Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Apa lah istimewanya manusia jika tak memberi manfaat

Manusia dari segi fisikal nya tidak ada apa yang istimewa yang boleh di banggakan sangat.Manusia, walau secantik mana sekali pun terkandung dalam tubuhnya  najis dan kekotoran yang menjijikkan.Lebih lebih lagi apabila najis dan kekotoran ini keluar dari tubuh nya.Tiada siapa yang sukakan nya sekalipun yang empunya diri.

Mari kita lihat kebenaran itu:

I. Air yang keluar dari badan, ia itu peluh, bau nya masam dan menjijikkan orang.

II. Yang keluar dari telinga, adalah tahi telinga atau nanah yang meloyakan.

III. Yang keluar dari hidung, tahi hidung atau hingus, menjijikkan.

IV. Yang keluar dari mulut iaitu air liur, berbau busuk terutama air liur basi.

V. Air mata walaupun tidak busuk tetapi tetap di pandang jijik dan tidak di sukai.Apatah lagi yang keluar itu tahi mata.

VI. Yang keluar dari dua jalan, pintu depan dan pintu belakang, qubul dan dubur..Yang keluar dari nya kentut,tahi dan air kencing, tersangat busuk, jijik lagi kotor dan yang paling di benci dan me loyakan kalau di sebut sebut, wajib di basuh , kalau tidak rosak ibadah kita.Ia mengotorkan dan mencemarkan udara, mengganggu ketenteraman dan menjejaskan kesihatan manusia.

VII. Kalau dah mati bau badannya lebih busuk dari bau bangkai anjing.

Apa yang saya sebut di atas adalah perkara yang semula jadi tetapi  menjijikkan, yang semua manusia tidak berupaya menghindarkan nya.

Jika manusia tidak ada kebaikkan dalam hidupnya kecuali ada najis saperti apa yang saya sebutkan di atas, di mana kah istimewanya manusia itu? Tidak ada nilai diri.Tidak ada erti apa apa hidup mereka di dunia.Hanya akan menyusahkan orang lain.Mereka laksana sampah masyarakat .Manusia yang tidak ada kebaikkan ibarat bangkai bernyawa yang menyusahkan dan mengganggu kehidupan manusia lain.

Namun walau keadaan manusia adalah demikian dengan Rahmat dan Kasih Sayang Nya, Allah tetap mahu memuliakan manusia dan meninggikan darjatnya berbanding mahkluk makhluk nya yang lain. Allah telah mengutuskan Nabi dan Rasul S.A.W untuk memberi petunjuk kepada sekalian manusia supaya menjadi manusia yang berguna.Kita, melalui Rasul akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. diberi Al Quran sebagai panduan dan petunjuk.Oleh itu kita sebagai manusia, lebih lebih lagi yang sememangnya Muslim ambillah peluang berpandukan petunjuk Al Quran dan Rasul S.A.W untuk membangunkan dunia ini.Majukan dan takbir mengikut sistem dan peraturan dari Allah kerana dunia ini Allah yang punya.Kita jangan memandai mandai dan melakukan sewenang wenangnya supaya dunia tidak jadi rosak.Berbuat dan bertindaklah sesuai dengan panduan daripada Allah agar Allah redha dan Allah Rahmati serta berkati.Moga dengan itu apa yang dibuat oleh manusia tidak ada berlaku perkara negatif yang boleh merosakkan manusia itu sendiri.

Manusia harus sedar, insaf dan malu kerana hakikat diri masing masing yang tidak dapat mengelak dari kelemahan kelemahan yang saya sebut tadi.Jika manusia sedar mereka akan sentiasa tawadhuk dan merendah diri, tidak sombong,bongkak, dan pendendam, sekalipun dia raja, presiden,menteri,ulama yang berkuasa dan memerintah.

Wallahu’alam.

02/03/2011 - Posted by | Renungan & Teladan

7 Comments »

  1. >As salam tuan Amri,telah acapkali sy mengikuti penulisan tuan, apa yang dapat sy katakan teruskan penulisan dan juga pendapat tuan..byk kali sy berfikir, berbincang apa yang tuan cuba sampaikan dan akhirnya sy temui jawapan nya..letakkan ditepi segala kecaman yang dilemparkan kerana sy percaya mereka menulis hanya berdasarkan emosi serta minda yang masih terkepung bukan dengan ilmu dan tidak memahami apa maksud tersirat disebaliknya..maka sebab itu segala caci maki dilemparkan kepada tuan..islam hanya pd nama tetapi perilaku sebaliknya..itu sudah menunjukkan tingkah laku atau peribadi seseorang..berbalik pada pandangan tuan, benar kita manusia begitu kotor dan apa yang ditakutkan oleh sy sendiri..disana nanti setelah ditimbang, ditolak kejahatan dan kebaikan kita..1 pahala pn tidak dapat..naauzubillah hi minzaalik..

    Like

    Comment by Izhar | 06/03/2011 | Reply

  2. >Manusia ni, pada zahirnya dilahirkan bersih. Kalau ada kekotoran pun semasa dilahirkan dengan darah dan sebagainya apabila sudah dibersihkan maka sucilah dia. Kata orang, mereka yang baru lahir umpama selembar kain putih, yang kemudian akan tercorak mengikut perkembangan dan pengaruh hidupnya. Apa yang menyebabkan seseorang itu dianggap kotor, biasanya pada apa yang ada didalam hati mereka. Yang punya macam macam tabiat negatif, maka tergolonglah dia dikatakan manusia kotor. Begitu pun ada pelbagai bentuk. Yang kerjanya menjual maruah, mungkin jelas kekotorannya, tapi yang makan rasuah dan sentiasa ingat riba, susahlah sikit hendak ditelah. Begitu juga mereka yang senantiasa terhambur kata kata nista dan laknat dari mulutnya juga boleh dikategorikan sebagai manusia kotor. Mereka yang punya niat buruk dikalangan yang ada, dan tidak suka menolong sesama insan juga boleh dimasukkan kedalam kategori ini.Kesimpulannya, masyarakat telah menerima bahawa manusia kotor itu adalah mereka yang punya hati yang busuk dan jauh dari ingat kepada Allah swt.Sekian.Leon

    Like

    Comment by Leon Adrianto | 06/03/2011 | Reply

  3. >Terima kasih mudah2an ada yg tersentuh dan sedar kita tidak bolih menungkat langit

    Like

    Comment by Halim Mat | 05/03/2011 | Reply

  4. >Saya secara jujurnya tak setuju dengan penulisan saudara kali ni.bila kita bekerja, maka akan keluarlah peluh dari badan. rasanya untuk mengelakkan peluh, maka kita boleh tido sepanjang hari kat umahpengeluaran tahi hidung adalah perkara biasa sebab itu adalah cara untuk mengeluarkan habuk-habuk yang dah diperangkap oleh bulu hidung. saya pasti semua manusia mengalami proses ini.air liur pula berguna sebagai enzim untuk menguraikan zat makanan. juga perkara biasa.saya tidak pernah memandang jijik pada air mata. lagi-lagi kalau ia keluar dari mata yang menyesali perbuatan yang silap.najis dan air kencing, itu pun memang proses biasa bagi manusia yang hidup.bau mayat, itu pun perkara biasa.saya lebih suka kalau saudara menyebutkan tentang kejijikan sifat manusia dari "kejijikan" perkara-perkara yang menjadi fitrah manusia ini sekiranya mahu berdakwah.

    Like

    Comment by Junhairi Jalil | 04/03/2011 | Reply

  5. >manusia itu tak ada yang najis dan yang tak boleh disembahyangkan sebelum dibawakekubur.. antaranya kalu terjumpa hanya sekedar sepotong daging atau urat sekalipunwajib hukumnya dimandi dan dikafankan contoh… kalu ada umat Islam yang kena baham harimau dan yang dapat diselamatkan hanyalahsekadar cebisan2 daging peha dan tulang maka wajib dimandi kafan dan disembahyangkan

    Like

    Comment by Anuar Yunos | 04/03/2011 | Reply

  6. >dan jangan lupa manusia dijadikandari air yang hina… itu lah yang Allah nyatakan dalm alquran jugahe he

    Like

    Comment by Nor Azmi | 03/03/2011 | Reply

  7. >Salam; Bersyukurlah dilahirkan sebagai manusia dan sebagai khalifah Allah di muka bumi yang luas ini.

    Like

    Comment by Rohizad | 02/03/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: