Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Islam tolak fahaman pluralisme agama – IKIM

Logo Pluralisme Agama

Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkata walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya.

“Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas mengenai isu fahaman pluralisme agama yang dilaporkan akhbar hari ini.

Nik Mustapha berkata walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai saudara sesama manusia.

“Penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, IKIM juga hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung pluralisme agam. Berikut kenyaatan akhbar penuh itu.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ingin menjelaskan bahawa:

Pertama, Islam menolak faham pluralisme agama (religious pluralism) yang mendakwa bahawa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar.

Kedua, hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu

Islam (lihat al-Qur’an, al-Ma’idah, 5:3).

Ketiga, walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan, dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya. Sementara Islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan dan bahan permainan, Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur, dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembeling untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.

Keempat, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, saling berbelas-kasihan, dan saling berkasih-sayang sebagai saudara sesama jiran dan saudara sesama manusia yang berasal dari jiwa yang satu, walaupun menganut agama yang berbeza.

Kelima, isu-isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, secara saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas-lunas agama yang universal sifatnya.

Keenam, para penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir-miskin dan golongan yang memerlukan, menyuruh yang ma’ruf, dan mencegah yang munkar, sama ada kepada rakyat biasa ataupun kepada pemimpin, dengan kaedah yang wajar, sopan, jujur dan tulus.

(IKIM: Islam tolak fahaman pluralisme agama)
Dis 15, 10 6:26pm

Sumber – Bernama

15/12/2010 - Posted by | Aqidah, Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: