Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Muhasabah – Pejuang Islam yang gagal

Saya minta maaf sekiranya ada nya pembaca pembaca yang akan tersinggung,berkecil hati dan marah pada saya terhadap apa yang saya tulis di sini.Sesungguhnya Apa yang akan saya paparkan di sini adalah ilmu dan kebenaran.Ilmu mesti dihadapi dengan ilmu dan bukan sentimen.Pemburu kebenaran tidak sepatutnya takut atau tersinggung pada kebenaran.Walaupun dia terpukul dengan kebenaran itu.Sebab kebenaran tidak memecahkan akal dan hati insan.Kecuali yang tidak mahu menerima kebenaran.

Pada setengah abad yang lalu, ketika di peringkat awal era kebangkitan Islam di Malaysia ramai pihak menyatakan keinginan kepada ,masyarakat Islam,sistem hidup Islam, dan dunia Islam.Semua melaung laung supaya sistem hidup Islam di jadikan alternatif kepada sistem sekular yang di katakan sistem jahiliah yang karut dan di benci.

Maka tumbuhlah macam cendawan jemaah jemaah perjuangan, yang saya masih ingat, nama nama besar saperti PAS, Al Arqam, Tabligh,Darul Atiq, Abim, Jim, dan banyak lagi.Maka masing masing pun berjuang.Ketika itu kita lihat semua pihak bersemangat sibuk bersyarah, berslogan, berseminar,bermotivasi berkempen,bertindak dan bermacam macam lagi usaha ke arah untuk menegakkan cita cita mendaulatkan Islam.Hari ini ada jemaah atau parti yang sudah berjuang menjangkau lebih 50 tahun dan ada yang lebih lama lagi.

Tetapi hari ini saya lihat apa yang mereka usahakan tidak memperlihatkan hasil saperti yang di jangkakan.Islam yang mereka laung laungkan dulu dan selama ini tidak tertegak walaupun dalam jemaah atau parti masing masing.Ada jemaah atau parti sudah pun dapat memerintah negeri.Tetapi usah kata di dalam pemerintahan negeri yang mereka perintah tidak wujud sistem Islam, di dalam jemaah atau parti mereka yang kecil pun tidak wujud sistem Islam.Walaupun sudah dapat kuasa namun hendak menarik umat untuk sembahyang dan menutup aurat pun masih gagal.Rupa rupanya sistem politik pilihanraya yang mereka ceburi hanya mampu melobi orang tetapi tidak mampu menarik orang kepada penghayatan Islam.

Walaupun demikian, hari ini, kesedaran umat Islam kepada Islam di seluruh dunia kian meningkat.Kita sendiri pun mahu cara hidup Islam di dalam semua aspek kehidupan kita.Kini kita sudah sedar tentang makanan halal,takut nak melibatkan diri dengan riba, mahu menjauhi sistem pendidikkan sekular,  maksiat dan kemungkaran.Kita mahu Islam jadi cara hidup yang syumul.

Nampaknya pada hari ini pejuang pejuang Islam seakan akan masih belum bersedia walaupun sudah lama berjuang!. Tidak ada apa perubahan pun yang kita nampak yang ada pada mereka, contohnya saperti yang saya sebut tadi di perenggan 4.Kalau ada pun sedikit aje, itu pun di lakukan oleh badan badan NGO Islam (yang kurang ahli dan tenaganya), bukan parti politik yang mempunyai ahli dan penyokong (tenaga) lebih setengah juta orang!

Mengapa jadi begini? Pejuang yang berpentaskan parti politik mempunyai matlamat untuk menang pilihanraya agar dapat memerintah negara.Maka tumpuan untuk mendidik ahli dan penyokong kepada ilmu dan iman, dan perlaksanaan Islam dalam parti kurang di ambil berat.Bukan tidak ada tetapi kurang di beri tumpuan dan keutamaan.Dalam kuliah ilmu yang mereka anjurkan pun berlandaskan untuk kempen mengundi dan menyerang lawan.Apalagi kalau ianya kuliah politik.

Mendengar kuliah sabegini kurang membangkitkan kesedaran ahli dan penyokong untuk rasa takut kepada Allah.Tetapi hanya membangkitkan semangat untuk menghentam lawan dan menang dalam pilihanraya.Buktinya kita boleh melihat perangai perangai ahli ahli dan penyokong parti politik ini yang sangat keji di sepanjang kempen kempen pilihanraya, melaung, memekik,merosakkan harta awam orang, memaki hamun macam orang kena syaitan.

Siapa yang boleh kita harapkan, pejuang dari NGO atau parti politik?

Wallahu’alam.

28/01/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

21 Comments »

  1. hadith mengatakan umat islam ini akan terpecah kepada 73 golongan , namun hanya satu yang akan mencapai jalan ke syurga….terpulang kpd saudara penulis untuk mencari jemaah yang benar2 mengikut jalan yg satu, buatlah pilihan besandarkan kebenaran, iaitu ilmu yg di cari gali dari Al-Quran dan Sunnah…insya’allah akan jumpa jalan yg lurus….

    Like

    Comment by Dzikri Asmawi | 24/08/2011 | Reply

  2. salam. Setahu saya, Sistem Syura tu adalah politik. Apakah kita lupa institusi baitul mal (seperti kementerian kewangan) juga politik? Para ulama fiqh dulu juga banyak menyentuh perihal politik ketika membicarakan hukum takzir ( hukuman yang tidak ditentukan oleh nas ):

    http://nikabduh.wordpress.com/2007/07/09/agama-dan-politik-3-inti-daripada-buku-ad-din-wa-as-siasah-oleh-al-qardhawi/

    Conclusion: Kita percaya Islam is the way of life. Politik dan Islam adalah satu benda yg tidak boleh diasingkan. Jika diasingkan maka terjadilah sistem2 sekular seperti yg kita dapat lihat pada hari ini. Buatlah sesuatu berlandaskan Islam (Al-Quran & Hadis).

    P/S: Aku rasa diorang ni x pergi kelantan lagi kot. Tgk Nik Aziz punya rumah, sederhana saja. Tengok papan2 iklan yg guna wajah perempuan di kelantan, wajib bertudung perempuan2 yg buat iklan tu. Iklan2 tu plak berserta tulisan jawi, rumi & inggeris. Pada tahun 1992, kerajaan Kelantan pernah merangka Undang-undang Islam (Sekarang perangkaan ini diguna pakai di Acheh) & membuat permohonan daripada kerajaan pusat utk melaksanakan hudud di negeri itu, tapi ini feedback dari pemerintah2 tertinggi Malaysia: :

    (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

    (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

    (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

    (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

    (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

    (Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

    (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

    (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum.
    ———————————————-

    Dapat memerintah sesetengah negeri bukan bermaksud terus laksanakan hudud & qisas & amalkan sistem Islam dalam seluruh negeri tersebut dalam masa yang singkat. Kita berdakwah secara slow2 & bertaktik. Nabi pon berdakwah secara bersembunyi pada mula2 kerana taktik ni lebih selamat & kemudian barulah secara terang-terangan. Ini disebabkan bagi mengelakkan berlaku kejutan kepada kaum Quraisy. Maka oleh itu pendapat saya, usaha yg dilakukan (PAS) tidak perlu dipandang lekeh & bermotifkan politik sahaja. Tetapi politik itu juga sebahagian daripada Islam. Jadi tidak salah mereka berpolitik. Parti seperti ini berusaha sekurang-kurangnya menyebarkan syiar Islam secara perlahan supaya rakyat beragama lain tidak terkejut dengan dakwah mereka. Memanglah terdapat juga golongan yang pentingkan diri sendiri tetapi lupakah kita kita semua bukanlah maksum. Seperti yang sedara kita di sini menyebut: bukan hati yang dinilai tetapi usaha. Kita tidak mengetahui isi hati orang. Maka jika diseru membuat kebaikan, kita ikut. Negara Amerika yang terkenal dengan kezaliman sekalipun tetapi jika negara tersebut menyokong kempen pencegahan rasuah misalnya dll. kearah kebaikan, kita diharuskan menyokongnya. Bukanlah niat yang kita nilai. Niatnya biarlah hanya Allah yang menilai. Namun saya kesal dengan pemimpin2 sekarang yg cuba menjatuhkan dakwah islam yg dilakukan.

    Like

    Comment by Abdullah | 16/07/2011 | Reply

  3. >Jawapan kepada Sufi MasterSalam Sufi Master,Tulisan saya bukan masaalah ini tak betul dan itu tak betul.Cuba tanya hati kecil anda bahawa apa yang saya tulis itu ada kebenaran nya.Di situ saya ingin mengajak diri saya dan semua pejuang bangkit sekiranya terleka atau tersilap langkah dalam perjuangan supaya meneropong dan melihat kalau kalau ada kelemahan kelemahan, lantas muhasabah diri dan membetulkan kelemahan dan kesilapan yang ada.Para pejuang jangan menganggap mentang mentang dia amal Islam dan memperjuangkan Islam maka dia sudah hebat.Sekali sekali dia kena lihat ditahap mana nilai dan pencapaian perjuangan dia di sisi Allah.Kadang kadang dia mungkin terlepas pandang dan tidak nampak kelemahan diri sendiri.Orang luar melihat dan menilai.Jadi apa salahnya kalau dia terima teguran, kritik,nilaian dan komen orang luar. Kalau semua yang saya tuliskan sudah ada di dalam kepala pemimpin pemimpin pejuang Islam,saperti yang anda sebut, Alhamdulillah! [Saya yakin bukan sahaja ada di kepala bahkan di dalam jiwa dan hati sanubari mereka untuk di jihadkan]. Sifat pejuang sepatutnya tidak lemah jiwa.Jangan baru kena tegur, fikir negatif, lantas melenting.Apa jua teguran atau kritikan kalau di proses baik baik akan jadi positif dan dapat membantu perjuangan.Sepatutnya dia kena serap segala teguran demi untuk memperteguhkan lagi perjuangan nya. Nasihat saya kepada anda,jangan letih menerima teguran walaupun ianya perkara lapuk, kerana isu lapuk itu tidak lapuk selagi ianya belum di selesaikan. Maaf zahir batin. Wallahu'alam.

    Like

    Comment by amri el wahab | 08/02/2011 | Reply

  4. >salam bro amri ,Org dah naik ke bulan anda masih lagi nak mengomen-ngomen benda yang dah lama berlangsung. Itu tak betul…ini tak betul…sana tak betul…sini tak betul….Ini lah masalahnya bila kita syok sendiri dan ingat kita saja yang betul.Dalam tulisan anda ni takda pun bagi satu idea yang bernas bagaimana nak memperbaiki apa-apa keadaan yang anda kata tak betul tu., apa alternatifnya….asyik bangkitkan isu-isu lapuk yang semua orang dah maklum.Sekoman-koman Pas pun dapat gak tawan beberapa negeri dan cuba sedaya upaya menerapkan atau melaksanakan syariat Islam tu..cuba la pi ke Kelantan tengok la suasananya berbeza dengan negeri-negeri lain. Itu belum lagi dilaksanakan sepenuhnya syariat tuhan.Kamu buat apa….Sekoman-koman Al Arqam dapat gak kita merasa mee , mee hoon , tauhu , cili boh , taucu , kicap buatan orang Islam. Dapat gak depa wujudkan perkampungan Islam , mengamalkan sedikit sebanyak cara hidup sunnah. Dengan usaha dakwah mereka lah sejak awal tahun 70an pakaian menutup aurat dikalangan muslimat mula bersemarak. Kamu yang berdegar-degar ni buat apa……Sekoman-koman Tabligh sampai la ni usaha dakwah mereka wujud serata dunia. setiap istimak mereka 2-3 juta ahli tabligh yang hadir. Ramai dari kalangan bukan Islam yang memelok islam dengan usaha dakwah ni..Kamu buat apa…Apapun namanya Darul Atiq , Abim , Jim dan yang sewaktu dengannya mereka semua menyumbang ke arah sistem dan cara hidup Islam.Kamu buat apa……Jamiat Islami , Ikhwan al Muslimin , Parti Refah Turkey , An Nadhah Tunisia , Hizbuz Tahrir dan semua yang sewaktu dengan nya menyumbang dalam dakwah dan tarbiyyah kepada kebangkitan Islam.Tiada yang sempurna dikalangan jemaah-jemaah tersebut. Setiap mereka ada kelemahan mahupun kelebihan masing-masing. Mereka berperanan bantu-membantu di atas kelemahan-kelemahan yang ada antara jemaah tersebut dengan kelebihan yang ada pada setiap mereka. Ini lah yang disebut " Toifah-Toifah di akhir zaman " dan " Islam itu asing dan akan kembali asing dan berbahgialah orang-orang yang asing tersebut sedangkan orang yang asing ini jumlahnya sedikit." yang disebut dalam hadith nabi saw. ( Muttaqun alaih ).Kamu ingat nak bangunkan jemaah ni kerja budak-budak ke bro amri. Tuan Guru Nik Aziz , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , Prof Dr Harun Din dll dalam PAS , Abul Ala Maududi , Hassan Al Banna dan tokok2 ikhwan lainnya , Maulana Ilyas , Rashid Ganoshi , Badiuzzaman Said an Nursi , Prof Netmatin Erbakan , Hassan Turabi dan yang sewaktu dengannya , kamu ingat tak terpikir ke dengan apa yang kamu fikirkan.yang kamu tuliskan ni. Persoalannya mereka ini disamping memimpian jemaah mereka juga meletakkan seluruh kehidupan mereka dalam jemaah . Mereka buat kerja jemaah. Kamu buat apa bro……Kita ni jangan banyak mengomen…..bagi cadangan dan alternatif..turun bersama-sama jemaah yang ada….banyakkan kerja..perbaiki mana yang kurang…ada faham ka bro…..Semua yang kamu sebut tu , semuanya dah ada dalam kepala pemimpin-pemimpin Jemaah Islam yang kamu sebut tu……letih la nak melayan isu-isu lapuk ni….ilal liqa fi amnillah.

    Like

    Comment by Sufi Master | 08/02/2011 | Reply

  5. >PEJUANG2 ISLAM SELALU GAGAL SEBAB SENTIASA DICANTAS OLEH ORANG ISLAM SENDIRI YANG MEMEGANG TAMPOK PEMERINTAHAN……………..Salam takzim,Redzuan

    Like

    Comment by Redzuan | 01/02/2011 | Reply

  6. >assalamualaikum warahmatullah.Menjawab komen Khairul Anuar 29 Jan 2011bila kita menilai, janganlah gunakan contoh yang terburuk. kita pun tak nak orang menilai diri kita dengan bersandarkan pada sikap kita yang paling buruk.tuduhan ahli politik parti islam mementingkan diri sendiri memang tak masuk akal, sebab memang tak de buktie. malah tak de pun diantara ahli politik yang saya kenal dan memegang prinsip islam dalam hidupnya menjadi kaya raya kerana politik.kalau pun ada NGO atau pehak persendirian yang mengexploitasi ISLAM untuk kepentingan diri sendiri, saya yakin jumlahnya amat kecil sekali, hatta kalau kita bandingkan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ahli ahli SIM sendiri.lagi satu.. sila beri bukti "yang dulu haram kini halal?" jangan lah biasa dengan menyatakan sesuatu tanpa memahami dan tanpa ada bukti yang sah..bagi saya, walaupun belum nampak kejayaan pejuang islam dalam menegakkan islam sepenuhnya di malaysiam, mereka telah berjaya membawa/menggalakan kita semua beramal dengan amalan islam, mereka juga banyak memimpin kita kearah memahami islam. cumanya kat mana kita? adakah kita mahu kepda islam ini, atau kita enggan.kalau diantara mereka telah bejaya berpaut pada islam, mendidik anak anak mereka melalui sistem pendidikan islam hingga anak anak mereka menjadi ahli professional yang bersama memperjuangkan islam sejak awal 90 han lagi,, dimana pula kita?kalau kita tak contohi mereka, kenapa? adakah mereka tak pernah mengajak, atau kita tak pernah baca risalah mereka, atau kita sendiri yang enggan.satu ujian yang amat mudah.. berapa banyakkan yang kita faham dan dah membuat sumbangan kepada palestine melalui Aqsa sharif, islamic relief, dan lain lain NGO yang membantu palestine? kalau tak de siasat lah diri sendiri.I don’t know what the key to success is, but the key to failure is trying to please everyone.I'm not perfect, i make mistakes, hurt people, but when i say sorry.I mean it.

    Like

    Comment by Joko Lungo | 31/01/2011 | Reply

  7. >Kalu saya ahli politik , contoh Anwar Ibrahim la katakan…masa dia cuba nak jatuhkan Mahathir dulu ada ke dia beritau sesiapadia nak jatuhkan mahathir, tak ada…cam tu jugakla bila najib nak jatuhkan Paklah..tak ada sesiapa yang tahu kecuali yang empunya diri yang nak menjatuhkan orang lain … sehinggakan orang2 politik yang pernah dijatuhkan itu sendiri punkekadang tak tahu dirinya akan dimasukkan kedalam tong sampah… itu lah kerja politik sekarang ni, berebut rebut untuk jadi lebih berkuasa…orang2 munafik aje yang akan berebut2 terhadap perkara dunia ni. wassalam

    Like

    Comment by Mohamad Anuar Mohamad Yunos | 30/01/2011 | Reply

  8. >dalam politik islam tak kira paratai islam ke bukan jika amalkan mal makruf nahi mungkar akan berjaya yapi kenyataannya jauh walapun itu partai islam..atas nama..dalam kempen dan dalam politik tidak guna ahlak sehingga lupa untukpolitik dakwah..dengan memeberika suri tauladan bil hal bukan sekedar janji dan slogan juga dengan pemikiran dan wawasan yang bernas dengan hikmah kebijaksanaan dalam praktikal juga dalam wawasan yang jauh

    Like

    Comment by Selamat Rofae | 30/01/2011 | Reply

  9. >orang yang tak merujuk al-quran dan sunnah sampai bila taknampak jalan keluar , hari ini berapa banyak sunnah nabi yg tuandah amalkan dalam diri tuan , kuman seberang laut nampakgajah depan mata tak nampak , satu kan islam bukan dengan politikatau perkara lain , satukan islam bagaimana allah hantar nabi di mekahtuan tengok sirah, sahabat ketika berpecah belah ,gaduh sampai 7 keturunanhari ini , insyallah kalau sahabat tak terima nabi mungkin tuan pun lahirbukan dlm islam .maaf klau kata-kata sy menyingung hati awk.

    Like

    Comment by Khairilcorp | 30/01/2011 | Reply

  10. >Ramai antara kita berjuang atas nama Islam dgn mengunakan berbagai platfom. ada NGO ada parti politk. tetapi berapa ramaikah yg ikhlas berjuang demi Islam. mengaku berjuang demi agama dlm platfom politik tetapi lebih pentingkan kedudukan dan menghalalkan, berjuang atas nama NGo lebih banyak yg mengambil kesempatan. Ada menggunakan sekolah tahfiz utk poket sendiri dgn menggunakan anak2 kecil mengutip derma atas nama kononya latihan keusahawanan ,pada hakikatnya anak2 kecil itu dibiarkan membesar tanpa amanah yg diberikan. ceteknya berpandangan begitu membiarkan mereka membesar tanpa arah tujuan yg sebenarnyacara demi merebut kuasa. yg dulunya haram kini di halalkan.ayat Quran ditafsirkan berbeza beza mengikut keperluan semasa. dulu berjuang menentang isu arak dan judi tetapi bila berkuasa mereka pula yg mengeluarkan lesen judi dan arak kononya sekarang dibolehkan utk mereka yg beragama lain. Apakah hukumnya mereka yg meluluskan lesen tersebut.? dan mereka yg menyokong kelulusan arak dan judi tersebut? apa bezanya dgn mereka yg juga melaungkan slogan negara Islam tetapi dlm masa yg sama mengeluarkan juga lesen tempat maksiat, judi dan arak.Ikhlaskan kita berjuang demi Islam atau hanya sekadar retorik utk menarik perhatian masyarakat menyokong kita. Sebenarnya segalanya bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negeri dan negara..jika diri sendiri hanya pandai mengata itu betul ini tak betul ..tp hakikatnya kita di persimpangan mana ?..sudah berkuasa tegakkan.. jgn kita berikan 1001 alasan lain bg mengelakkan kita dipersalahkan..pada hakikatnya kita hanya pandai berkata-kata tetapi perlaksanaannya jauh sekali..biar apa pendapat kita ,biar apa pandangan kita..hakikatnya kita sendiri adalah cermin pada setiap perbuatan kita utk generasi akan datang..marilah kita sesama kita membetulkan kekurangan yg ada sebelum kita membetulkan kekurangan orang lain..- mungkin ada yg setuju dan tidak dgn pandangan ini..tetapi hakikatnya kita semuanya ada pandangan masing2. penilaian kita membuat pandangan adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman masng2. hanya Allah jua yg Maha mengetahui niat seseorang. Allah Huakbar!__._,_.___

    Like

    Comment by Khairul Anuar | 29/01/2011 | Reply

  11. >Salam, apa yg anda nyatakan adalah benar. Terima kasih mudah-mudahan Allah melimpahkan Rahmat Nikmat dan KurniaNya DisisiNya.Kepada anda dan kita semua.insyAllah.

    Like

    Comment by Mohd Pauzi | 29/01/2011 | Reply

  12. >Salam,Ramai juga rakyat Malaysia ni ingin melihat perundangaan dan lebih tepat lagi adalah sistem pemerintahan Islam tertegak di Malaysia. Soalnya mampukah kita menukar perlembagaan LORD RED pada tahun 1956 yang diguna pakai sejak kita merdeka? Mengikut sistem perlembagaan berperlimen hanya boleh digubal dengan senang jika mendapat sokongan 2/3 dari keseluruhan dewan. Contoh di Selangor yang nak gubal undang tubuh kerajaan negeri tempoh hari yang gagal.Pengubalan perlembagan manusia kepada Islam yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad di Madinah. Apabila perlembagaan islam tertegak baru boleh menjalankan dasar islam dilakukan. Kenapa Nabi tak boleh buat perlembagaan Islam di Mekah walaupun Nabi kuat juga di situ. Kerana nabi bukan pemerintah disitu.Sehubugan itu kita di Malaysia mesti terlebih dahulu menjadi pemerintah untuk tujuan tersebut. Kita di Malaysia orang Melayu Islam yang berkuasa tapi mengapa masih tak boleh melaksanakaan perundangan Islam? Kerana mereka yang kita sokong melalui pilihanraya adalah orang yang sangat kuat mendokong perlambagaan LORD RED tadi.Oleh itu mari kita ramai-ramai menyokong kepada pertubuhan atau parti yang ingin sangat menegakkan perlembagaan Islam. Jadi maknanya diri sendiri dahulu meati ada rasa nak berubah. Sekular pula adalah orang atau pertubuhan atau parti yang memisahkan agama lain, politik lain, sosial lain dan ekonomi lain. Sistem sekular ini pasti tidak di terima olah Allah kerana dalam Islam berkaitan antara satu sama lain. Barulah nampak Islam ciptaan Allah itu sempurna.

    Like

    Comment by Is Mael | 29/01/2011 | Reply

  13. >akhirat adalah lebih utama dari dunia………. barang siapa yang mencari dunia maka hanya dunia itulah sahajayang akan didapatinya tapi tiada lagi bagiannya diakhirat nanti… akan tetapi sesiapa yang mencari akhiratada kemungkinan dia akan mendapat kedua2nya sekali iaiitu dunia dan akhiratpun begitu jika ia tidak mendapatkannya didunia ini nasib nya diakhirat nantisudah barang tentu akan dijamin Oleh Allah swt. Maka kerana itulah saya katakan akhirat itu lebih penting dari Dunia namun kebanyakan daripada Ahli2 politik Mlaysia ini kebanyakannyahanya mementingkkan kedudukan mereka diatas dunia ini sahajatanpa mahu memikirkan akan nasib mereka diakhirat nanti…… Buktinya?….. orang2 yang memikirkan /melebihkan akhirat dari duniatidak sekali2 akan bebrebut rebut sehingga sanggup bermusuhan malahan sehinggasanggup untuk membunuh antara satu sama lain kunun demi untuk memastikan dirinyamenaiki tahta kerajaan Dunia, malah sebaliknya akan sentiasa merendah diriseperti Imam ali as. yang terus menerus merendahkan dirinya sehinggalah akhirnyadirinya sendiri telah menjadi korban pembunuhan orang2 Islam yang munafik padahalbaginda Ali a.s itu sendiri telah dinyatakan oleh sabda Nabi saw sebagai pintukepada Gudang Ilmu Allah saw, tapi orang2 yang mencari Dunia (munafik) initidak akan sekali kali akan dapat melihatnya. Bukankah keadaan ini samalah seperti orang2 yang sedang diuliti oleh mimpi2 duniawiyang indah2… harap2 mereka (orang2 politik ) ini akan segera sedar tentang amaranapi neraka akhirat yang sedang menanti mereka semua. NAUZUBILLAH n .. wassalam.

    Like

    Comment by Mohamad Anuar Mohd Yunos | 29/01/2011 | Reply

  14. >Saya x tersinggung pun bila baca artikel ni sbb hasil tu mmg ada cuba hasil tu dpt sedikit demi sedikit. Saya ambil contoh spt isu halal, kalau kita bandingkan 10 hingga 20 tahun dahulu masyarakat kurang mengambil berat ttg isu ini berbanding dengan masa sekarang. Dulu masyrakrt kurang sedar/arif ttg kepentingan halal ni. Sekarang isu halal menjadi isu penting bukan halal pada makanan sahaja sampai barangan yang bukan boleh dimakan (spt sabun, ubat gigi & kasut) pun diambil kira halal/haramnya. Bagi saya yang penting kita kena terus memperjuangkan supaya Islam ditegakan secara keseluruhanya. Jangan harapkan parti politik & NGO sahaja, walaupun kalau dibilang ahlinya ramai tapi jika dilihat secara keseluruhan mereka mewakili sebilangan kecil drp masyarakat Islam di negara kita. Jangan dipandang remeh pada perubahan yang kecil kerana yg kecil tu jika dikumpulkan ia akan menjadi banyak. Perjuangan parti politik pun ada menampakan hasil. Bilangan masyarakat bukan Islam yang mula memahami Islam kian bertambah melalui penerangan di atas pentas politik.Perubahan itu mmg ada cuma kita kena tgk sekeliling kita dengan lebih mendalam lagi & dengan fikiran yang lebih terbuka. JANGAN CEPAT LEMAH SEMANGAT sbb ini musuh Islam mahu !!!! & ingat ALLAH sentiasa bersama org yg berjuang demi agamaNYA

    Like

    Comment by Azril Afizi | 29/01/2011 | Reply

  15. >Tah la …. tak tau la bila agak nya ketua2 kaum politik diMalaysia ni akan tersedardari lamunan mimpi Dunia yang amat mengasyikkan ini…..

    Like

    Comment by Mohamad Anuar Mohd yunos | 29/01/2011 | Reply

  16. >salam..sy juga amat bersetuju dengan pandangan saudara amri el wahab..sy juga suka cara penulisan dan pandangan yg dibentangkan…amat bernas…pandangan sy secara peribadi, agama tidak boleh diheretkan kedalam kancah politik..politik juga tidak boleh dicampur aduk dgn agama…jika dicampur aduk maka kesucian agama pasti akan tercemar…untuk mendapatkan penghayatan islam dan cara hidup seorang muslim yang sebenar adalah dengan pembelajaran dan mendalami ilmu Allah…bukan sekadar memasuki ngo atau parti politik yg berteraskan islam maka kita dicop sebagai islam sejati…tetapi malangnya itulah yg sedang berlaku pada ketika dan saat ini…sistem sekular memang tidak sesuai dgn cara hidup kita sebagai seorang islam tapi sistem islam yang kita inginkan juga telah jauh terpesong dan menyimpang dengan ajaran yg sebenar….dalam hal ini, sukar untuk mengharapkan ngo atau parti politik untuk menjadi pejuang islam..cuma diri sendiri yang harus menerapkan nilai islam didalam hubungan kekeluargaan…itu yg sy nampak dari pandangan mata kasar…

    Like

    Comment by Izhar | 29/01/2011 | Reply

  17. >Islam tidak tawarkan dengan upahan untuk memenangkan ISLAM, sebaliknya hambanya akan tawarkan harta dan dirinya untuk memenangkan ISLAM.

    Like

    Comment by Anonymous | 29/01/2011 | Reply

  18. >Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh,Satu hal saja yang ingin ana tanyakan kepada antum, usaha apa yang sudah antum lakukan untuk tegaknya Islam di muka bumi ini..?.. Mereka para pejuang-pejuang Islam sudah meluangkan waktunya, hartanya dan dirinya untuk Islam, walaupun kata antum belum sesuai dengan tujuannya. Menurut ana, dalam beribadah Allah SWT sendiri saja bukan melihat pada hasil usahanya tetapi lebih pada melihat usahanya itu sendiri. Seharusnya kita bergembira dan membantu mereka para pejuang-pejuang Islam dengan kemampuan kita masing-masing, bukan dengan nada mencibir dan sinis seperti itu. Menurut ana, perjuangan mereka tidak gagal tetapi justru berhasil coba lihat apa yang sudah dilakukan oleh salah satu penggerak da'wah di muka bumi ini (ana tidak akan sebut nama) banyak sekali mesjid-mesjid yang tadinya kosong melompong dengan asbab da'wah mereka maka alhamdulillah mesjid itu menjadi penuh, banyak juga yang tadinya dia seorang ahli maksiat kemudian dengan asbab da'wah merekalah dia menjadi seorang da'i dan masih banyak lagi kejadian-kejadian lainnya, kalaupun itu masih banyak terjadi kemaksiatan dan penyimpangan dari syariat islam itu adalah karena kemaksiatan dan penyimpangan tersebut sudah dilakukan bertahun-tahun lamanya, jadi butuh proses. Tetapi yang terpenting adalah adanya usaha untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan sesuai dengan syariat islam. Walaupun hanya dalam hati saja kita membenci kemaksiatan tersebut, itu masih dikatakan beriman, maka kewajiban kita sudah tertunaikan. Masalah mereka sudah ikhlas atau belum itu hal lain, masalah ikhlas tidak perlu dipropagandakan dan kitapun tidak tahu apa yang ada di hati mereka masing-masing. Ingat peristiwa ketika dijaman Rasululloh SAW dimana salah satu pejuangnya memancung lawannya ketika dia sudah menyerah dan padahal dihadapan si pemancung dia sudah mengucapkan dua kalimah syahadat tetapi tetap saja dipancung karena dianggapnya tidak ikhlas, menurutnya dia hanya takut kepada pedangnya, lalu seseorang melaporkan kejadian tersebut kepada Rasululloh SAW dan Rasululloh SAW bertanya kenapa tetap kamu pancung dia sementara dia sudah menyerah dan bahkan sudah mengucapkan dua kalimah syahadat ? si pemancung menjawab bahwa dia bersyahadat karena takut saja kepada pedangku ya Rasululloh, maka jawab Rasululloh, apakah kamu tahu apa yang ada di hati dia ???……….Masyaalloh..!Untuk ikhwan dan akhwat para pejuang-pejuang Islam dan tentara-tentaranya Allah, teruskan usaha da'wah kalian, tegakkan Islam di muka bumi ini hingga kiamat tiba. Insyaallah, kami selalu berdo'a agar kita semua muslimin wal muslimat diberikan taufiq dan hidayah dari Allah SWT. Amiiiin.Untuk afwan bapa Amri El Wahab mohon maaf jika kurang berkenan. Jazakumulloh….Wassalam,Bambang S (Maulana Ibrahim/Bram)

    Like

    Comment by Bambang S (Maulana Ibrahim/Bram) | 28/01/2011 | Reply

  19. >Sdr tidak perlu minta maaf, itu pandangan saudara. Orang juga boleh bertanya kepada saudara, saudara sendiri apa yg telah disumbangkan untuk Islam atau hanya menambah ilmu untuk diri sendiri sahaja tetapi tidak menambah amal. Bukan kah Allah tidak melihat hasil, tetapi Allah melihat usaha. Memang saudara tidak merasai nikmat berjuang Islam melalui pentas politik, kerana saudara bercakap dari luar. Kalau saudara duduk didalam saudara akan dapat merasai hasilnya walaupun belum belum sepenuhnya. Dizaman khalifah saidina omar ada org tak mahu bayar zakat, apakah saudara akan menyalahkan saidina omar?

    Like

    Comment by Mat Ali | 28/01/2011 | Reply

  20. >Kedua dua nya kita harapkan..bukan sekadar NGO dan parti POLITIK tapi SETIAP INDIVIDU….. perjuangan mereka tidak pernah tamat tapi perjuangan mereka sering dipatahkan sendiri oleh saudara se ISLAM mereka….dalam pada waktu ini kerajaan skrg telah menyebabkan rakyat terpaksa leka mencari rezki hingga terabai fardhu2 yang lain…. itulah juga yang berlaku di negara jiran kita singapura bila kerajaan mereka membuat rakyatnya terlalu sibuk mencari duit untuk membayar hutang hingga nak menambahkan rakyat pun dah terbantut….

    Like

    Comment by dracking | 28/01/2011 | Reply

  21. >salam semua…saya suka artikel ini…pernah terfikir seperti apa yg telah ditulis penulis…tetapi saya tak sehebat penulis ini menzahirkannya di artikel ini…well done.tq

    Like

    Comment by Marsitah Md Arsat | 28/01/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: