Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mari muhasabah diri wahai pejuang agama

Wahai para pejuang yang mengaku pejuang agama.Pendakwah dan ahli politik.Di antara kalian ada yang sudah berjuang berpuluh puluh tahun.Pernahkah anda/kita tanya diri sendiri ……….

  • Selama aku berjuang sudah berapa ramai orang yang aku Islamkan? Dan selama aku berjuang sudah berapa ramai  umat Islam aku kafirkan?
  • Selama berjuang berjaya kah aku mendaulatkan Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau kumpulan aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem ekonomi Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem pendidikan Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan kebudayaan Islam? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurang nya di peringkat jemaah,parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya menegakkan sistem pentadbiran Islam ? Di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurang nya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Dalam dunia Islam menghadapi pencemaran makanan halal.Adakah aku sudah berjaya menegakkan kilang kilang pemprosesan makanan halal untuk umat Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku?
  • Selama aku berjuang sudah kah aku berjaya mencetus dan memupuk perpaduan dan kasih sayang di antara sesama umat Islam di peringkat negara atau negeri atau daerah atau kampung atau sekurang kurangnya di peringkat jemaah, parti atau harakah aku? Dengan ini akan teguh dan kuatlah umat Islam hingga di segani musuh? Ataukah selama ini aku sebenarnya menjadi agen pencetus kebencian dan permusuhan umat?
  • Pejuang Islam adalah penyelamat umat manusia.Selama aku berjuang berapa kali aku pernah mendoa kan keselamatan dan kesejahteraan untuk seluruh umat Islam? Kepada umat yang sesat pernahkah aku doakan agar mereka kembali kepangkal jalan.Dan apabila mereka tidak kembali kepangkal jalan adakah aku rasa kesal dan merasakan satu kegagalan bagi diri aku sebagai pejuang di sisi Allah? Pernahkah aku mendoakan untuk pemimpin atau pemerintah yang zalim agar di beri hidayah dan taufiq agar jadi baik,dan kepada pemimpin yang baik agar jadi bertambah baik? Atau tak kira samada pemerintah itu baik atau zalim aku tetap mahu menjatuhkannya kerana aku berjuang untuk mendapat kuasa.

Wahai pejuang! Sekiranya anda/kita tidak dapat menjawab dengan jawapan yang memuaskan persoalan persoalan diatas maka tanya lah diri sendiri, apa yang anda/kita perjuangkan selama ini? Apakah yang anda/kita buat selama ini? Apakah yang anda/kita cakap selama ini? Apa kah yang anda/kita dakwahkan selama ini? Ke manakah hala tuju anda/kita mengajak umat manusia? Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti? Atau pejuangan anda/kita sebagai hobi? Untuk seronok seronok penghibur hati? Atau semangat semangat aje?

25/01/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: