Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Muhasabah – Pejuang Islam yang gagal

Saya minta maaf sekiranya ada nya pembaca pembaca yang akan tersinggung,berkecil hati dan marah pada saya terhadap apa yang saya tulis di sini.Sesungguhnya Apa yang akan saya paparkan di sini adalah ilmu dan kebenaran.Ilmu mesti dihadapi dengan ilmu dan bukan sentimen.Pemburu kebenaran tidak sepatutnya takut atau tersinggung pada kebenaran.Walaupun dia terpukul dengan kebenaran itu.Sebab kebenaran tidak memecahkan akal dan hati insan.Kecuali yang tidak mahu menerima kebenaran.

Pada setengah abad yang lalu, ketika di peringkat awal era kebangkitan Islam di Malaysia ramai pihak menyatakan keinginan kepada ,masyarakat Islam,sistem hidup Islam, dan dunia Islam.Semua melaung laung supaya sistem hidup Islam di jadikan alternatif kepada sistem sekular yang di katakan sistem jahiliah yang karut dan di benci.

Maka tumbuhlah macam cendawan jemaah jemaah perjuangan, yang saya masih ingat, nama nama besar saperti PAS, Al Arqam, Tabligh,Darul Atiq, Abim, Jim, dan banyak lagi.Maka masing masing pun berjuang.Ketika itu kita lihat semua pihak bersemangat sibuk bersyarah, berslogan, berseminar,bermotivasi berkempen,bertindak dan bermacam macam lagi usaha ke arah untuk menegakkan cita cita mendaulatkan Islam.Hari ini ada jemaah atau parti yang sudah berjuang menjangkau lebih 50 tahun dan ada yang lebih lama lagi.

Tetapi hari ini saya lihat apa yang mereka usahakan tidak memperlihatkan hasil saperti yang di jangkakan.Islam yang mereka laung laungkan dulu dan selama ini tidak tertegak walaupun dalam jemaah atau parti masing masing.Ada jemaah atau parti sudah pun dapat memerintah negeri.Tetapi usah kata di dalam pemerintahan negeri yang mereka perintah tidak wujud sistem Islam, di dalam jemaah atau parti mereka yang kecil pun tidak wujud sistem Islam.Walaupun sudah dapat kuasa namun hendak menarik umat untuk sembahyang dan menutup aurat pun masih gagal.Rupa rupanya sistem politik pilihanraya yang mereka ceburi hanya mampu melobi orang tetapi tidak mampu menarik orang kepada penghayatan Islam.

Walaupun demikian, hari ini, kesedaran umat Islam kepada Islam di seluruh dunia kian meningkat.Kita sendiri pun mahu cara hidup Islam di dalam semua aspek kehidupan kita.Kini kita sudah sedar tentang makanan halal,takut nak melibatkan diri dengan riba, mahu menjauhi sistem pendidikkan sekular,  maksiat dan kemungkaran.Kita mahu Islam jadi cara hidup yang syumul.

Nampaknya pada hari ini pejuang pejuang Islam seakan akan masih belum bersedia walaupun sudah lama berjuang!. Tidak ada apa perubahan pun yang kita nampak yang ada pada mereka, contohnya saperti yang saya sebut tadi di perenggan 4.Kalau ada pun sedikit aje, itu pun di lakukan oleh badan badan NGO Islam (yang kurang ahli dan tenaganya), bukan parti politik yang mempunyai ahli dan penyokong (tenaga) lebih setengah juta orang!

Mengapa jadi begini? Pejuang yang berpentaskan parti politik mempunyai matlamat untuk menang pilihanraya agar dapat memerintah negara.Maka tumpuan untuk mendidik ahli dan penyokong kepada ilmu dan iman, dan perlaksanaan Islam dalam parti kurang di ambil berat.Bukan tidak ada tetapi kurang di beri tumpuan dan keutamaan.Dalam kuliah ilmu yang mereka anjurkan pun berlandaskan untuk kempen mengundi dan menyerang lawan.Apalagi kalau ianya kuliah politik.

Mendengar kuliah sabegini kurang membangkitkan kesedaran ahli dan penyokong untuk rasa takut kepada Allah.Tetapi hanya membangkitkan semangat untuk menghentam lawan dan menang dalam pilihanraya.Buktinya kita boleh melihat perangai perangai ahli ahli dan penyokong parti politik ini yang sangat keji di sepanjang kempen kempen pilihanraya, melaung, memekik,merosakkan harta awam orang, memaki hamun macam orang kena syaitan.

Siapa yang boleh kita harapkan, pejuang dari NGO atau parti politik?

Wallahu’alam.

28/01/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 21 Comments

   

%d bloggers like this: