Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Menegakkan Islam syumul

>ISLAM adalah agama yang syumul.Kenyataan ini sering kita dengar di laung laungkan melaui lidah orang Islam zaman ini, terutama dari lidah pemimpin pemimpin harakah Islamiah yang memperjuangkan Islam.Namun kadang kadang maksud kesyumulan Islam itu kita tak faham dan cara menegakkannya pun kita tidak tahu.Apatah lagi, pada zaman ini, ia tidak pernah wujud dalam realiti hidup kita walau dalam harakah harakah Islamiah .Namun menurut kata pemimpin pemimpin harakah kesyumulan Islam di dalam negara tidak dapat tidak mesti di tegakkan.PAS, Hisbut Tahrir dan dulu nya jemaah Al Arqam (yg di haramkan pemerintah) adalah di antara harakah yang bercita cita untuk menegakkan kesyumulan Islam dalam negara dan  dunia.

Persoalannya bagaimana kesyumulan Islam ini hendak di tegakkan? Masing masing harakah yang saya sebutkan tadi mempunyai pandangan yang berbeza.PAS berpendapat untuk menegakkan kesyumulan Islam perlu dapat negara dulu.Sudah dapat negara dan kuasa maka mudahlah untuk melaksanakannya.Hizbut Tahrir dan Al Arqam pula berkata tidak perlu tunggu dapat negara, kesyumulan boleh di tegakkan di peringkat peringkat yang tidak memerlukan kuasa untuk melaksanakannya.

Namun pada pemimpin guru guru pondok,ulama ulama tasauf dan pemimpin pemimpin harakah tariqat, mereka berpendapat adalah lebih mudah menegakkan kesyumulan Islam mulai di peringkat yang rendah daripada peringkat yang lebih tinggi.Adalah tidak praktikal jika kita beria ia untuk menegakkan Islam di peringkat yang tinggi, misalnya di peringkat negara dan dunia sedangkan di peringkat yang rendah misalnya di peringkat dalam diri, rumah tangga dan jemaah belum dapat di laksanakan.

Jika kesyumulan Islam tidak dapat di tegakkan dalam diri maka sudah tentu tidak akan dapat kita tegakkan dalam rumah tangga.Jika tidak dapat di tegakkan dalam rumah tangga maka tak usah harap boleh di tegakkan di dalam harakah.Jika dalam harakah tidak dapat di tegakkan bagaimana hendak menegakkan di dalam masyarakat.Kalau dalam masyarakat pun tidak dapat di tegakkan jangan mimpi pula dapat di tegakkan di peringkat negeri, negara dan dunia.

Bagi saya usaha untuk menegakkan kesyumulan Islam patut di sokong dan di dokong oleh semua umat Islam.Ikut lah nakhoda yang kita yakin.Walau pun kapalnya asing asing matlamatnya sama.Nakhoda nakhoda semuanya akan membawa kita menuju ke pulau yang sama.

Pokoknya apakah kita telah berusaha sekeras kerasnya atau kita masih di peringkat teori, retorik atau berslogan sahaja.

Wallahu’alam

19/12/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

3 Comments »

  1. >Hadis ….selepas itu, Khilafah yang menurut jalan kenabian. (Hadis Riwayat Ahmad)Usaha Rasulullah untuk mendirikan Daulah Islam di Madinah telah ditunjuk di dalam sirahnya.Ini kerana, bila adanya Daulah(Negara) ia akan melengkapkan semua syariat Allah yang telah diturunkan. Daulah Islam adalah ibu segala kefarduan. Ketiadaan adalah satu dosa dan mendirikannya adalah satu kefarduan.Daulah Islam yang dipimpin oleh seorang khalifah pasti akan kembali. Insya Allah.http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Like

    Comment by ibnuyassir | 24/12/2010 | Reply

  2. >Tidak salah guna pendekatan politik tetapi kaedah yang dilaksanakan oleh arqam boleh diserapkan dalam parti politik. Maksud saya, untuk memerintah perlu pilihan raya, tetapi semua rakyat terutama ahli perlu dididik iman supaya betul2 mntap. Ibadah dah baik tetapi kalau iman takada mereka boleh goyah dan buat maksiat. jadi, ceramah yang dibuat umatkan mendidik iman bukan semangat berjuang saja.

    Like

    Comment by baei jaafar | 21/12/2010 | Reply

  3. >betul.. tu. kadang2 kita nak seseorang itu memerintah tapi bila kita tengok dia banyak pulak yg tak nampak dari nampak. kadang2 bersorak bertempik tetapi bila dapat tak nampak pun kemampuan tu

    Like

    Comment by azmanadie | 21/12/2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: