Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Syaitan dan syaitan manusia

SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan.Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir “original” sekalipun azan di kemundangkan.

Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dasyatnya oleh syaitan dan syaitan manusia.Serangan syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat.Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia dari setiap penjuru hidup, dari depan ,dari belakang,  dari kanan, dan dari kiri.Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A’raf Ayat 16-17 yang bermaksud, “Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada)  jalan Mu yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur”.

Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun.Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya.Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan.Dan pada akhir zaman serangan nya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya mansuia syaitan yang saya sebut tadi.

Bahaya syaitan tidak mudah di lihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.Iblis pernah bersumpah saperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud,” Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya).”

Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:

  1. Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
  2. Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
  3. Mengajak manusia kearah kehancuran,kebinasaan dan perpecahan.
  4. Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
  5. Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
  6. Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
  7. Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
  8. Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
  9. Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
  10. Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
  11. Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.

Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya.Di antaranya adalah saperti berikut:

  1. Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman.Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
  2. Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
  3. Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
  4. Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
  5. Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
  6. Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
  7. Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
  8. Menyemai sifat hasad dan dengki
  9. Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
  10. Rasa kagum dengan diri sendiri
  11. Sifat bakhil
  12. Sifat takabur

Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil.Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia,syaitan dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik.Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.

Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan dan syaitan manusia.

Wallahu’alam.

Rujukan: Ustaz Fauzi Deraman – Akademi Pengajian Islam UM
Ustaz Abdul Halim Imam Masjid Abu Bakar As-Siddiq KL
Majalah Al Islam

06/03/2011 - Posted by | Tazkirah

5 Comments »

  1. >Kepada Nor Azman:bukan syaitan diciptakan dari api ke? malaikat dari nur cahaya.jauh ke laut tu banyak beza.maaf nak betulkan sikit.syaitan ada jantina jantan ngan betina,beranak,berkaum,berpuak, ada kerajaan, ada raja, ada tentera.tapi malaikat takde semua tu. en amri ada jelaskan sifat-2 syaitan kalau ada sifat camtu pada diri kita so kita jadilah manusia bertopengkan syaitan(syaitan manusia).moyang kita nabi adam tahu nabi akhir zaman adalah nabi muhamad.mas kawin nabi adam pun selawat ke atas nabi muhamad. wat u wrote: " ramai dari kita sekarang terlalu mengikut hawa nafsu " itu contoh sifat syaitan…so elakan la ya.

    Like

    Comment by Zaed Muhammad | 14/03/2011 | Reply

  2. >bukankah syaitan itu nyata, ia bermula dari kejadian nabi adam, masa tu malaikat hazazil saja yang tak sujud pada nabi adam, dan dia dilaknat oleh ALLAH menjadi iblis, lalu dia menghasut sebahagian dari golongan jin supaya engkar atau kafir, lalu golongan jin ini dilaknat menjadi syaitan, syaitan2 tadi golonganya banyak dan makin bertambah bila manusia yang mengikut hawa nafsu menjadi hamba iblis dan inilah syaitan yang nyata, yang lebih bahaya sekarang ialah syaitan yang nyata, kerana ia boleh bertindak atau memerangi kita secara langsung, golongan yang beriman dari kalangan jin dan manusia makin sedikit kerana ramai dari kita sekarang terlalu mengikut hawa nafsu. wallahualam kalau salah tolong betulkan….

    Like

    Comment by Nor Azman | 14/03/2011 | Reply

  3. >Assalamualaikum. Seorang insan beriman, apabila dia bersendirian, dia akan berhadapan dengan syaitan asli – 1 lawan 1 – senang ditepis dan dilawan. Tetapi apabila dia berhadapatan dengan syaitan manusia, dia akan berhadapan dengan 3 lawan 1 – syaitan asli yang ada pada dirinya, syaitan manusia dan syaitan asli yang ada pada manusia itu. Kalau iman dan taqwanya tidak mantap, dia boleh jadi akan terpengaruh. Oleh yang demikian, teguhkanlah iman dan taqwa mu wahai saudara-saudara ku sekelian.

    Like

    Comment by Zainah Hashim | 09/03/2011 | Reply

  4. >bukankah syaitan itu nyata, ia bermula dari kejadian nabi adam, masa tu malaikat hazazil saja yang tak sujud pada nabi adam, dan dia dilaknat oleh ALLAH menjadi iblis, lalu dia menghasut sebahagian dari golongan jin supaya engkar atau kafir, lalu golongan jin ini dilaknat menjadi syaitan, syaitan2 tadi golonganya banyak dan makin bertambah bila manusia yang mengikut hawa nafsu menjadi hamba iblis dan inilah syaitan yang nyata, yang lebih bahaya sekarang ialah syaitan yang nyata, kerana ia boleh bertindak atau memerangi kita secara langsung, golongan yang beriman dari kalangan jin dan manusia makin sedikit kerana ramai dari kita sekarang terlalu mengikut hawa nafsu. wallahualam kalau salah tolong betulkan….

    Like

    Comment by Nor Azman | 07/03/2011 | Reply

  5. >AssalamualaikumMaka dengan itu jangan berkawan dengan syaitan manusia. Setelah dikenalpasti tinggalkan saja. Taati Allah dan Rasulullah ..Apabila berbuat dosa kepada Allah, cepat2 bertaubat nasuha..manusia tidak sunyi dari berbuat dosa.. Berdoa kepada Allah minta tetapkan hati dalam iman dan berzikir banyak2 ..insyaAllah orang2 yang beriman dan bertakwa tidak akan mudah disesatkan oleh syaitan2 laknatullah tersebut. Allahu Wa'lam

    Like

    Comment by Rohani seabit seabit | 06/03/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: