Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Pemerintah Yang Adil vs Pemerintah Yang Rosak

>

Adil bagi pemerintah tidak sama dengan pengertian adil di sudut sudut yang lain yang umumnya bermaksud menaruh hak kepada yang hak.Pengertian ini tidak cukup luas untuk mencakupi seluruh bidang dan gelanggang pemerintahan bagi sesebuah Negara.Adil bagi pemerintah ialah menjalankan hukum hukum Allah pada sebarang tindak tanduk, pembangunan, percakapan dan hukuman (kepada pesalah).Keadilan itu terbahagi kepada beberapa bahagian saperti berikut:

1. Menjalankan aktiviti dalam semua tindak tanduk dan dalam semua sistem hidup saperti pendidikan, ekonomi, kesihatan, pertanian, pentadbiran, dan lain lain, selaras dengan syariat Islam.

2. Mendidik insan (Rakyat) supaya menjadi hamba dan khalifah Allah serta meletakkan mereka tepat pada tempat yang sesuai dengan kebolehan, kemampuan dan peranan masing masing serta memberi peluang untuk mereka menyumbangkan kreativiti mereka asalkan tidak melanggar syariat.

3. Menjalankan hukum hukam Allah iaitu hukum hudud, qisas dan ta’zir dalam sebarang hukuman yang hendak dijatuhkan kepada pesalah

4. Sebarang tindakan dan hukuman Allah itu hendaklah dijalankan terhadap sesiapa sahaja dan kepada semua golongan tanpa pengecualian termasuk menteri menteri, raja raja dan para hakim serta kadhi sendiri.

5. Membahagi bahagikan harta benda dan kekayaan Negara dan kemudahan untuk Rakyat dengan tepat mengikut keperluan dan tanggung jawab mereka, tanpa salah guna, pembaziran dan penggunaan sia sia.

Diri peribadi pemerintah dan pemimipin pemimpin lain selaku warganegara, tidak boleh terkeluar atau terkecuali dari langkah langkah atau hukum hakam keadilan yang telah digariskan dalam Negara.Pemerintah dan pemimpin pemimpin bukan golongan istimewa terhadap tuntutan hukum hakam Allah. Semua orang sama sahaja di sisi Allah sekali pun dia seorang raja, presiden atau perdana menteri.Kalau bersalah, mesti dihukum.Kalau tidak bersalah, mesti dilepaskan dari hukuman.

Pemerintah umpama ayah terhadap Rakyat.Ayah tidak pernah menuntut apa apa setelah membesarkan anak anak.Demikian juga pemerintah tidak mencari untung dan tidak mengungkit ungkit jasa mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada Rakyat.

Pemerintah atau pemimpin yang cacat atau rosak ialah pemimpin yang mempunyai peribadi yang jahat.Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah iman.Akhlak mereka buruk sekali.Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan Rakyat.Mereka bakhil, tamak, kasar, pemarah, hasad, dengki dan pendendam.

Mereka memimpin bukan untuk membangunkan Negara atau Rakyat, tetapi untuk hidup bermewah mewah dan membazirkan wang Negara.Rakyat yang tidak menyokong mereka ditindas dan di zalimi.Mereka menyalahgunakan kuasa sewenang wenangnya.Lagi cerdik mereka ini lagi hebat kejahatan yang mereka lakukan.Lagi kuat jiwa mereka lagi biadap mereka dengan Allah.

Dengan pemimpin saperti ini, akan berlaku huru hara dalam Negara.Pemerintah sama pemerintah bersengketa kerana perebutan harta dan kuasa.Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang penentang supaya mereka mendapat upah dan habuan serta kedudukan yang istimewa.Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam Negara.Akan berlaku bermacam macam bala dan bencana dalam Negara. Setiap hati Rakyat merasa benci dan mahukan pertukaran pemerintahn kerana pemerintah yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatan.

22/05/2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>Non Muslim (musyrikin) semakin biadap – Rasulullah terus di hinaA

>Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador – or the fear of it – causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.’ [Hesketh Pearson’s biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar.  Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??
 
(Sumber: MyNorthwest.com)

 
 
 
 

22/05/2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 9 Comments

   

%d bloggers like this: