Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Haram Hukumnya Memilih AJK Masjid Melalui Pilihan Raya


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 Memilih Jawatankuasa Masjid atau Surau melalui pilihan raya adalah haram hukumnya disebabkan kemudaratan yang didatangkan daripadanya lebih banyak daripada kebaikan.

2 Ini bersandarkan sebab bahawa kesan pemilihan cara itu akan mendedahkan seseorang yang “ahli” kepada penafian (daripada dipilih) dan sebagai ganti seseorang yang lebih popular dan dilihat baik pada pada pandangan awam (lawan kepada pandangan si alim) akan menggantikannya.

3 Pilihan Raya sesuai untuk memilih pemimpin negara, negeri atau kepimpinan organisasi di mana populariti turut mengambil tempatnya, tetapi populariti tidak sepatutnya mengambil tempat dalam pemilihan jawatankuasa yang berkaitan dengan agama islam itu sendiri seperti institusi ulama’, mufti, kadhi, naib kadhi, imam, bilal, pengerusi dan seluruh AJK masjid atau surau kerana ada pertimbangan lain yang lebih utama untuk diambil kira.

4 Pandangan salah selama hari ini ialah mereka yang cuba membezakan antara pemilihan imam dan bilal dengan pemilihan AJK Masjid atau Surau. Alasan yang selalu kita dengar ialah imam dan bilal berkaitan hukum hakam dalam bacaan dan pelaksanaan ibadat khususiah sedangkan AJK Masjid atau Surau hanya mengurus tadbir organisasi masjid/surau.

5 Sepatutnya AJK Masjid atau Surau itu perlu memiliki kemahiran yang ada pada seseorang imam atau bilal dalam kadar yang mencukupi (jika tidak mampu menyamai atau melebihi imam)kerana merekalah yang paling hampir dengan imam dan bilal serta menilai perlakuan dan bacaan seseorang imam.

6 Sebab itu semasa ketiadaan imam atau bilal merekalah yang akan mengambil alih tempat imam, bukan ditolak kepada orang awam yang lain. Persoalannya di sini bagaimana mereka hendak menggantikan tempat imam dan bilal jika mereka sendiri “jahil” dalam bab agama, terutama yang berkaitan hukum hakam bacaan dan ibadat.

7 Sayugia ditegaskan di sini bahawa lebih khusus sesuatu masalah itu berkaitan kepentingan dan maslahah umat Islam, maka lebih kecillah saiz dan skop pemilihan sehingga sampai pada suatu peringkat “hanya orang yang ahli sahaja memilih yang ahli”.

8 Mereka yang dipilih sebagai AJK Masjid atau Surau sekalipun bukan daripada kalangan qari atau ‘alim seperti halnya dengan pemilihan imam, sewajarnya turut diambil kira pada dirinya itu ada sifat “warak” yakni seseorang yang menjauhi dosa besar dan sedaya upaya menjauhi dosa kecil.

9 Jika faktor thiqqah atau kebolehpercayaan diambil kira (seperti juga halnya dengan pertimbangan untuk seseorang menjadi perawi hadith) maka seseorang yang dipilih sebagai AJK Masjid atau Surau itu harus mempunyai kelaziman(kebiasaan) menutupi kepalanya ( ‘ariu ra’s ) dengan suatu kain penutup seperti kain serban, semutar, songkok atau kupiah untuk menjaga darjah kewarakannya. Ya sampai begitu sekali.

10 Tetapi siapakah yang akan mengenali kefaqihan dalam agamanya, kebolehbacaan al-qur’an dan darjah kewarakan seseorang jika orang itu bukan dalam kalangan yang ahli juga. Hanya ahli yang mengenalii ahli dan merekalah yang sepatutnya membuat pemilihan, bukan dibuka kepada umum sekalipun ianya dibuka kepada ahli jemaah yang selalu hadir ke masjid atau surau untuk solat berjemaah.

11 Hadir ke masjid atau ke surau untuk solat berjemaah bukanlah sandaran untuk memutuskan yang seseorang itu tergolong dalam kumpulan yang dikatakan ahli itu sebabnya ahli jemaah itu lebih bersifat ‘abid daripada ‘alim, soleh daripada warak’ dan feqah daripada faqih.

12 Kerajinan seseorang menghadirkan dirinya ke surau atau masjid bukanlah menggambarkan yang dirinya ‘alim, faqih dan wara’ yang merupakan tiga unsur yang akan mengiktirafnya sebagai ahli.

13 “Ahli” di sini bermaksud mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan agama, khususnya dalam hal agama, al-Quran (tartil dan tajwid) dan kewarakan.

14 Atas sebab itu saya menegaskan adalah haram hukumnya (karahah tahrim) membuat pemilihan AJK Masjid termasuk AJK Surau melalui Pilihan Raya sebab bukan semua yang akan memilih itu adalah ahli dalam bidang yang diperlukan dan ditakuti terpilih mereka yang salah sehingga bukan sahaja merosakkan perpaduan ahli jemaah dalam qariah itu, malahan mendedahkan masjid atau surau kepada institusi yang dhirar (merosakkan).

Wallahu’alam

Daripada Ustaz Abd Bashid Bin Harun
Mantan Yang Di-Pertua
Persatuan Guru Ugama Kebangsaan Sabah (PGUKS)

by Cikgu Bashid 


14/06/2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama

1 Comment »

  1. Assalam. Adalah senang untuk menyatakan sesuatu itu haram atau halal seperti makan dikedai orang Islam yang disyakki kebolehmakan makanannya kerana pekedai itu adalah seorang fasiq, kebersihan persiapan makanan disyakki kerana peralatan dan pakaian tidak dibersihkan atau disamak kerana kemungkinan percikan najis mughallazah itu ada dibawa oleh pengunjung atau agensi lain dan sebagainya.
    Menyatakan haram halal tu secara sufiah, harafiah atau kebiasaan sahaja mengikut taraf kealiman dalam ilmu agama. Secara amnya masyarakat Islam tidak murshid dan dilindung dari mengetahui keadaan sebenar kerana hijab.

    saya tertarik dengan pendapat tersebut tetapi tiada kaedah atau prosdedur yang sepatutnya diikuti. Saya syorkan supaya Cikgu Bashid mengeluarkan buku atau kaedah sebenar untuk memilih AJK mesjid sekiranya kaedah sekarang yang diperakui oleh Majlis-majlis agama negeri-negeri dan JAKIM ini salah.
    Janganlah menambahkan kekusutan minda orang Islam Malaysia. Mohon beri panduan kaedah yang dicadangkan.

    Like

    Comment by Anak jawa Johor | 28/06/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: