Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>PAS sokong DAP guna Khalimah Allah di Sibu walaupun berunsur TRINITI

>
TEPUK DADA TANYA IMAN!

17 May 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:44 PM

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah kenyataan YAB Mursyidul Am PAS yang mempertikaikan pendapat Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh DAP dalam kempen pilihanraya kecil di Sibu baru-baru ini.

(Petikan lapuran daripada MalaysiaKini bertarikh hari ini Isnin 17.05.2010)

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

“Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)…tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan (Dato’ Dr.) Haron (Din)supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya”.

Saya tidak mahu komen apa-apa, kerana kedua-duanya adalah ‘ilmuan dan ulama’ besar dalam negara ini. Cuma soalan besar yang saya bertanya kepada diri saya sendiri, apa dah jadi dengan umat Islam akhir zaman ini. Gajah sama gajah bergaduh, khinzir yang menang!

Sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan dikalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Kita tidak boleh menyalahkan golongan kafir, kerana ALLAH telah menegaskan permusuhan mereka terhadap kita dengan jelas didalam Al Quran. Silap dan salahnya adalah kita umat Islam sendiri. Kalau Islam nak hancur pun ialah ditangan umat Islam sendiri.

Tepuk dada tanyalah iman. Apa pun, berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw, insyallah kita akan selamat. Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 2, “sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk kamu menuju ketaqwaan”, dan satu lagi firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 183, “sesungguhnya diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan keterangan dan bukti yang nyata, supaya menjadi pembeza bagi kamu”. Al Quran lah yang akan membezakan kepada kita yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu; yang mana adil yang mana zalim; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana halal yang mana haram; YANG MANA ISLAM YANG MANA KAFIR!! Sealgi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, perbezaan itu nampak jelas dan nyata, tetapi kalau perkiraan lain menjadi kayu pengukur kita, maka ALLAH sahajalah yang boleh menentukannya kelak!

Persoalan yang ingin saya tanya, apakah menyokong DAP yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah menyokong Pengerusi DAP YB Karpal Singh yang menyatakan “langkah mayat saya dahulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam” itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah membenarkan penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dengan dakwaan ALLAH punya anak dalam bentuk triniti itu bersesuaian dengan risalah tauhid mengesakan ALLAH sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah dan para anbiya terdahulu?

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini.

Wassalam.

18/05/2010 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah

3 Comments »

  1. lim guan heng kata dia tak boleh halang kepercayaan orang islam sbb islam tak pernah halang kepercayaan org cina. Karpal ckp masa dulu2….. skrg cuba kita tanya dia balik tentang hudud? yang menentang islam ialah MCA.Sila kita ikut perkembangan. Pebezaan pendapat, biasa dlm islam. Ikut aje… bagi yang tak tahu. Saya pendapat… orang kafir guna Islam adalah sesuatu yang positif…. mereka terima islam sedangkan orang islam sendiri, ada yang tidak. Kita islam primitif…mahathir. Kata islam tak relevan…najib.

    Like

    Comment by shahrul | 13/06/2012 | Reply

    • Allah berfirman:

      “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Hanya kepada Allah kembali(mu).” (Ali Imran: 28)

      Ibnu Jarir dalam Tafsir-nya berkata, “Siapa saja yang menjadikan orang-orang kafir sebagai penolong, pembantu, dan mencintai agamanya, berarti dia telah bara’ (berlepas diri) dari Allah. Allah pun bara’ darinya lantaran ia telah murtad dari agama dan masuk ke dalam kekafiran.” (Tafsir ath-Thabari dalam Maktabah Syamilah)

      Allah berfirman:

      “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu). Sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (al-Maidah: 51)

      Like

      Comment by amri el wahab | 15/06/2012 | Reply

  2. >Salam,Makin bercelaru umat islam di Malaysia,doa pada Allah satukan hati umat Islam tak kira apa fahaman politik..gaduh2 orang kafir yang menang,tak ke mereka nampak

    Like

    Comment by Anonymous | 20/05/2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: