Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Gejala orang Kafir guna ayat Al Quran untuk tujuan Politik

>Tentang orang kafir mempergunakan ayat ayat Al Quran di atas pentas politik sudah jadi satu gejala di masa kini.Mereka guna Al Quran untuk tujuan mempertahankan fahaman politik mereka dan juga untuk meraih simpati dan pengikut.Adalah satu pembohongan jika mereka kata mereka membaca dan menterjemah kerana berdakwah .Dan yang amat di kesalkan perbuatan orang kafir ini di perakui pula oleh sesetengah orang politik yang beragama Islam.

Tentu pelik dan ajaib adanya orang kafir yang belum dapat petunjuk dari Allah, ilmu tentang Islam pun tak ada, menterjemah atau mentafsir ayat ayat Al Quran lalu boleh beri petunjuk atau berdakwah kepada orang Islam? Sedang kan bagi orang Islam sendiri kalau nak berdakwah wajib ada ilmu dan sekurang kurang nya bergelar Imam,Ustaz atau Ustazah.

Isi Al Quran ada hidayah, taufiq dan Rahmat Allah untuk seluruh mansuia dan Jin.Maka kita mesti memperakui bahawa, orang kafir tidak boleh di larang bahkan berhak untuk membaca Al Quran.Hanya yang di larang apabila sesiapa, tidak kira orang kafir atau orang Islam sendiri mengguna Al Quran untuk tujuan kepenting kepentingan keduniaan tertentu saperti peribadi,politik, dan komersial.Di larang memutar belitkan ayat Al Quran saperti menterjemah atau mentafsirkan mengikut selera fikiran dan hawa nafsu demi umtuk mencapai maksud dan tujuan politik dan komersial saperti yang saya sebut tadi.

Ada kaedah tertentu yang mesti di ikuti dan di patuhi bagi sesiapa yang mahu menterjemah atau mentafsir Al Quran.Ilmu islam ini unik kerana dia ada ROH. Hanya Ulama dalam bidang ini sahaja yang layak berbuat demikian.Orang Islam yang awam tidak boleh sembarangan menterjemahan atau mentafsir apatah lagi Ah Chong, atau Muthusamy tentu lagi tidak di boleh.

Wallahu’alam.

04/12/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

13 Comments »

  1. >ia sebenarnya berkaitan siasah (politik) di mana perkara yang halal adakalanya menjadi haram atas sebab2 tertentu dan perkara yang haram boleh jadi harus. contohnya Uthman r.a. mengharamkan penanaman kapas ketika kekurangan bekalan gandum, diharuskan membunuh tawanan Islam yang menjadi perisai kepada orang kafir demi menjaga kemaslahatan umat Islam yang lebih ramai. kalau nak lihat dalam konteks semasa, fatwa majlis kebangsaan tentang keharusan ASB walaupun tidak patuh syariah demi menjaga ekonomi orang Islam. sekarang, fatwa majlis kebangsaan sepakat memutuskan orang bukan Islam tidak boleh baca dan mentafsirkan sewenang-wenangnya ayat al-Quran. kalau baca betul2, ia hanya ditujukan kepada ahli politik dan mereka yang berkepentingan bukannya kepada orang awam yang bukan Islam. digunakan perkataan "tidak boleh" bukannya "haram" sebab larangan kepada bukan Islam. sebagaimana kata TG Nik Aziz, bukan Islam boleh baca al-Quran sebab selalunya mereka merujuk dengannya terlebih dahulu.€ namun, kaedah yg digunakan oleh majlis fatwa kebangsaan adalah sadd az-zaraik (menutup pintu kejahatan) iaitu 1 kaedah dalam siasah sebab nak elak bukan Islam membaca & menterjemahkan al-Quran tanpa garis panduan dan tidak merujuk kepada ulamak terlebih dahulu. saudara boleh lihat dalam utube & compare dengan ayat 190-191 surah ali Imran. kalau baca terjemahan al-Quran dengan betul & tepat, saya pun tak kisah kalau bukan ayat tauhid / akidah. saya tak nak lah kalau non-muslims anggap al-Quran ni sama je ngan bible & kitab agama lain sebab al-Quran adalah kebenaran dan kalimah Allah. bahasanya pun mempunyai nilai kesusasteraan arab yang tinggi & agung. malah 1 perkataan daripada al-Quran pun dah cukup membuat kita terpegun..mukjizatnya al-Quran nii…walau pe pun, siasah ni juga kena lihat gak situasi semasa, kena kaji secara mendalam sebab ia bukan berdiri dengan sendiri, perlu sandar pada al-Quran & as-Sunnah sebab hanya Allah yang berhak menentukan halal & haram.

    Like

    Comment by zahariyana | 23/12/2010 | Reply

  2. >sepatutnya orang bukan islam kena menghormati orang islam dengan jangan sesuka hati.. membaca surah2 Al Quran.. kalau mereka mahu membaca surah2 tersebut bacalah pada orang kafir.. bukan kepada orang dah islam ni. yang islam ni biar orang islam yang baca..

    Like

    Comment by azmanadie | 21/12/2010 | Reply

  3. >Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Disember 2010 telah membincangkan Isu Orang Bukan Islam Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan: “ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat. Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam. Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan. Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat. Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera. Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”

    Like

    Comment by amri el wahab | 17/12/2010 | Reply

  4. >fahaman yg AQ itu cukup untuk di baca inilah yg menyebabkan islam tak difahami dan islam hanya menjadi ikut ikutan.sememangnya tafsir AQ ada perbezaan diantara yg berilmu,kurang ilmu dan yg tak berilmu.sebab itu ilmu itu dipelajari dan melalu process,jgn lah kita beranggapan ilmu itu hanya sekeping kertas sijil,ijazah atau surat kebenaran berceramah sahaja.larangan spt..jgn tafsir,jgn belajar dari sipulan sipolan,kalau nak belajar kena cari guru yg betul dsb adalah kekangan atau fear factor yg ditanam dlm diri org melayu islam malaysia.dari itu bermulalah dgn baca AQ dgn terjemahan sekali,untuk kita dapat faham..kerana AQ itu wajib dibaca dgn Faham,di perhatikan,di ambil pelajaran dan di laksanakan..kalau takan baca untuk pahala sahaja..itu satu pembohongan dan bercanggah dgn Alquran,yg sama maknanya menginkari perintah allah.

    Like

    Comment by Saaid Ramdzan Ismail | 16/12/2010 | Reply

  5. >Al Quran itu kalimah mencakupi segala aspek kehidupan dan setiap makhluknya..memperlekehkan dan merendah2kannya tidak ada kesan sedikit pun pada kuasa Allah ..kebodohan demi kebodohan dipaparkan dlm drama di bumi Malaysia ini jelas menunjukkan kebenaran pihak-pihak yang benar…saya balik dan mengkaji ttg ini berkenaan rasa salah sy pd respon sebelumnya..seakan-akn sy membenarkan kebejatan fahaman tolak AlQuran dr seluruh aspek kehidupan…Sangat malang jika kita berfikiran begitu..sdgkan ahli2 cendiakiawan sains dan sains sosial islam memanfaatkan AlQuran dlm semua segi, baik kemajuan materi,kemajuan spiritual,sosial dan sbgnya. Kita pula di zaman ini menuduh nuduh sesat dan bejat pd fulan dan fulan yg menggunakan AlQuran sbg rujukan…biar yg memanfaatkan pd sebahagian masyarakat ttp tidak menaja pengaruh pihak yg lain ia akan dinisbahkan mengganggu dan menggugat..tp jika pihak mrk yg melakukannya..tidak pula.. MasyaAllah..apakah yg sbenar2 nya yg berlaku ni?

    Like

    Comment by Azharali Zaini | 15/12/2010 | Reply

  6. >saya bukan maksudkan terjemahan by words..tak taulah, perspektif kita agak berbeza. saya melihat kepada betapa ulamak silam begitu teliti soal periwayatan hadith sehingga waktu Umar r.a. memerintah amat sedikit orang yang berani mengatakan sesuatu itu hadith kerana tegasnya Umar r.a. dalam menghukum sesiapa yang berdusta terhadap nabi s.a.w. iaitu mendakwa sesuatu itu hadis. samalah kesnya mereka yang tiada rasa bersalah dalam menyebarkan emel & mendakwa ia adalah hadith tanpa ilmu sedangkan ia adalah hadith palsu. kita tidak boleh berdusta terhadap nabi s.a.w. (menyebarkan hadis palsu) dan apa pula hukumnya mengatakan ia al-Quran walhal ia bukan (berdusta terhadap Allah)?takkanlah dalam dewan itu tiada siapa dapat membezakan bahawa ia bukan tafsiran al-Quran yang sebenar??bahasa yg digunakan amat jelas bukan al-Quran..itu yang saya ralat sangat. hem, apa yang dimaklumkan oleh ustaz saya, tafsir al-Quran yang terbaik ialah karya Ibn Kathir sebab tafsir bi al-ma'thur tapi disebabkan beliau berkawan rapat dengan Ibnu Taimiyyah, maka ia disisihkan. Prof Hamka pula, banyak unsur2 israilliyyat (bersumberkan ahli kitab) di dalam tafsirnya, maka kena berhati-hati. begitu juga tafsir fi zilal al-Quran, ustaz saya pesan, kena hati-hati sebab kalau tak cukup ilmu, boleh salah faham. sebagai orang awam yang tidak mempunyai cukup ilmu, cukuplah hanya membacanya tanpa cuba menggunakan ia sebagai hujjah sebab belum tentu apa yang kita faham itu seperti apa yang dimaksudkan sehinggalah dia mampu menilai di mana kekhilafan / kesalahan setiap pentafsir al-Quran tersebut. ustaz saya ada juga menegur Ustaz Sonhadji berkenaan kesalahan di dalam tafsirnya tapi dia tidak mahu memperbetulkannya. maaf, saya lupa tentang apa dan saya pun takde ilmu nak nilai. tiada siapa pun perfect & kesilapan mereka bukanlah disengajakan kerana mereka telah berijtihad dengan bersungguh2 dengan ilmu yg mereka ada. kalau tak nak pening kepala, kenalah belajar sebab ilmu agama kat sekolah memang tak cukup nak hadapi cabaran daripada musuh2 Islam.

    Like

    Comment by Zahariyana | 15/12/2010 | Reply

  7. >salam semuajangan samakan tafsir dgn terjemahan by wordsapa yang di baca oleh kebanyakan muslim hari ini dan nnon-muslim ialah terjemahan sama ada oleh yusof ali bg terjemahan bahasa inggeris atau terjemahan oleh jakimtafsir al-quran tiada seroang ppun dari ulama temporari yang berautoriti, kecuali tafsir hamka yang beroutoriti tinggi sedikit,apatah lagi di pentas ceramah politik oleh bukan islam, mereka sekadar hanya membaca terjemahan dengan merujuk terjemahan al-Quran tafsir al-quran biasanya dihuraikan oleh pemberi kuliah agama atau penceramah di masjid atau di pentas ceramah dan juga golonagn ulama PAS dalam ceramah merekagolongan agama ini pun bukan mentafsirr sendiri ayat al-quran tetapi menerangkan apa yang mereka baca dalam kitab2 tafsir rujukan mereka, yang sudah diterima oleh majoriti umat islam seluruh dunia sebagi berautoriti seperti tafsir al-qurtubi, al-jalalayn, tafsir ibn abbas, dan sebagainya.adalah tidak berasas dan tidak merujuk perkara sebenar dan ulasan yang tidak berguna jika sesiapa berhujjah bahawa muslim or non-muslim tidak boleh buat tafsir sesuka hati bagi al-quran, apatah lagi menasihati para pemimpin PKR atau ulama PAS membetulkan tafsiran mereka KERANA TIADA SESIAPA PUN MENAFSIR QURAN SESUKA HATI DAN TIADA SIAPA PUN BERAUTORITI PADA MASA INI SAMA ADA ORANG ISLAM BAHKAN LAGI ORG KAFIRBUAT PENGETAHUAN SEMUA PARA PEMIMPIN PAS SENTIASA MEMBERI GAMBARAN YANG BETUL DAN TELUS TTG ISLAM KEPADA NON-MUSLIM YANG BRDAMPINGAN DGN MEREKA

    Like

    Comment by Nadzir WM | 15/12/2010 | Reply

  8. >yer, betul tu..amat berat hukuman mereka yang cuba mentafsirkan al-Quran tanpa ilmu bersandarkan sabda nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibn 'Abbas r.a. "Berwaspadalah dari bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka dan sesiapa berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka." dan riwayat Abu Daud "Sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul, sesungguhnya ia adalah salah". Anwar sepatutnya memberikan garis panduan dalam soal ahlinya yang bukan beragama Islam untuk menggunakan ayat suci al-Quran dengan cara yang betul seperti merujuk kepada ulamak dalam pakatan rakyat terlebih dahulu. pastikan ayat yang dibaca bukan soal akidah sebab ia seolah2 menghina kesucian al-Quran. walau apa pun, siapa yang tak rasa gembira kalau non-muslims berjinak2 dalam mengenal Islam walaupun pada mulanya keikhlasan itu diragui tapi biarlah ia tidak menjejaskan kesucian al-Quran. kita sebagai umat Islam pun ditegah mentafsir al-Quran sesuka hati tanpa ilmu dan diancam pula dengan neraka, inikan pula membiarkan non-muslims tidak teliti tentang tafsiran al-Quran. saya harap Anwar lebih teliti dan sensitif dalam soal ini. oh ye, apa yang saya maksudkan hanya di pentas ceramah sahaja. saya hanya melontarkan pendapat, bukan untuk membuatkan kalian semua setuju. sekian.

    Like

    Comment by Zahariyana | 15/12/2010 | Reply

  9. >Salam, "AL-QURAN" dari "Allah" adalah kitab umat/penganut islam dan juga "Hadis" dari "Muhammad SAW"sebagai panduan hidup yang sempurna lagi lengkap di dunia dan bekalan di akhirat.Al-quran juga untuk semua umat Nabi Muhammad SAW/Manusia tak kira apa bangsa sekalipun di dunia ini. Cuma, kita sebagai umat islam wajib mempertahankannya/memperbetulkanya tak kira apa pangkat sekalipun kedudukan kita jika penganut-penganut lain cuba menyalahgunakan isipati/tafsir Al-quran untuk tujuan duniawi yang menyimpang jauh dari asas-sas keislaman. Jadi, pada saya, jika penganut lain atau umat islam sekalipun, mengamalkan al-quran tanpa gurunya, maka "SYAITAN" lah, gurunya.Jadi, kita semua tahu (umat islam) dan banyak disebut dalam Al-Quran, apa tugas Syaitan dan permintaannya kepada Allah. Kita perlu serahkan kepada guru-guru yang ilmunya tinggi tentang Al-Quran dan Islam, kita juga wajib bersiap sedia membantu "kerana Allah",menjernihkan kembali isu ini agar bukan islam khasnya di Malaysia kembali menghormati dan memahahi peranan Al-Quran.

    Like

    Comment by Shaharum Hj Ismail | 15/12/2010 | Reply

  10. >masalahnya terang-terangan guna ayat al-Quran untuk tarik perhatian orang Islam. sedangkan hakikatnya, ada mereka ikut??ada mereka mengakui kebenarannya??bahkan untuk tujuan politik semata-mata. yer, non-muslims boleh baca al-Quran, tapi biarlah ikhlas..bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk..dahla baca tafsiran salah. kalau betul dia menghormati kesucian al-Quran, perkara ini tak sepatutnya berlaku..

    Like

    Comment by Zahariyana | 15/12/2010 | Reply

  11. >aku tengah cari,, ayat ayat Al Quran.. yg melarang bukan islam menggunakan/membaca, AlQuran…

    Like

    Comment by Azman Othman | 15/12/2010 | Reply

  12. >salamwalaupun saya bukan berpendidikan , tapi saya dapat tahu bahawa kitab alquran kita juga ada di perpustakaan orang2 kapir dan di gereja terbesar di vitican ( betulkan jika saya salah).satu lagi , saya juga pernah terbaca bahawa quran kita ada di buat sebagai buku rujukan bangsa kafir untuk keperluan kita sebagai manusia . untuk tujuan kesejahteraan hingga ke bulan . jadi rasa saya lah kalau bangsa kafir tidak mengkaji quran saya percaya bangsa ini tidak akan sampai ke peringkat yang ada sekarang melebehi umat islam .jika, kalau tidak di benarkan bangsa kafir ini di benarkan mengkaji quran bagaimanakah kita hendak membawa mereka2 ini menganut ugama kita . saya dapat tahu bahawa ugam

    Like

    Comment by Abdullah Zakaria | 15/12/2010 | Reply

  13. >RUJUKLAH PADA YANG PAKAR AGAMA…YANG KURANG ILMU AGAMA TOLONG JANGAN KOMEN. TAKUT ROSAK AKIDAH NANTI

    Like

    Comment by Masaufi | 15/12/2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: