYAT ketakutan dan kelam-kabut. PENIAGA terhenti dari perniagaan mereka. PEKERJA terbuang karena takde siapa mampu bayar mereka. PELAJAR terbuang sekolah karena pengajian mereka tidak berdaya dibiaya.

    Wahai pengundi sekelian. Bijak lah pilih siapa elok jadi pemerintah. Mereka yang mengada-ngada itu tidak akan jujur memerintah.

    Like

    Comment by hamden yahaya | 22/06/2011 | Reply


Leave a Reply to hamden yahaya Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: