Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Selaras fatwa agar tidak jadi bahan gurauan

Harakahdaily
KUANTAN, 26 April: Sesuatu fatwa yang ingin diputuskan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya menjadi bahan gurauan dan mainan ketawa orang ramai, nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).Dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menyelaraskan fatwa kerana ada yang tertakluk di dalam bidang kuasa negeri, namun perkara ini perlu diselesaikan dengan baik dan tegas kerana fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat.

“Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri.

Akan tetapi, disebabkan tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, maka terjadinya perkara seperti ada negeri yang terlalu laju dalam memberi fatwa berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, implikasi daripada fatwa itu menjadi sangat besar,” terangnya.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengambil contoh fatwa larangan merokok di Pahang sebagai hujah betapa pentingnya proses penyelarasan fatwa yang dicadangkannya.

“Seperti Pahang yang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepas terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya,” katanya.

Disebabkan ketidaksetaraan fatwa seperti itu, ujarnya, akan menganiaya sesuatu fatwa sehingga menjadi satu bahan gurauan dan mainan tertawa orang ramai.

“Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu,” tambah Tuan Ibrahim.

Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.

Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu.

Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.

Harussani terkejut

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini… jadi bagaimana boleh kata macam itu,” kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.

Dalam pandangannya terhadap perkara ini, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak.

“Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan,” katanya.

Bagi golongan yang tidak dibekalkan asas agama yang cukup dalam memahami kaedah syarak, beliau menasihatkan mereka untuk membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah syarak untuk pengambilan sesuatu hukum sebelum membuat sebarang ulasan dan pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan.

“Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya?

Namun, persoalan ini timbul mungkin kerana kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehinggakan ada golongan yang tidak memahami agama secara mendalam sanggup mempertikaikan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya dengan kesal.

28/04/2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa

9 Comments »

  1. Rasanya ada penasihat dan pengiring masa persidangan raja2…tak reti nak cadangker atau memang tak ambil pusing…?

    Like

    Comment by A. Bakar Attan | 30/11/2011 | Reply

  2. susah nak selaras sbb ketua ugama kita bukan ahli agama …hi hi hi hi

    Like

    Comment by kamal zaman | 30/11/2011 | Reply

  3. Salam sejahtera dengan peringtan agar kita berselawat keatas nabi dan warisan nya……. innalah huwamalaikatahu wasolu alan nabbiiiii …………..

    Adakah Ulamak lah yang telah memutar belit kan ugama? Adakah kaum ulamak ini menjadi penghibur kepada pepecahan dan kehancuran ugama islam yang disejahtera kan oleh allah dan malaikat? Adakah manusia telah melupakan terus warisan anbia yang sebenar nya iaitu anak cucu rasul Allah……?

    Tidakah kah kita sepatut nya sistem yang ada hari ini kita betul kan landasan kita yang seharus nya lurus dan bukan bercerai berai seperti yang terjadi hari ini? Apa kah jika ini dapat dizahir kan maka dengan tenang kah kita boleh campak kan sistem sekular ini kedalam bakul sampah…….?

    IniKah dia yang mengaku berugama dan islam walahal islam pun bukan ugama jauh sekali…..? Benarkah ini juga telah dijanji kan ke neraka untuk kekal selamanya iaitu barang siapa tak beutus, berurus,, dan berhukum dengan firman Allah dan rasul nya serta warisannya termasuk lah merkea ini dalam golong mushrik…. munaafik…dan faasikkkk dan kekal lah merekaa didalam neraka buat selamnya….?

    Benarkah perbuatan mereka tak ubah sepertimana friman Allah didalam ayat nya fawallilur mursalin…… neraka well bagi yang bersembahyang …….?

    Tidak kahkah dalam sembayang mereka tiada keihklasan….? Tisalkah kita mintak lain buat lain…? Tidahkh dalam sembahyang kita minta Allah sejahterkan nabi muhhamamd dan kerturunan nya? tidakah selepas habis sembhyang kita cari alim ulamak untuk dimulikan? Tidakah sia sia sembahyang kita…?

    Tidakah Didalam Al quran pada ayat fatiha pembukaan bacaan solat kita, kita diajar untuk minta dengan tuhan tunjukan jalan yang lurus siratalmustakim?, Benarkah diakhir sembayang kita……. kita pun sebut jalan yang lurus iaitu jalan muhamamd dan anak cucu dia sepeti mana ibrahim dan anak cucu dia ? Adakah habis sembayang tak pernah mereka nak kenal atau nak cari atau nak dekat dengan warisan anbia ini mereka pergi cari ulamak ulamak ini……..

    Tidakah Apabila ditanya mereka salah kan sistem sekular?, Tidakah sebenar nya mereka telah diperdayakan oleh alim ulamak yang telah membolak balik kan ugama islam serta menjadikan kita berpecah belah dan kucar kacir? Adakah kelakuan seperti ini macam tak berugama dan islam jauh sekali? Tiddakah pemeritah islam tidak dapat dizahir kan selagi kita berkeadaan kucar kacir seperti ini melainkan kita berpegang teguh kepada warisan anbi iaitu anak cucu rasul Allah yang telah dipinggir kan hampir seluruh umat yang mengaku islam hari ini………..?

    Tidakah Islam hari ini dilihat seperti sebuah ugama yang tidak ada politcal sytem yang baik melainkan perang dan sembeleh kepala umat islam sesama sendiri dan punca permusuhan dengan ugama dan bagsa yang lain…………

    Siapakah yang sebnar nya penentang nabi dan memutar belit kan ugama dan penyebab serta punca utama dan bertanggung jawap kepda kehancuran sistem pentadbiran Islam…….

    Cuba tujukan mana satu rahib dan paderi serta ulamak yang Allah telah muliakan didalam Al quran………

    Tidakah mereka ini seolah olah macam paderi serta rahib yahudi….. sejak dulu lagi perkerjaan rahib dan paderi inimemutar belit kan ajaran rasul rasul mereka?

    Benar kah mufti ni bergoyang kaki dan hanya perlu contoh nya mengeluar kan fatwa seperti tuduhan yang kena kan kepada kes Anawar ibrahim tetang empat saksi dan megatakan video ini boleh mejadi saki juga masyaAllah……?Tidak kah mereka tahu hambuan dunia dalam bentuk gaji bulan bulan hanya sementara dan tanpa mereka sedari mereka inilah yang dikatakan menghumban kan diri mereka sendiri ker neraka jahanam…………….?

    Tidakah Pada hari ini mereka mengaku berugama islam dan mula membuat hukum hakam dan fatwa seolah olah mereka di utus kan tuhan, walahal mereka ni islam pun bukan ugama belum tentu cuma mengaku jer?, Bukan kah mereka inilah yang berlakun dan berdrama menjadi utusan tuhan boleh mengeluar kan fatwa dan hukum hakam sendiri mengikut selera mereka janji tak effect raja dan sultan………? Tidak perlukah Sebagai raja dan sulatan hari ini bergabung semula dan bangkit menjadi pemimpin melayu dan hanya boneka duduk di bawah sitem demokrais Ala penjajah……..? Tidakah kuasa sebenar nya di tangan perdana menteri yang telah mneghacurkan harapan bangsamelayu untuk bejaya dalam hidup dn menegak kan syiar islam seperti dituntut dalam Agama…….?

    Bukan kahDi anatar amalan dan kebiasaan serta tugas harian mereka adalah menegak kan benang yang basah dan kaki bodek raja dan sultan……….. ? Tidak kah menjadi contoh seperti yang kita tenguk dalam kitab al quran dan kitab bible …… mereka ni lansung tak kesah kan Amaran utusaaan Allah dan selalu nya penetang nabi….. ?

    Bukan kah crook ini sama seperti raja zamrud dan raja firaun dan banyak lagi dan penasihat raja iaitu wazir ini lah yang umpama ulamak mereka inilah kebanyakan yang kita lihat hari ni dipanggil mufti……?

    Tidakah terbaca oleh kita dalam Al quraan bahawa raja raja ni selalu nya penetang nabi melainkan mereka ini beriman seperti raja yang melantikan nabi yusuf menjadi penasihat negara bukan wazir dari golongan ulamak…….?

    Tidakah mereka semua mengatakan bahawa Nabi Muhhamad itu buta huruf……? Sekiranya demikian mungkin kah Alim ulamak ni lah yang mengarang hadith hadith lepas tu bertengkar sama sendiri mengatakan hadith ni benar yang tu tak benar dan mereka juga bertengkar sesama sendiri ada yang hingga menumpah kan darah dan meyebab kedudukan islam sama seperti zaman jahiliyah….? Bukah kah ini lah kerja dan perkerjaan ulamak……….?

    Tidakah Dengan hadis ini jugalah, Alim ulamak bermain dengan tafsiaran dan mengeliru kan maksud Al quran sebenar nya dengan mempolitik kan keaadaan dan makna sebenar firman Allah?

    Bukan kah politk wang telah menjadi asam garam di malasyia dan akhirnya melayu tetap akan merempat didalm negara sendiri………. ? Tidakha ini juga dosa alim ulamak yang telah mempolitik kan ugama untuk membodek Ahli politik atau dan raja raja dimana mereka berada dengan mengeluar kan hadis hadis palsu untuk menegak kan hujah hujah mereka dan dengan sendiri mereke telah menfitnah rasul Allah dengan ayat yang mereka sendiri tulis konon nya dari sipulan bin si polan dan akhir nya sampai kepada muhammad……….?

    Tidakah Selepas menang terpaksa ahli politik ini macam kena ikat dekat leher macam anjing sampai kan gaji seorang menteri berkerturunan india berpuluh ribu sebulan pun terpkasa mereka lulus kan ……………..? Tidakah sudah tentu banyak lagi janji janji manis diantara parti pemerintah dengan kaum cina dan india mesti ditunai termasuk lah perkataan satu malaysia terpaksa di zahir kan dan mejadi satu tema bagi kerjaan yang dipimpin oleh orang melayu ini seperti ini……?

    Mungkin kah ini lah bertapa lemah nya mereka kerana didikan ulamak masing masing dengan begitu cara dan meniggal kan warisan anbia yang sebenar nya…

    Tidakah terpaksa lah mereka berhutang budi dan menaburi janji akan itu ini sepriti apa yang sedang di buat oleh perdana menteri kepada majoti rakyat sarawak yang rata rata nya adalah kaum cinna bebadingkan dengan kaum lain……? Tidakah dengan melulus kan project itu ini serta janji dimasa akan datang….. kepada kaum cina sarawak dan akahir nya merugikan bangsa melayu sendiri……..? Tidakah ini lah betapa bodoh nya keaadaan orang yang menagku beragama islam hari ini…….terutama dari pihak Pas dan Umno……..mereka sanggup bersatu dengan parti yang bukan berugama islam daripada bergabung dan berstau sesama kerturunan melayu dan menafikan fiman Alllah dan amanah rasul iaitu umat islam hendak lah bersatu dan bersaudara…….?

    Tidakah Tugas dan kerja alim ulamak hari ini tak ubah menajdi penghasut ? Tidakah orang termakan hasutan dan kempen lah mereka konon nya dipihak lawan kafir dan fitnah dan menfitnah pun terjadi?…..Tidaka kah in haram dan dengan i sagala fitnah dusta benci dan kutuk menguntuk serta bergaduh sesama mereka terjadii tak ubah seperti hawian yang tak berakal dan akhir nya kaum melayu juga yang merempat dalam kemiskinan……………? Tidakah kelihatan bangsa melayu menjadi lemah dan kaum india dan cina mengambil kesempatan merpekudakan menteri menteri……………. adalah perlu keatas undian mereka jika mau menang?

    Tidakah islam hari ini kucar kacir macam anjijng dengan kucing bercakar cakar diantara sesama sendiri? Tidak kah mereka ni malu akan perbuatan serta pembohonga mereka terhadap malaikat yang mejaga mereka di kiri kanan bahu mereka?…. Tidakah kernan ulamak lah hari ini dunia islam balik semula kezaman zaman jahiliah berpuak puak dan mebunuh sesama senduiri seperti apa yang berlaku di asia dan timur tengah kini……………?

    Kenapa orang yang megaku islam ni tanak ikut cara nabi menimba ilmu? Kalau benar suruh anak mereka jadi pewaris nabi dengan menjadi ulamak suruh lah buat apa yang nabi buat…..bukan masuk univerist baca buku macam ahli kitab yahudi dan nasarani…..?

    Kenapa tidak suruh ikut pergi masuk gua ker atau bertapa ke seperti amalan atau perbuatan nabi dan kenapa tak kata sunnah yang nabi tak pernah keluar masuk university tapi boleh memipin umat islam dengan baik dan berstau padu…………? Kenapa yang keluar yang keluar universiti hari ini sepatut nya lebih baik kedaan umat islam hari ini tapi balik menjadi jahiliah?……..

    Bukan kah mereka tahu dan mendengar yang rasululah tak pernah masuk universiti mana mana pun mau pun keluar mana mana instituisi dan beliau cuma digerak oleh mlaikat ke gua hirah untuk menenang kan persolan yang timbul didalam rohani nyaaa…..ini sunah dan amalan serta perbuatan nabi untuk manabah kan ilmu ketuhanan nya…………….Kenapa Alim ulamak mengaku sebagai waris nabi tak buat apa yang nabi buat?

    Tidakah selapas 360 masihi betambah lah profeesison ulama ini maka mereka dalam golongan ini mula mendirikan institusi dan universiti maka berebut rebut lah orang yang megaku berugama islam…………. hantarlah anak mereka beramai ramai untuk jadi ulamak apa bila mengulung ijazah nanti……………?

    Tidakah mereka mula mengelurkan fatwa yang tak pernah di sebut oleh rasulullah dan warisan anbia lalu kafir mengkafir kan islam terjadi seolah oleh ugama islam ini mak bapak ulamak dari umno dan pas yang punya………….

    Tidak kah inilah kerja alim ulamak sehingglah bercerai berai umat rasulullah dan lasung tidak ada penyatuan dalam islam, contah seperit hari ini………… ulamak Pas dengan ulamak umno pasal politik …….pasal wang………pasal kedudkan………..dan lompat parti dari umno kepas aau dari pas ker umno kesitu pulak ulamak ini mebawa hala tuju Islam………..?..

    Tidakah pada zaman rasulullah tidak pernah diriwyat kan Yang ulamak ini wujud dizaman nya……. yang ada rasulullah…. bini bini dia…….. anak cucu dia dan shabat sahabat rasulullah serta orang yang beriman……?

    Tidak ada kesah ulama duduk seblah nabi selama sejarah hidup nabi tapi paderi sama rahib kristian ada jumpa dengan nabi tapi ulamak masa tu tak timbul lansung?…….

    Tidak ada lasung istilah ulamak pada masa nabi hidup,………… selpas empat kahlifah yang agung sesudah wafat nya rasululah ……….maka kerturunan yazid yang menetang nabi habis habisan dulu memerintah islam, kerana jahil nya yazid ,abu sufian dan muawiyaah maka Ulamak pun dizahir kan……………. untuk memutar belit kan Agama Allah?

    Tidakah pada zaman banni umayah inilah maka sunnnah muhammad dan hadith hasanah pun semakin hillang timbul lah sunnah ulama maka banyaklah hadith yang mencreritkan hal itu ini begitu dab begini hingakan raasulullah mandi pun jadi hadit…… ?

    Tidakah sebenar nya kaum yang mengaku alim ulamak inilah yang mejahanam solidariti dalam islam atau penyatuan dalam islam, mereka ini jugalah yang telah mencerai berai kan umat muhhammad yang seblum nya bersatu berpegang teguh dengan tali Allah iaitu warisan para nabi yang berkait rapat diri satu utusan kepada satu utusan Allah?

    Tidakah ulamak lah yang telah menghcurkan sistem islam itu sendiri bukan nya politik secular dari barat jadi jika orang islam sekarang memilih politik barat hari ini bukan salah mereka ulamak lah yang punya salah………………….?

    Tidakah sebenar nya ulamak pas mesti pun dari umno sebenar nya kedua dua golongan………………… ini pun takan diterima oleh Allah dan malaikat melainkan mereka ini datang dari pentujuk Allah sendiri bermula…………….contohny………… Dari Adam hingga ke ibrahim dan seterusnya ahli ibrahim ke muhammad dan setrus nya terpesong pergi kat ulamak………… macam mana boleh jadi macam niiiiiii………………………………….kemana perginya Ahli muhammad yang sebnar nya?
    Dan Ahkir sekali tidakah Salam sejahtera,Islam itu bermaksud sejahtera , dan orang islam itu adalah orang yang disejahterakan Allah dan malaikat dan yang lain lain tu bukan orang islam tapi orang menyelam dan mengaku berugama islam dan selagi mereka mengaku menjadi orang islam selagi itu lah mereka tak berugama dan islam jauh sekali……….?

    Like

    Comment by Syed Hasnan | 02/05/2011 | Reply

  4. Saya tidak mengatakan ulama’ dahulu mengeluarkan pendapat untuk suka2..(maaf salah perkataan) mereka adalah org yg sangat alim lagi soleh amalannya…mereka berhujjah dgn dalil dan nas al-quran seperti kata Ustaz Rosli. Apa yg saya nayatakan adalah wajar fatwa diselaraskan bagi menunjuk perpaduan dan kesatuan antara ulama di Malaysia.

    Like

    Comment by Abdul Kadir Abdul Latif | 28/04/2011 | Reply

  5. ulamak dlm mengeluarkan hukum bukan suka2….. mereka berdasarkan hujah dan dalil…adakah anda nk kata ulamak2 dulu berselisih pendpt hanya nk suka2…????

    Like

    Comment by Rosli Rani | 28/04/2011 | Reply

  6. Kalau ulama’ suka berselisih pendapat dan tidak bercadang pula untuk bersatu fikrah…,bagaimana pula orang awam yg jahil agama tapi berpelajaran tinggi boleh menghormati kedudukan para ulama…

    Like

    Comment by Abdul Kadir Abdul Latif | 28/04/2011 | Reply

  7. apabila sesuatu fatwa/hukum disepakati oleh semua ulamak, barulah berlaku ijmak ulamak

    Like

    Comment by Rosli Rani | 28/04/2011 | Reply

  8. sebarang fatwa xsemesti berlaku ijmak ulamak…

    Like

    Comment by Rosli Rani | 28/04/2011 | Reply

  9. fatwa mana boleh diselaraskan…. kalau dapat diselaraskan, sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid menggunakan kitab Muwattha Imam Malik sebagai perlembagaan Umayyah… dan mazhabnya sebagai mazhab kerajaan, tapi Imam Malik sendiri yang menolaknya…. penyelarasan fatwa adalah perkara baru yang diadakan (bidaah) dan ia memonopoli hak ulama lain untuk bersuara….

    Like

    Comment by Fikri Alamghiri | 28/04/2011 | Reply


Leave a comment