Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Renungan: Mengapa umat Islam terheret kedalam kancah politik Barat?

>Salam sahabat sahabat pembaca sekalian,

Jauh dalam hati saya dan mungkin di hati hati tuan tuan yang cintakan Islam, sentiasa tertanya tanya tentang persoalan mengapa hari ini umat Islam terheret ke dalam kancah politk kotor barat.Dan sangat sangat inginkan jawapan munasabah dan ikhlas dari yang bijak pandai dan pejuang Islam.

Hari ini apabila di sebut “politik” semua orang menganggap dan menfokas maksud politik itu kepada politik barat.Ia itu politik sekular.Apabila di sebut “politik” aje mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam tetapi mengarahkan pemikiran kepada sistem politik pilihanraya.Maka muncul lah istilah istilah saperti “mainan politik”, “rasuah politik”, “wang politk”,”sentimen politik”, ” sumbangan politik”, “kenyataan politik”, “senyum politik” dan sebagainya.

Bila di tanya mengapa dah ramai pejuang pejuang Islam dan umat Islam terlibat dan terheret dalam politik sekular barat yang kotor itu? Biasanya mereka menjawab “tiada pilihan”.

Jawapan ini seolah olah mengambarkan bahawa Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik.Seolah olah Islam ini tidak sempurna dan tidak ada cara untuk berpolitik di tengah tengah politik barat. Walaupun semua mengaku Islam itu lengkap atau syumul.

Mengapa politik sekular yang kotor dan haram ini digunakan untuk menegakkan Islam? Mengapa jika ada mana mana individu,jemaah atau badan badan Islam yang tidak terlibat dengan politik pilihanraya di cop tidak berpolitik dan di tuduh tidak berjuang? Adakah untuk berjuang hanya di pentas politik sekular sahaja?

Bukan kah cara berpolitik cara Barat yang kita amalkan banyak yang bertentangan dengan Islam? Berpolitik dengan mengaibkan lawan, mengumpat, memfitnah,menuduh,berbohong, buat janji yang mereka tahu mereka tidak akan dapat tunaikan,mengugut pengundi yang dijangka tidak mengundi mereka dengan ugutan jahiliah,dan munafiq.Bersekongkol dengan jemaah orang kafir demi untuk menang pilihanraya walau mereka yakin mereka tidak akan dapat kuasa, kerana yang akan berkuasa apabila menang bukan mereka tetapi kaum kafir sekutu mereka itu.Ada yang rasuah, beli undi, pengundi hantu dan larikan peti undi.Mereka menghalalkan cara atas alasan tiada cara lain.Nampak sangat sistem politik ini memecah belahkan ukhwah Islamiah dan menghuru harakan umat.Tidak hairan lah krisis demi krisis terutama krisis perpaduan ummah melanda umat Islam hari ini.

Orang orang Islam yang berpolitik cara sekular barat melalui jalan jalan yang jijik dan kotor kononnya untuk mendapat hasil yang baik.Politik kotor digunakan untuk mendapat negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.Boleh tercapaikah? Sedang kita tahu bahawa kebaikan itu hanya akan di capai dengan cara baik dan melalui jalan jalan yang baik.Mereka mengandaikan sekiranya tidak menempuh jalan kotor ini (berpolitik barat) bagaimana boleh dapat negara Islam?

Saya tak tahu dan inign tahu dan ingin bertanya.Pejuang pejuang Islam tolong jelaskan..Pertanyaan saya ialah, Islam yang syumul atau lengkap ini tidak ada jalan sendiri kah untuk mendaulatkan Islam itu sendiri? Atau pejuang pejuang Islam kini sengaja tidak mahu mempelajari cara bagaimana Rasulullah dan Khulafa Rasyidin menegakkan Islam? Setahu saya Rasulullah lahir di zaman politik jahiliah menguasai dunia.Namun baginda tidak pun menyertai dan terheret kedalam nya.Baginda tidak pun membuat alasan konon tiada pilihan untuk tidak menyertai politik jahiliah itu.Sebaliknya baginda berjuang menampilkan politik baginda (politik Islam) lalu membunuh politik jahiliah yang karut marut itu.

Wallahu’alam

30/01/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 6 Comments

   

%d bloggers like this: